Followers

Monday, October 1, 2012

11 pagi-11 malam (siri akhir)

Fuh......kaki dah lenguh. al-maklumlah jarang pakai kasut tumit tinggi....sebenarnya taklah tingi mana, tinggi dan tapaknya masih flat. Muatan dah terlebih ni.....anak-anak dok bertanya bila nak pi kedai buku. Ni nak pi lah ni......Malu punya pasal sebab jarang sangat pi KLCC, kenalah pi kaunter pertanyaan nak cari KINOKUNIYA kat mana. Pi KLCC ni setahun pun payah sekali...."Naik eskalator lagi cepat kak, nak tunggu lif lambat sebab ramai orang. Akak naik sampai tinggi paling akhir. Betul-betul depan eskalator tu KINOKUNIYA," panjang lebar penjelasan staf di kaunter pertanyaan dengan senyum di bibir. Maka kami berlima pun menujulah ke eskalator.

"Apa pasal tak sampai-sampai?," encik suami dah lenguh dukung Haziq. "Memanglah belum, tingkat paling atas, sikit je lagi," saya kata......naik dan terus naik.Tup-tup................tu dia...........

akhirnya!!!!!sampai jugak saya ke Kinokuniya.......

Budak-budak suka ajerr...

Pilih buku...

Dah penat, dapat buku dicari, tunggu anak-anak pulak...

Dengan harga kurang RM50, saya dapat empat buku...........

Tip ke Kinokuniya:

1. Pergi sendirian.....spend masa satu hari di sini. Kalau bawa anak-anak, sila pastikan had umur anak-anak 
    tak selalu meragam (ngeh3)...
2. Belek satu-satu baru puas (takde can sebab nak cari buku sendiri lagi, nak layan anak-anak lagi)....huhuhu
3. Siapa yang ada kad diskaun siswa, jangan lupa bawak. Bolehlah dapat 5% diskaun....
4. Pakai sandal atau kasut flat...penat kaki wooo.....luas,siap ada tingkat atas yang tak sempat nak round. 
    entah bilalah dapat datang lagi.........takpe bulan 10 gi HKL harus ku return ke sini....

Tak dan nak berlama-lama, tau-tau jam dah hampir pukul 8. Perut dah menyanyi...Si kakak buat hal, hilang mood nak berlama-lama....Kami terus ke tingkat bawah....cari tempat makan. Ke pizza kami....lapar betul  budak-budak ni. Mama dia pun lapar jugak. tak pernah-pernah habis 3 keping pizza......Lepas je makan, kami terus cari jalan pulang. Jam dah hampir 9.30 malam...Pusing-pusing, ayah tak ingat jalan keluar. Pusing lagi....hehehe akhirnya ayah ingat juga. Harap mama dia? hish3......dah tak ada tempat lain nak tuju melainkan rumah atuk budak-budak ni di Tangkak. Masing-masing perut dah ketat, mata pun mulalah nak melayu dan kuyu. Sempat snap gambar KLCC dari dalam kereta. Cantik KLCC waktu malam....


KLCC dari cermin kereta yang bergerak

Public Bank....lagi cantik...

close up sikit....dalam kete kan.......

Setelah memandu berganti-ganti kerana mengantuk. Akhirnya jam 11.30 malam kami selamat tiba di Tangkak dengan jayanya.  Selepas menunaikan apa yang patut, sekali lagi kami tak tunggu lama..........zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...Memang sungguh penat. Penat tapi berbali-baloi!!!! Akan datang kalau ada rezeki, kami nak bawa anak-anak ke Petrosains pulak...berdepan je dengan Kinokuniya, macam nama jelly pulak kan...kan....Lepas tu kalau ada rezeki lagi nak bawak anak-anak pi Kidszania pulak.....mudah-mudahan...aamiinnn.....Terima kasihlah korang sudi baca entri saya ni. Tak ada apalah sangat, sekadar entri menyenangkan hati anak-anak. Mana tau dah besar sikit depa buka blog mama depa, ada cerita pasal depa.........oklah, tamat sudah siri 12 jam perjalanan kami sekeluarga. Kita jumpa lagi nanti na..........Assalamualaikum....



