Followers

Saturday, January 7, 2012

Durian dah gugur ke?

Dua minggu lepas balik kampung sebab kebetulan saya ke Bangi sebab ada kursus. Adik bagitau, kat kebun abah ada durian. Pokok durian yang dinamakan dengan nama saya iaitu "D-Ila" paling banyak buahnya kali ini. Dah besar-besar juga....isinya putih, manis-manis pahit....tak sabar rasanya nak balik kampung dalam dua minggu lagi. Khabarnya waktu tu dah mula gugur.

Sebelum balik ke Pasir Gudang hari tu, sempatlah singgah di kebun abah, sempat pusing-pusing tengok pokok mana yang ada buah. Pokok D-Atuk Abah kali ni langsung tak ada buah. Yang banyak buah, D-Ila dan D-Midah. Buah D-Midah sah-sah kalau gugur ke tepi jalan perginya sebab betul-betul tepi jalan. Abah pernah kata, kalau buah gugur kat jalan, siapa-siapa lalu, ambillah..itu rezeki mereka. Belek punya belek, D-Zaki ada sikit, pokok paling sedap, D-Suha rasanya tak berbuah..Hahaha...sorry ye kakak (panggilan manja buat sepupu, anak saudara kesayangan abah )..kali ni makan Kak Ila punya buah jelah...hihihihi..

Boleh pulak petang tadi Kak Long telefon anaknya mengatakan durian dah gugur, banyak..rasa macam tak percaya, terus telefon adik, dan jawapannya...baru buang busuk!!!! InsyaAllah minggu depan dah gugur banyak.........Terus mengelitik nak balik...durian tu...kalau kat sini kena beli.Kalau balik kampung makan free sebab kebun sendiri. Eh salah...bukan kebun sendiri, kebun abah....hehehe


Lepas ni akan selalu tertanya-tanya, durian dah gugur banyak ke?????? sedapnya.....

Jom le balik kampung makan deghoyan.....

Petang-petang jom pi taman....

Bila hujung minggu je, otak ni ligat berpusing memikir nak ke mana selain duduk di rumah. Nak mengadap komputer je mana larat padahal bukan buat kerja pun....Hmm..pagi ni lepas masak nasi goreng campak-campak, lepas paksa encik suami dan anak-anak makan, as usual...lepak ngan Haziq. Ngadap komputer kejap, lepas tu sediakan makan tengahari. Yang bestnya sebenarnya tak masak heavy pun hari ni. Untuk anak-anak, cuma burger ngan roti je. Untuk mama dan ayah, burger speciallah sikit, letak timun, letak tomato, tapi rotinya roti gardenia biasa je..hihihi...

Bila dah makan, dah kenyang..ngantuklah pulak. Konon-konon nak tidur dengan Haziq. Baru lelap, dapat panggilan telefon dari jiran sebelah. Alhamdulillah...rezeki nak makan nasiminyak hari ni. Macam tau-tau je hari ni tak masak....Alhamdulillah, syukur...kenyang lagi.....

Sebelah petang, dah rancang nak bawa Haziq ke taman. Si kakak pun ikut sekali tapi siap bersyarat, balik kena belikan oreo......hmmm anak dara sorang ni....Ambil sekali anak saudara yang belajar di poli, kami pergilah ke Taman Tasik Perdana, Taman Bukit Dahlia. Sampai sana wah seronoknya bawa Haziq dua round pusing-pusing. Angin sepoi-sepoi bahasa. Sebelum ni pernah sekali bawa Haziq...suka dia..senyap aje sebab kena angin.

Kali ni ikut jalan lain. Lalu tepi padang bola. Ramai jugak lelaki dewasa main bola petang-petang ni. Masa kami sampai tu dah pukul enam pun. Seronok tengok ada satu famili tu, mak, ayah dan anak sama-sama berbasikal. Rasanya ada 4-5 round mereka pusing. Seronok betul tengok. Trek jalan kaki tu memang sesuai untuk berbasikal, berjalan-jalan dan berjogging. Tapi fokus kami cuma nak jalan-jalan cari angin.....

