Followers

Wednesday, January 22, 2014

Mencari CINTA (HUBB)....

Assalamualaikum dan salam penuh kebahagiaan buat semua pengunjung laman yang kian bersawang ini....kikikikiki....

Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk mencoret entri lagi di laman tinta jemari. Dalam kesibukan hidup sebagai pelajar klasik, masih berulang-alik ke hospital, berusaha meningkatkan kualiti kehidupan...tetap mencuri ruang dan peluang untuk terus menulis walaupun bukanlah penulisan akademik. Mengadap jurnal pun bosan juga. Naik tepu dibuatnya..mau tak mau kena cari sesuatu yang boleh melarikan fokus seketika....

Kenapalah pulak tetiba nak bercerita soal CINTA? Terasa macam dramatik romantik plastik dan melentik padahal tak ada kena mengena pun....tak...saja nak bercerita tentang pengalaman MENCARI CINTA.....saja nak cerita pasal CINTA....CINTA itu ibarat fatamorgana, indah, tenang dan menyejukkan bagaikan air tetapi hakikatnya apabila dekat, ianya sungguh panas dan membahang. Tiba-tiba je i pandai berfalsafah ( takdelah...tu copy paste kata-kata yang keluar daripada mulut Ustaz Pahrol Muhamad Juoi tau)..... Hakikatnya kita tetap mahu mencari CINTA. CINTA apa sebenarnya yang kita cari ni? Hebat sangat ke kalimah CINTA ni? Of courselah kan.....kalau tidak tak adalah cinta Laila Majnun, cinta Syah Jahan, Romeo dan Juliet, Uda dan Dara....kan...kan....

Sebenarnya you all.....Sabtu minggu lepas i melarikan diri dari rumah. Ambil masa untuk diri sendiri tapi dengan kebenaran hokey....anak-anak di bawah pengaruh dan tanggungjawab encik suami. Jadi sebelum bagi kebenaran encik suami pi berjimba-jimba tengok bola malam tu, cik puan isteri dia pun ambil kesempatan untuk mencari masa untuk diri sendiri. Berjimba-jimba dengan adik comel dan manis, kiut, gebus dan soo sweet. Kalaulah yang dimaksudkan tu terbaca entri saya ni, anda faham andalah insan comel yang saya maksudkan tu yek...hihihi...terima kasih sebab jemput kakak you ni untuk sama-sama mencari CINTA.....

Ke mana saya beria-ia mencari CINTA? Ha....tengok ni:

konvensyen CINTA Dambaan Syurga katanya..............

Saya rasa satu kerugian yang besar kalau tak mencari CINTA di sini. Dengan pelaburan RM80 sahaja, saya dapat menimba ilmu secara langsung dari panel-panel tersohor di negara kita. Saya selalu ingatkan diri, bila namanya PELUANG..ia tak akan datang selalu. Sama ada kita sambar atau kita biarkan ianya berlalu pergi. Justeru bila diajak oleh adik manis yang saya katakan tadi, saya terus 'grab' peluang yang ada di depan mata. Rugi ke tidak kalau tak pergi? Cuba kalian jawab bila melihat siapakah panel-panel yang mencurah ilmu pada hari tersebut....

1. Ustaz Pahrol Muhamad Juoi
2. Ustaz Dr Zulkifli Al-Bakri
3. Ustaz Roslan Mohamad
4. Ustazah Fatimah Syarha
5. Ustazah Norhafizah Musa
6. Ustaz Syed Abdul Kadir dan UNIC

Rugi kan? Mungkin juga ada kekangan yang menyebabkan ada yang tak dapat hadir. Saya sendiri hampir terlupa sebab pendaftaran dibuat awal. Mujur sekali lagi adik manis Rina ingatkan saya. Thanks ye sis!! Kata-kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang takkan saya lupa...bila kita buat sesuatu kebaikan, itu bukan kerana kita baik tetapi kita dalam proses atau usaha untuk menjadi baik dan kata-kata itu saya simpan dalam kamus ingatan setiap hari. Konvensyen ini merupakan idea pelajar-pelajar dalam usaha mengutip sumbangan untuk program outreach pelajar ke bumi Anbiya'. Semoga usaha ini melancarkan urusan mereka seterusnya.

