Followers

Sunday, June 2, 2013

luaskan kuasamu Johor!!!!ale ale...ale ale....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mood pagi ni pastinya nak cerita pasal kemenangan JDT menentang team Tok Gajah malam tadi di Bukit Jalil. Eh lupa....Ale ale...ale ale...LUASKAN KUASAMU JOHOR....ale ale...ale ale....setia bersamamu JOHOR!!!! ale ale....ale ale...ale ale ale ale.......ale ale..ale ale.....ale ale ale ale......LUASKAN KUASAMU OH JOHOR.....kami datang....LUASKAN KUASAMU JOHOR....

Meremang bila dengar setiap kali B.O.S nyanyikan lagu ni. Bergema macam tak ingat!!! Seronok sangat bila dengar kan? la......kenapa tiba-tiba je nak update pasal bola pulak ni? semuanya gara-gara incik suami dan anak  lelaki yang minat bola. Mama dia bukannya minat sangat pun. Tapi itu dulu.....sekarang ni kalaupun tak dapat pi stadium, dok depan tv aje..konon tak minat tapi tetap tengok jugak......

Macam mana minat saya boleh bermula? Memang kira tsunami bola punya pasallah ni. Waktu tu bawak anak bujang meraikan player-player kebangsaan yang dibeli pasukan JDT sampai di Johor di Hotel Thistle, JB. Ayah dia kerja, jadi sayalah yang jadi escort anak bujang untuk sambut kedatangan player-player ke Johor. Malu memang ada tapi bila tengok muka diorang....melted! hahaha....waktu ni paling rasa rugi sebab tak ambik gambar dengan TMJ sebab saya satu-satunya fan pompuan yang terlepas dan dilepaskan masuk berdiri betul-betul kat depan meja PC tu dengan alasan nak ambil gambar anak time sign autograph player. Bila dah berdepan TMJ, kelu tak terkata. Tapi TMJ tu rileks aje.....

Dari kiri: Muslim Ahmad, Safiq Rahim, coach Fandi ahmad, TMJ, Safee Sali, Aidil, Zaquan dan Mat Yo! (tetiba je boleh kenal....hihihi)

Boleh pulak diorang ni pandang kamera....

Senyuman Safee Sali...melted lagi....

dengan player kesayangan....siap peluk bagai.....

Lepas kejadian hari tulah, saya pun mula terkena tempias bola. Mulalah belajar kenal player-player bola yang jujurnya sebelum ni saya tak kenal pun. Kalau national player tu kenallah jugak..kalau player negeri....hmmmmmmm....tapi at least bila dah mula terjebak ni, kurang-kurang kenallah jugak Hai-O, James, Matias Konti, Amirul Hadi, Nunez....oh my Guiza..., Andre, Del Nero, Amirudin Taj, Alex, Gopi, Suren, Thanaraj....bolehlah kot bagi budak yang baru belajar pasal bola ni kan.....memang terjebak....siapa yang punya angkara? op corse my hincik suami.....hehehe

Kalau ada game, biasanya saya akan duduk depan tv,encik suami ke stadium. Anak bujang tengok jugaklah, tapi tengok separuh masa je. Separuh masa lagi dia tengok bola masuk gawang dalam mimpi..hampeh je. konon minat, ni mama dia pulak yang take ober! Bagus jugak..sekurang-kurangnya bila dah terjebak ni, ada juga bahan nak buat bersembang dengan encik suami. Memang seronok bila sembang pasal benda-benda yang kita sama-sama suka. Sikit-sikit pasal formasi bola pun saya dah tau, sikit jerr....kalau dulu istilah-istilah dalam permainan langsung tak tahu,sekarang...counter back, midfield, striker, OG, corner kick, defend, handball, yang senang-senang tu dah mula tau..hehe. Dulu kalau kata 3,4,3 ke apa ke....saya selalu tanya, apa kebendanya tu? oh...rupa-rupanya formasi....hmmmm