11 pagi- 11 malam (siri 2)

Aha....masih lagi cerita sepanjang 29 September.......

Selepas majlis di PULAPOL, kenderaan kami dihalakan ke KLCC. Sasaran lokasi, KINOKUNIYA. Tiba-tiba, ada cadangan yang keluar dari mulut encik suami untuk bawa anak-anak ke AQUARIA...di KLCC jugak. Mama suka aje...sebab dah lama jugak teringin nak bawa anak-anak ke sini, cuma sepatutnya tak ada dalam list hari tu. Dah alang-alang ada cadangan, rezeki jangan ditolak, peluang harus direbut!!! Entah bilalah lagi peluang nak datang tiba-tiba camni kan....kan....Budak-budaklah paling suka. Yelah, selain beri perhatian pada anak istimewa, anak-anak tipikal pun kenalah diperhatikan juga. Kenalah ambil masa memenuhi keinginan mereka juga. Jelas mereka cukup teruja bila kata nak tengok jerung, turtle.....sampai mama dia kadang-kadang dah  tak larat nak cakap, nak kejar sebab kejap ke sana, kejap ke sini. Udah ler mama pakai kasut tinggi sikit, sikit je, maklum gi keje kahwin......nak pegang Haziq, nak kejar anak....huhu takde maknanya.....korang tengok jelah gambar....gambar menceritakan segala-galanya................

awal-awal masuk

ayah pegang belangkas

pegang ikan yu apa tah....

Sofiyah pegang tapak sulaiman...abang dia takmo, takut.....

Melihat kitaran sang rama-rama...

ikan besar!!!

Dua beradik tipikal

Haziq dan kerapu....

besar tu...

Kerapu

Jom ikut Haziq...

ikan apa tah ni

Ikan pari, shoot dari bawah

semua ada, mama jadi camerawoman

Haziq dan ayah...

ayah dan Haziq

curi-curi guna flash baru clear..depa tak kasi on flash....gelap je sume gambar...

berhenti sat, Haziq nak menyusu...
Kita minum dulu!!!...

Rahimi

Mulut sapakah itu???
obor-obor tapi golap....

Obor-obor, ehsan pengunjung yang bagi cahaya kamera dia....baru jelas

Kami sampai di AQUARIA jam 3.30 petang, jalan punyalah jauh....berganti-ganti dukung Haziq. Dia sukalah ada orang dukung dia, anak bertuah!!!. Tak sedar kami berada dalam tu hampir 3 jam!! Keluar-keluar jam menunjukkan hampir pukul 6 petang. Segera kami cari tempat solat, terus buat jamak ta'khir. Lepas solat kami jalan lagi menuju ke KINOKUNIYA pulak......

Sebagai info...

Tiket masuk dewasa RM35, kanak-kanak RM25, OKU dapatlah RM15....tetap kena caj. Tak boleh agaknya bagi free ajerr...huhuhu....Tapi yang tak bestnya, petugas di kaunter tu tak mesra alam. Tanya pun jawab nak tak nak ajerr....Apa-apalah..........habis siri ke 2...kita sambung siri terakhir................

11 pagi- 11 malam............(siri 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pertamanya...mintak maaf awal-awal sebab entri kali ni agak panjang ye...Cuba tengok tajuknya, 12 jam tu........saya tulis tiga siri...........Kalau rasa tak larat nak baca, boleh tutup aje. Tapi kalau rasa nak terus membaca.....syukran!!!!

Cerita mengenai sepanjang 29 September....