Banyak input yang dapat saya selami dan pelajari tentang CINTA antaranya:

Bagaimana memupuk CINTA pada Allah dan Rasulullah:
1. Ikut apa yang dianjurkan, tinggal apa yang dilarang
2. Ikut sunnah Rasulullah
3. Usah mereka-reka cinta sebaliknya rujuklah pada cara para sahabat cintakan Rasulnya.

CINTA itu apabila:
~~ melebihkan keperluan orang lain melebih keperluan diri
~~ wujud pengorbanan
~~ bila mana ada sabar
~~ kebersihan hati
~~ perasaan melebih rasa sayang
~~ tidak mengharap sesuatu daripada yang dicinta (Ulamak Tasawwuf menyatakan cinta itu dengan 
     memberi semuanya hingga tiada apa yang tinggal untuk diri sendiri)

Semua orang mencari bahagia. Walaubagaimanapun, ramai yang tidak bertemu bahagia SEKIRANYA:
1. Tidak tahu erti bahagia/kebahagiaan
2. Tidak tahu cara/jalan untuk mencari kebahagiaan
3. Tidak mampu menempuhi pengorbanan/penderitaan/cabaran untuk mencari bahagia.

Mencari bahagia juga perlu tahu:
a. Tujuan dan keperluan
b. Fitrah dan fitnah
c. Kenalpasti cinta Alat dan cinta matlamat

Sebagai Hamba Allah, TAHU dan RASA sebagai HAMBA ALLAH adalah dua perkara yang BERBEZA. Kita selalunya tahu menjadi hamba tetapi tidak RASA sebagai hamba selagi kita melakukan dosa. Untuk mendapatkan ketenangan kita perlu mengingati Allah dengan Zikrullah dan mesti beriman, beramanah untuk mendapat aman (tenang). 

Zikir membantu :
1. meningkatkan RASA kehambaan (datanglah ujian kerana kita layak diuji, bukan mengapa kita diuji         sebaliknya kita terpilih untuk diuji)
2. menjadikan seseorang itu lebih beriman (Allah tidak kecilkan ujian, sebaliknya Allah besarkan iman)
3. membesarkan Allah dan (semakin tinggi menuju Allah, semakin kecil apa yang ada di dunia)
4. mengingati kebesaran akhirat (besarnya akhirat, kecillah penderitaan di dunia)

Antara rangkaian kata-kata berhikmah yang mengesankan hati kecil saya:

1.What happened in you more important than what happened to you
2. Being a right person is more important than choose the right person
3. Allah sangat cemburu dengan hati yang lebih cenderung kepada hal-hal lain selain Allah
4. Lets go and lets GOD
5. Bertindak untuk memahami supaya kita difahami
6. Don't be a problem talker, be a problem solver
7. Dunia ibarat dewan peperiksaan, walaubagaimanapun kertas soalannya yang tidak sama walaupun 
    keputusan dan masanya sama.
8. Jadi hamba kaya yang bersyukur lebih afdhal daripada orang miskin yang sabar
9. Orang mukmin diibaratkan sebatang tubuh, saling bergantungan dan dengan itu mereka dapat hidup 
    secara harmoni, bersatu padu dan perlu memerlukan.
~~copy right Ustaz Pahrol Mohamad Juoi~~

Dalam usaha mencari CINTA, JODOH merupakan komponen penting mencipta CINTA dan bahagia, Walaubagaimanapun, soal jodoh perlu:
a. serah pada kebijaksanaan Allah
b. yakin dengan pilihan Allah bahawa itu yang terbaik untuk kita
c. istikhoroh sekiranya perlu membuat pilihan
d. solat hajat seandainya berhadapan dengan cabaran
e. berlapang dada
f. restu/redha ibu bapa

Tanpa enam perkara di atas, rumahtangga mungkin berhadapan dengan konflik yang mengugat keharmonian yang didambakan. Justeru,segala konflik perlu ditangani menerusi kaedah 7S + 1s:
1. simpati
2. semangat
3. sokongan
4. sayang
5. sabar
6. sepakat
7. santuni pasangan
8. syukur

Banyak lagi input tentang CINTA tapi takut bosan pula yang membacanya.....apa yang penting, saya pulang dengan senyum lebar di bibir apatah lagi dapat berjabat dan berpelukan dengan asatizah yang saya hormati, Ustazah Norhafizah Musa. Tidak puas rasanya mendengar bait-bait kata beliau hingga mendorong saya untuk terus mengikuti program beliau akan datang di Johor Bahru, insyaAllah....