Kali ini di Bukit Jalil, suami tidak ikut konvoi sebab saya yang tak bagi. Adui...takmo ditinggalkan dalam keadaan hati tak tenang, berdebar-debar selepas pengalaman suami di Stadium Darul Makmur. Kita tengok depan tv jerr...member sampai peluh-peluh tangan 5 minit terakhir bila JDT nak menang....takut Tok Gajah bangkit memijak....Pagi semalam kami ke Batu Pahat, terapi anak syurga.Tiba di Tol Skudai, terserempak dengan fan JDT yang ramai-ramai berdiri tepi jalan sambil hayun-hayun mafla. Encik suami pun kasi hon dan kami sama-sama pusing tangan ale ale..ale ale....perasaan? goosebump! Tak tau nak cakap apa...memang havocklah diorang ni. Paling syiok....70 bas dari Johor escorted by our police. Respect TMJ!!! Ala...korang terima jelah hakikat TMJ kitorang memang happening....takyah jeles-jeles....tujuan dia pun cuma nak majukan bola sepak negeri Johor je pun....What ever...apa-apa pun.....LUASKAN KUASAMU JOHOR!!!! 

Ramai jugak kawan-kawan yang ke Bukit Jalil untuk menyokong. Dah memang tagline hero JDT agaknya...sebijik macam cerita felem hindustan. Asal hero je, mesti kalah dulu tapi part hujung sekali dialah HERO SEBENAR! Kali ni saya tak pun rasa berdebar sangat sebab agaknya dah ada instict JDT nak menang...kalau tak biasanya mulut saya paling bising sampai encik suami pun lemas dengar. Kali ni saya paling 'behave' bila tengok game depan tv...siap boleh landing cantik ajerr...Kena 2-0 1st half.....saya boleh kata rilekslah.....banyak lagi masa. Andrezinho memang herolah....walaupun kalah gol, tapi kelebihan gol di tempat lawan berjaya membuktikan KELUASAN KUASA JDT...Jangan mare aaaa......JDT memang terbaekkkkk!!!!!! Kalau nak ikutan gol, memang bayak peluang terlepas dan dilepas...tak kisahlah, yang penting JDT tempah tiket ke pentas FINAL!!!!!!!!

Lepas ni kita tunggu JDT bertemu TRW 29 Jun 2013 di Stadium Shah Alam. Harap-harap fan TRW vs JDT sama-sama  boleh behave. Entah apalah yang marah sangat kat penyokong JDT. Udah-udah le...sama je korang pun...tak boleh nak kawal emosi.... Kali ni saya bagi green light untuk encik suami pergi. Kesian dia kat rumah tak boleh nak ekspress perasaan macam kat stadium....hihihihi....saya? tetap tengok depan tv tapi tak berdiri sebab mak tak larat nok......Teringin jugak dan merasa suasana di stadium tapi bila fikir-fikir, takkanlah nak bawak anak syurga sekali. tak syesuai.....so, duduk rumah, santai-santai dengan anak-anak, tengok bola sambil makan kacang cap tangan cicah air sarsi....uh heaven!!! tak caye.? pi try buat. Air sarsi setengah cawan, pastu penuhkan dengan kacang, pastu ngap!!!! Zaman saya kecik-kecik dulu selalu lawan dengan abah siapa punya paling penuh cawan....

Bola punya cerita mesti tak habis-habis nanti. Takut jugak kalau ada yang tak suka tapi inilah hakikatnya bila dah mula seronok. Macam saya suka kat bunga orkid akhir-akhir ni tanpa tahu apa sebabnya....macam tulah perasaannya bila dah mula suka bola tapi kena akui bukanlah tegar mana pun..suka-suka....bola kan untuk perpaduan...so bola ni antara simbol perpaduan saya dan encik suamilah....hehehe boleh sembang-sembang, boleh gelak-gelak, tak salah kan.....oklah, terima kasih pada yang sudi baca coretan saya kali ni.

AYUH JOHOR
LUASKAN KUASAMU JOHOR
KAMI DATANG
SETIA BERSAMAMU JOHOR
ALE ALE...ALE ALE....
LUASKAN KUASAMU JOHOR
ALE ALE...ALE ALE....
LUASKAN KUASAMU JOHOR

(Jangan lupa goyang mafla...takpun, buat formasi dua-dua tangan tu dipusing-pusing kiri dan kanan....best woooo)....

Saturday, June 1, 2013

Cubaan berbekam Sunnah


Assalamualaikum, salam sejahtera....