Minggu ini memenuhi jemputan seorang sahabat yang mengadakan majlis persandingan..........untuk puteri kesayangannya (baca sampai habis dulu lerr...).......nun di KL. Majlis diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak. Sahabat saya ni usianya memang jauh berbeza dengan saya. Saya mengenali beliau atas kapasiti saya merupakan pensyarah pendidikan khas di PJB (dululah), sekarang sudah bertukar nama menjadi Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Perkenalan ini diteruskan menjadi persahabatan yang sangat indah buat saya dan keluarga bersama sahabat saya dan pasangannya Puan Roseda. Mereka sangat 'humble' biarpun bolehlah dikatakan sebagai individu yang terkenal. Justeru saya rasakan seolah tiada 'gap' untuk bersahabat. Jadual saya memang dah saya kosongkan siap-siap untuk memenuhi undangan mereka..

Kebetulan, Jumaat malam kami ke Batu Pahat buat rawatan Haziq lagi, jadi dari Batu Pahat, kami menuju ke kampung di Tangkak untuk bermalam. Rezeki Haziq, walaupun kami sampai dah lewat di Batu Pahat, hampir pukul 10 malam dek kerana tunggu anak-anak balik sekolah hampir jam 7 malam, layan ragam depa lagi, tak sampai 10 minit menunggu, nama Haziq dipanggil awal kerana sesi Haziq mengambil masa sejam setengah. Hampir jam 11.45 malam baru kami berjaya meninggalkan pusat rawatan tersebut dan kami bergilir-gilir memandu kerana masing-masing dah mengantuk. Jam 2 pagi barulah kami sampai di Tangkak, tak tunggu lama terus lena.......

Usai subuh, kami rehat sebentar. Uruskan apa yang patut, jam 11 pagi bersiap untuk bertolak. Melayan kerenah anak-anak, 11.30 pagi baru berjaya keluar dari rumah. Baru kami sedar, satu barang penting tak bawak!!!Stroller Haziq!!!Ala.....nampaknya bina ototlah kami hari tu....Kami jangkakan perjalanan hanya dua jam tetapi tersasar juga. Jam 2.30 baru kami sampai di destinasi dituju. Tanggapan pertama, besar sungguhlah PULAPOL nih!!!...Masuk-masuk, jalan one way, ada polis jaga lagi tu!!! Dah namanya tempat polis kan.....ui.....parking dia besar giler!!!!!Parkinglah di mana-mana ikut suka hati. Dari jauh terdengar sayup-sayup bunyi suara orang tengah bagi ucapan. Tak jelas sangat, tapi boleh saya cam suara siapa tu. tu dia........Tuan Sepidi kita!!!!!

Majlis tersebut dibuat di dewan terbuka, Dewan Pengaman namanya. Tapi nampaknya tak aman bagi kami sebab confirm-confirm Haziq akan merengek kepanasan.....Hati ni dah berdoa bagai mudah-mudahan Haziq tak meragam....Pu kiri, pu kanan......pu depan pu belakang......Ramai sungguh tetamunya. Al-maklumlah majlis orang besar, tetamu pun besar-besar....Masuk ke dalam, penuh.....pusing-pusing, penuh. Akhirnya, keluar ke khemah luar. Alhamdulillah...ada satu meja yang hanya ada dua tetamu berbangsa Cina sedang makan. Kami pun duduk jelah...sambil-sambil mendengar ucapan si ayah pengantin yang belum sampai ke titik noktahnya. Habis ucapan, ada iringan lagu yang saya sendiri rasa sebak. My little Girl, Maher Zain.....sayu giler!!!!

Sedang makan (suami yang makan...), suami sempat beritahu Dato' Yusof Haslam dah nak balik kerana beliau terlihat kelibat Dato' segak berpakaian Melayu maroon. Besar tinggi orangnya. Tak sempat nak snap gambar sebab Haziq dah mula injak-injak kaki bagi isyarat. Yelah nak....mama lap peluh kamu yek.....Kena makan bergilir-gilir, sorang makan, sorang pegang Haziq. Padan muka kami!!!hehehehe..berketul-ketul hari ni muscle kami...Tengah-tengah makan terperasan ramai orang di laluan masuk. Bukan ada orang besar yang datang, rupanya orang besar nak balik...Bukan Dato' Yusof Haslam, beliau tersangkut lagi kat dalam sebab ramai peminat nak ambil gambar. Rupanya, Ketua Polis Negara yang balik. Sempat juga beliau melambai rakyat Malaysia yang berada di khemah luar (termasuklah kitorang,ngeee). Berpakaian Melayu ungu muda...memang segak, mana ada polis tak segak kan......