Ustazah Norhafizah Musa

Mana tahu kalau ada yang minat nak join sama-sama ke program latihan solat wanita di M-suites Hotel JB pada 1 Mac nanti, bolehlah tengok info di dinding muka buku saya. Ada saya naikkan post sebelum entri ini saya catatkan. InsyaAllah kita sama-sama berusaha untuk menjadi lebih baik. Apa-apa pun, pastikan matlamat CINTA kita betul dan CINTA kita adalah CINTA yang hakiki. Ayuh mencari CINTA DAMBAAN SYURGA!!!!

Tuesday, January 7, 2014

Nak tercopot lagi....

Assalamualaikum dan salam penuh kemesraan...

Diam tak diam dah hampir seminggu rupanya kita menginjak di tahun 2014. Belum sampai sebulan pun lagi saya dah dikejutkan dengan kejadian yang agak mengejutkan.Terkejut mak!...rasa nak tercopot jantung ni ha dek anak-anak....5 tahun sudah sekali nak tercabut jantung rasa....kes yang ni saya tak berapa sedia nak kongsikan secara terbuka srbab betul-betul menyentap naluri seorang ibu yang paliiiiiingggg dalam....kemudian rasa nak tercabut kali kedua bila adik lelaki sulung saya meninggal...kemudian sekali lagi nak tercabut jantung sebab anak sulung accident sendiri gara-gara terlampau hebat tunggang basikal laju sambil kepala pandang belakang. Dah bagitau jangan pandang belakang...eh nak jugak...tup-tup mencium bumi...dah bergegar kepala...ni sekali lagi nak tercopot jantung gara-gara si anak dara. Banyak kali jantung ni macam nak terputus je rasa...syukur Allah masih pinjamkan nyawa walaupun kadang-kadang tu senang beno terkujat-terkujat bila berlaku adegan ba ba cak!!adegan terkejut-terkejut ni lerr...

Kejadian semalam juga dianggap di luar dugaan, tak disengajakan dan ini bukanlah salah sesiapa.Benda dah nak jadi...semua yang berlaku pasti ada hikmahnya...cuma bab terkejut-terkejut ni ler yang saya kurang gemar...boleh jadik panik...boleh jadi muka pucat tak ada darah..boleh jadi syemputttt....Kadang-kadang kita ni beria-ialah cuba lindungi insan-insan kesayangan kita daripada kejadian yang tak diingini tapi kita terlupa bila Allah kata 'Kun' sahaja,maka jadilah ia. Soroklah mana pun,protectlah mana pun..jadi tetap jadi dengan kehendakNya.

Kalau ditanya sama hati...memang tak tentulah jawapannya  dengan apa yang berlaku semalam. Memang kalau ikutkan hati,debar tu masih belum hilang..rasa takut itu masih bersisa. Masih belum bersedia menerima sebarang kemungkinan yang tidak terjangka. Dup dap....dup dap...dup dap...dup dap....setiap kali berlaku sesuatu yang melibatkan insan-insan kesayangan...pastinya hati ini jadi gelisah,resah,gundah dan berdebar-debar yang tak pernah hilang. Semoga perasaan yang tak enak ini pergi jauh-jauh.....

Semoga Allah lindungi keluarga kami daripada musibah. Semoga tak ada lagilah aktiviti mencopotkan jantung ini untuk yang entah ke berapa kali.Tak larat rasanya...semoga semuanya baik-baik sahaja....








Sunday, December 22, 2013

Al-kisah Alam Impian....

Assalamualaikum...salam sejahtera..salam sayang..salam kerinduan dan selamat malam......