Hari ni nak cerita pasal bekam. Pasti ramai yang tahu mengenai bekam dan manfaatnya kan? Bagi saya secara peribadi memang dah lama tahu mengenai manfaat bekam. Berbekam merupa Sunnah Rasul junjungan kita dengan tujuan meningkatkan keimanan dan kesihatan diri kerana diri kita juga mempunyai hak untuk mendapatkan yang terbaik agar dapat beribadah dan melaksanakan amanah dengan baik. Kalau ikutkan keinginan, dah lama teringin nak berbekam sunnah tetapi bila memikirkan darah-darah yang keluar, keinginan itu selalu sahaja terbantut.

Beberapa minggu lepas, saya melihat FB rakan sekasut saya yang telah mencuba amalan sunnah ini dan mempraktikkan kepada anak syurganya. Saya jadi teruja juga untuk mencuba, tetapi mahu dipraktiskan kepada diri sendiri dahulu. Mula-mula tu rasa kecut-kecut perut. Nak ke taknak....nak ke taknak......dalam hati berdoa agar sentiasa ditetapkan hasrat untuk berbekam.

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

"Barangsiapa berbekam pada 17,19 dan 21 bulan hijrah, maka hari-hari itu adalah hari-hari yang menyembuhkan penyakit".

Tarikh-tarikh ini dicadangkan kerana apda waktu ini, darah sedang bergejolak dan darah bertambah banyak ekoran daya graviti bulan terhadap bumi sewaktu bulan penuh. Apa yang penting, kesembuhan itu sebenarnya datang dari ALLAh kerana berbekam merupakan salah satu ikhtiar atau kaedah perubatan sedangkan Yang Maha Penyembuh Yang MUTLAK adalah DIA juga...

"Dan apabila aku sakit, maka DIALAH yang menyembuhkannya"(QS Ay Syura:80)

Setelah yakin dengan keputusan untuk berbekam, saya pun mencubanya atas cadangan seorang teman. Saya berbekam sebab selalu rasa bahu berat, lesu dan sakit kepala. Kalau tak silap, saya dibekam dengan 23 cup. Punyalah banyak kan....Sepanjang proses berbekam, apa yang boleh saya katakan:

1. Tak rasa sakit kerana bahagian yang akan dibekam akan dikebaskan terlebih dahulu sebelum 
    dicucuk dengan jarum.
2. Prosesnya tidaklah memakan masa yang terlalu lama melainkan banyak bahagian yang perlu 
    dibekam
3. Saya menghadapi masalah di bahagian kiri badan...hmmm....dah kena jaga-jaga.....
4. Bila darah keluar bergentel-gentel, maksudnya memang ada masalah. Kalau badan banyak angin,  
   cup yang digunakan biasanya akan berwap dan darah yang keluar akan berbuih-buih...

Jujurnya, takut juga tengok darah yang keluar. Bahagian rambut di kepala pun perlu dicukur. Hilang i punya filter tau!!!! Balik rumah, dalam tempoh 3 hari selepas berbekam, tiga kali saya terhantuk. Terhantuk di kepala katil dan pintu kereta, sampai kena gelak dek anak dara...'kesian mama....asyik terhantuk aje sejak botak ni"....adussssss kijam sungguh!!! Encik suami pula kata.."biasalah, dah tak ada filter..."hehehehe..Mujurlah saya ni bukan jenis orang yang senang nak kecik hati...kalau tidak, entah-entah hati yang dah memang kecik ni akan bertambah kecik jadinya....

Apa yang saya rasa lepas berbekam?
1. Badan terasa sangat ringan
2. Bahu yang selalu terasa berat terus hilang rasa beratnya
3. Badan tak adalah cepat nak lesu-lesu
4. Selepas hampir dua minggu, encik suami perasan saya tak ada mengadu pening/sakit kepala lagi...Alhamdulillah!!!

Badan memanglah lebam-lebam. Lebam di sana....lebam di sini tapi kalau nak sihat punya pasal.....redho jerlah.....Selepas ni hilanglah semua perspektif dan ketakutan saya tentang bekam. Saya akan fokus pada bekam dan urut saja selepas ni sebab rasanya dua kaedah inilah yang paling sesuai dengan tubuh.alhamdulillah!!!