Haziq dah angkat-angkat badan. Mama belum makan lagi. Tunggu ayah makan. Ayah kata ayam goreng berempah dia sedap!!!!!! patutlah tengok berselera. Mama pulak tak makan ayam tu. Bukan apa, bila dah lenguh pegang Haziq, nak makan pun tak selera. apa pun, makanan no complaint......yang best dia sempat 'pau' ABC Sofiyah......syedap, lagi-lagi tengah panas, laju je tekak ni terima....Lepas makan kami masuk jap jumpa pengantin. Entah bila Dato' Yusof Haslam balik, mama pun tak perasan. Tau-tau dah tak ada. Ingat nak ajak Rahimi tengok Dato' in person, tak dapek den nak tolong eh........."Mama, yang berlakon cerita gerak khas, dia jadi ketua tu eh", tanya Rahimi. "Ha..yang tulah," tapi dia dah balik dah......takde rezeki, lain kalilah yek.....

Sempat jugalah bertemu pengantin perempuan dan sahabat saya yang dok melayan tetamu. Muka tetap tersenyum walaupun tahu gerenti penat. Bukan sedikit tetamu yang datang. Rezeki kami juga Allah mudahkan dan lapangkan hari kami untuk hadir. Dapat jugak jumpa bekas pelajar, Fawwaz yang merupakan adik pengantin. Ni ada sikit je gambar yang sempat disnap. Ikut hati memang nak snap banyak tapi dek kerana tangan dah lenguh..sikit je, bolehlah daripada takdo!!!!....

baru nak makan...

memang anak mak...

Haziq dah macam udang kena bakar...

snap sikit...

ye tunggu giliran ye nak snap...suami saya ni pemalu takpe ke??

uik..sorang ke kiri, sorang ke kanan....namanya pun candid....

Dapat tengok depan-depan, beria sungguh!!

Jurukamera sibuk....Fawwaz

Tak dapat snap gambar Dato' Yusof Haslam, snap dengan ayahbonda pengantinlah pulak.......

ahahahahaha....part ni kelakar, tak sempat amek kat dalam, kat luar pun jadik lerr....

konon nak ambil gambar gerbang PULAPOL, sekali kete besar halang...yang ini bukti kami sah sampai sini yek.......ngeee...........

Sempat jugaklah bertemu muka dengan ayahbonda pengantin, Tuan Shaharon Anuar, Ketua Polis Daerah Batu Gajah Perak, dan isteri Puan Roseda. Walaupun tak lama, lepaslah hajat kami mahu memenuhi undangan ini. Niat hati nak bergambar dengan pengantin tapi apakan daya, fikirkan Haziq yang sudah kepanasan, pakai pulak t-shirt tebal...dah merah semacam mukanya. Terpaksalah beredar awal juga. Lagipun ada destinasi lain selepas majlis. Mengidam nak ke Kinokuniya....apa? kunyah-kunyah? Bukan kunyah-kunyah....KI..No..KUNIYA......kedai buku kat KLCC tu.....Dah lama sangat mengidam nak ke sana tapi selama-lama turun naik KL ni, belum berkesempatan lagi. Jadi jom......................sat-sat...terima kasih kepada Tuan Shaharon dan Kak Roseda yang masih melayan kami walaupun dah penat. Mudah-mudahan perkenalan dan persahabatan ini berkekalan dan tak terhenti di sini. Selamat menerima ahli baru dan semoga kebahagiaan mengiringi kehidupan baru anakanda sang puteri......Ok...kita akan ke siri kedua selepas ini.............................................