Yang lebih posingnya si kakaklah...kat batu, balik pokok, duduk, berdiri semua gaya ada....





Yang ini adalah tokang tolak stroller Haziq pada petang yang sungguh damai. Nurul Athirah, anak saudaraku...


Yang ni pulak sempat bergambar dengan bunga, macam lagu Rahimah Rahim, gadis dan bunga. Cepat aje bunga tu dipetik lepas posing..alahai anak mama....


Lepas ni bolehlah bawak Haziq selalu ke sini. Biar dia melihat dunia luar, keriuhan, kebisingan, kedamaian dan ketenangan apabila berada di luar rumah....jom lepak di taman....

Friday, January 6, 2012

Cerita hari pertama sekolah....

Tahun ini, dua orang anak dah masuk ke sekolah rendah. Si abang dah masuk darjah dua, si adik pulak baru nak masuk darjah satu. Kali ni dua-dua ditempatkan di SK Taman Nusa Damai, lebih kurang 1km je dari rumah...dekat sikit berbanding sekolah lama si abang yang lebih dekat dengan rumah pengasuh lamanya, Ibu Aisyah. Perbelanjaan pun meningkatlah, itu baru dua orang...tak terbayanglah kalau lebih ramai yang sekolah, luruh rambut rasanya...hihihi..

Mama mula membayangkan susah senangnak mengejutkan anak-anak pergi sekolah. Pukul 5 pagi mama dah bangun, standby lebih awal daripada anak-anak. Harapnya yang besar senang sikit. Yang puteri seorang tu yang tak tahan, rengeknya.....aduh.kadang-kadang nak dimandikan..manja ya amat!!!! Mujurlah hari pertma mudah nak dikejutkan. 

Cantiknya anak mama pakai baju sekolah...

Amira Sofiyah

 Siap-siap nak pakai kasut

Hari pertama naik motor ye dengan ayah....

Ini hari pertama penempatan..belum hari pertama sekolah betul-betul. Mereka kena ambil ujian untuk penempatan kelas. Akhirnya, si abang dapat masuk kelas 2 Damai 2 dan si adik masuk 1 Damai 1. Sekolah agama, mama dah tak risau sebab abang dah boleh jaga adik. Dah tahu mana kelas,siapa ustazah..dah boleh lepaskan aje. Boleh diharap nampaknya si abang untuk jaga adik...

Cerita hari pertama sekolah kebangsaan. Biasanya mak ayah akan tunggu untuk urusan kemasukan anak ke kelas dan sebagainya. Punyalah brutal encik suami, ditinggalnya anak-anak di sekolah, pandai-pandailah kau nak hendak ke mana......Mujurlah mama ada di rumah, risaukan anak-anak, mama menurut ke sekolah. Mama cari di kantin, tinggal mereka berdua sedang beli minuman. Pelajar lain dah menghala ke dewan....Alahai kesian anak mama...macam cerita kelakar pulak sebab kali ni macam tak excited aje walhal ada anak yang nak masuk darjah satu. Agaknya sebab ada abang dialah ni yang boleh diharapkan. Terkejut mereka lihat mama dia muncul tiba-tiba......

Saya pun pergi ke papan senarai kelas, tengok-tengok nama anak-anak di mana dan terus bawa ke dewan. Sampai di dewan, barulah saya lepaskan kepada guru yang menunggu. Saya hanya pesan bahawa kena pandai-pandai dan saya takkan tunggu. Alhamdulillah, si adik pun survive sendiri jadi tak risaulah tinggalkan dia dengan abangnya....Nampak kematangan mereka, dah tak macam budak dulu-dulu. Tak adanya nak menangis..kira hebatlah tu.....

Ayah..ayah...ada ke ditinggalkan anak dia macam tu aje. Puas jugaklah saya membebel tapi dengan ketawa sebab memikirkan kebrutalannya itu...ayah..ayah...