Moral of the story: Jangan takut untuk berbekam!!!It's Our Prophet's Sunnah.....insyaAllah kita akan memperoleh tubuh yang sihat dengan izin-Nya....

sedekad cinta....

Assalamualaikum....salam sejahtera

Hampir sebulan tanpa sebarang update dalam laman saya ni kan. Hari ni gagahkan diri selepas melewati hari yang sangat bermakna semalam (31 Mei 2013). Semalam merupakan hari yang sangat indah untuk dikenang walaupun tiada sebarang sambutan yang begitu gah. Alhamdulillah Allah izinkan saya dan suami melewati usia 10 tahun dalam perkahwinan...sedekad kami sudah bersama-sama melalui keindahan, keperitan, suka dan duka sebuah perkahwinan. Mungkin belum cukup lama tetapi melalui fasa kedua ini, kami menjadi insan yang lebih matang, insyaAllah....orang kata....lima tahun pertama ialah fasa ujian, fasa mencari keserasian, fasa mengenali insan yang tidur sekatil dan  sebantal dengan kita. 10 tahun menjadi fasa kematangan dan pembinaan keserasian yang lebih utuh.....

Saya bahagia dikurniakan seorang suami yang sangat baik. Walaupun bukan 'Romantika di Amore...", dia tetap cinta hati saya. Masih saya tak lupa, suami saya tu cuma pernah beri saya bunga sekali aje, itu pun kena cabar dengan kawan-kawan dia...itupun orang lain yang jadi wakil....masa tu saya jadi emcee konvo poli buat kali pertama, tahun 2002. Masa tu tak kenal pun, cuma orang kata dia yang bagi....tengok-tengok...oh 'budak muka masam ni"....ok, done! Rupanya....budak muka masam tu lah yang jadi cinta hati saya...kekekeke....Lepas tu sampai sekarang, usahkan bunga, duri bunga yang kecik tu pun saya tak pernah dapat....hikhikhik....ayat kami biasanya, "ada aku kesah?"....hehehehehe

Bunga bukan lambang kebahagiaan pun. Apa yang penting? KERJASAMA!!!Macam wonderpetlah pulak kan! Biasanya kalau sambut anniversary, kami tak pernah pun sambut potong kek bagai....tak pernah! Biasanya kami akan ambil masa pi makan je.Walhal boleh kata tiap-tiap hari pi dating berdua......cuma bila anniversary tu makannya speciallah sikit walaupun mungkin bagi orang lain biasa-biasa ajerr...paling penting, cuma kami berdua...boleh bersembang.....tiap-tiap hari pun bersembang jugak...cuma agaknya kami ni sekepala bab nak pi jauh-jauh, tak kuasa...cari je apa yang ada depan mata. Biasanya kami akan ke restoran Baboos di Megah Ria...dulu-dululah, sekarang dah pindah tak kuasa nak cari....lepas tu tukar ke J-King.....tahun ni? Kami pi AYAMAS!!!!!!! entah apa-apa kan? Macamlah tak biasa makan ayam....hihihihihihi.....dah lapar sangat, nampak AYAMAS pun AYAMASlah........

Sepanjang 10 tahun perkahwinan, saya dikurniakan tiga permata hati yang comel. Semuanya ikut rupa suami...semuanya putih sebab suami ada darah Chinese...ikut mama dia ala-ala Jawa.....

anak-anak kesayangan...

Lima tahun pertama adalah fasa perkahwinan yang bahagia, kami kemudiannya diuji dengan ujian yang besar. Kami diamanahkan dengan kehadiran seorang anak syurga pada fasa kedua perkahwinan. Bulan-bulan pertama memang sukar menerima, sukar mengendalikan emosi dan macam-macam lagi tetapi alhamdulillah kami cepat pulih. Fasa kesedihan itu kami letakkan ke tepi dan digantikan dengan fasa  ujian kesabaran, menambah pengalaman, ilmu pengetahuan dan mengukuhkan ikatan kasih sayang. Kerana Dia sayang pada kami, maka kami diuji. Sehingga hari ini, anak syurga inilah yang menjadi kekuatan kami....Terlalu banyak yang dilalui dalam tempoh hampir lima tahun lepas hingga ke hari ini. Kalau nak tulis semua, jadik novel pulak nanti...doakan yek...mana tau tiba-tiba i jadik penulis novel......Verangan!!!! (eh, berangan mana ada kena bayar kan? ikut sukalah mahu berangan apa pun kan....sila-sila....sila berangan!).....

Saya dan suami masih muda dalam ikatan perkahwinan...baru 10 tahun....kawan-kawan lain lebih banyak pengalaman dari saya. Rasa macam baru 4-5 tahun kahwin...rasa macam masih baru lagi tapi bila tengok anak yang sulung dah darjah tiga, barulah cuba paksa kaki ni untuk berpijak di bumi nyata.....10 tahun dah yek.......syukran Ya Robb......

Oleh kerana tahun ini tahun ke-10 perkahwinan kami, saya pun tempahlah kek...ajak jiran sebelah makan malam....tak ada sambutan pun, cuma makan-makan ajer...Kesian puan jiran terpaksa tangguh agenda sebab saya ajak makan yang biasa-biasa ajer.....hehehe. Terima kasihlah pada sahabat yang sudi buatkan kek aiskrim yang sangat sedap!! Kredit kepada Maisarawani....sila lawat blog beliau di.http://maisarawani.blogspot.com/ yang memang pakar dalam pembuatan kek. Sedap sangat! Paling penting semua ahli boleh makan.....anak sulung yang alergi coklat pun boleh makan sebab kek ni tak ada unsur coklat di dalamnya.....

Inilah kek eskrim.....yummy!!!


pinjam gambar puan jiran sebab pic. ni cantik.....hehehe

tinggal sikit ajerr....

Alhamdulillah, 10 tahun yang indah...........

inilah cinta hati saya....bukan senang nak dapat tengok dia senyum kalau ambil gambar....

Buat suamiku:

Terima kasih kerana jadi sahabat yang baik...
Terima kasih kerana kita boleh bergelak ketawa, bertepuk tampar...bukan penampar! hehehe
Terima kasih sudi sediakan bahu untuk bersandar..
Terima kasih kerana sediakan badan untuk di 'sepuk' kalau sayang marah....adoi kan....
Terima kasih sebab sediakan telinga bila sayang membebel...
Terima kasih sebab selalu take over kerja-kerja rumah...(boleh kukira berapa kalilah ku mengemop rumah..kuikuikui...)
Terima kasih jugak sebab paling banyak bersabar dengan kerenah sayang
Terima kasih lagi sebab selalu jadi pendengar yang baik walaupun kadang-kadang tak fokus...angguk jerr.....
Walaupun tak reti memujuk (ajar pun tak reti....haish....)
Abang tetap yang terbaik!!!!
Terima kasih sebab jadi ayah terbaik untuk anak-anak!
Terima kasih boleh sama-sama menguruskan anak syurga kita
Paling penting boleh terima keadaan anak kita seadanya!
Terima kasih sebab jadi tulang belakang sayang... 
Izinkan sayang terus jadi pelengkap tulang rusuk abang...
Abanglah IMAM yang jadi kemudi rumahtangga kita
Abanglah pemimpin yang bakal membawa kami ke syurga
Kekalkan prestasi, tingkatkan inovasi.....(apa kaitannya pulak?)hihihihi
Semoga kebahagiaan ini terus mendampingi kita hingga ke syurga

Jiwang kerr? Tak adalah.......saya percaya istilah 'sayang' dan 'abang' tu biasa je kan? Korang takyahlah tipu....mesti korang pun sama kan kat rumah panggil 'yang....yang".....Kadang-kadang kita tak perlu takut dengan cara kita mengekspressi diri sebab boleh menghilangkan tekanan loh.....yang penting jangan OVER!!!! Buat sesuatu tu biar sedang-sedang ajerrr....Semoga semua yang membaca coretan saya kali ini akan dilimpahi kesejahteraan..kalau yang dah ada famili, semoga kebahagiaan kalian hingga ke syurga. Buat kawan-kawan di FB, terima kasih di atas semua doa yang diberikan sempena anniversary saya dan suami.......

Oklah teman-teman....terima kasih sebab sudi peruntukkan masa untuk membaca coretan biasa-biasa je ni. Tak banyak idea nak menulis, yang penting berjaya juga tulis!!!! Jumpa lagi di coretan akan datang....