Terima kasih kepada you all yang masih sudi jenguk laman tintajemari ni walaupun empunya tapaknya dah lama tak kemaskini laman. Bukan apa, semenjak dua menjak kaki tak jejak bumi ni....di Alam Impian kononnya...huhuhuhu perkara paling menyayat hati bila line telefon dan line internet lebih lambat daripada syifutttt......rasa nak menangis pun hado.....tapi idok le menangih keluar air mata darah....ngarut namanya tu.....puas le kesot sana kesot sini..dok pegang handphone cari bucu-bucu dinding..sudut-sudut strategik demi nak dapatkan line telefon dan line internet....punyalah sedih pada detik dan ketika itu.....

Oh ya...nampak tajuk di atas tu? Alam Impian? Siapa biasa dengar nama tempat ni? Kalau saya....first time dengar ada nama Alam Impian...mula-mula tu macam ye tak ye saja akan ke Alam Impian untuk buat sesi terapi anak syurga nan seorang ni tapi rupanya memang betul wujud dalam peta Malaysia...wujud jugak dalam altitude GPS tempat yang bernama Alam Impian ni. Fuh...terasa macam tak berada di alam nyata seketika...Banyak yang nak diceritakan tentang Alam Impian ni. Tahan tak tahan jelah korang nak membaca coretan saya kali ni...cuma terlupa satu hal..9 hari di Alam Impian, tak ada sekeping foto pun saya potretkan yang menunjukkan saya benar-benar sampai di Alam Impian!!Huwaaaa......Tapi yang pasti saya bermusafir sebentar di Canting, Alam Impian...dengar nama pun pelik kan...ada seni di situ...orang jawa kata ada 'art'...ke sebab dengan UiTM Shah Alam yang famous dengan fakulti 'art'nya? Hurmmmm.....

Bermula perjalanan ke Alam Impian, saya dihantar oleh Encik Suami namun pada hari yang sama Encik Suami berangkat pulang ke Johor. Punyalah hati berdoa bagai dia tak dapat tiket hari yang sama...ekekeke...tulah, doa yang tak baik...tup-tup sedang elok je konon-konon nak cari tiket, dapat pulak tiket pada waktu dan ketika itu juga!! Ambik....bermulalah survival saya dan Super Haziq di bumi Shah Alam dengan berbantukan sebuah UNSER dan sebiji GPS kalau nak ke mana-mana. Encik suami pun risau juga nak tinggalkan kami berdua tapi saya yakinkan dia yang saya boleh survive...in sha Allah...walhal dalam hati pun berfikir-fikir jugak...mampu ke???kikikikiki....

Maka bermulalah perjalanan seorang ibu dan anaknya untuk sebuah pengorbanan dan perjuangan kecil. Bermulalah episod jerit-menjerit oleh Super Haziq yang memang punya pitching tinggi itu....Bak kata perawat a.k.a Mak Ija yang memang takkan saya lupa....In order to have a good health.."enjoy the pain"...so Haziq enjoying the pain tiga kali sehari....

Cerita selebihnya tentang perkembangan anak ini nanti akan saya kongsikan di http://www.ceritahaziq.wordpress.com ye. Belum sempat nak update lagi....hukhukhuk.....

Dalam pada sibuk dengan terapi anak...sempat jugalah beranikan diri pusing bandar Shah Alam...cari PKNS gara-gara kehabisan kurma yang menjadi salah satu entiti penting dalam menu harian Super Haziq. Sampai jugalah di PKNS...yeyeyeye...kemudian berpeluang bertemu bekas pelajar yang dah hampir 6-7 tahun juga tak jumpa...yelah ...anak murid pun dah ada anak 3...sama pulak dengan cikgunya....Alhamdulillah...mudah-mudahan pertemuan ini membawa sedikit manfaat dan kebahagiaan atas dasar silaturrahim dan juga perkongsian mengenai BVSM yang mahu dikongsikan kepada ayah pelajar saya ini..jom sama-sama kita doakan agar ayah student saya ini beroleh kesembuhan ye....


Sempat jugalah bertemu anak-anak syurga yang lain...ramai juga...Sempat jumpa Amni, Muhammad, Rayyan, Lope....Saad...cuma sayangnya ada masa-masa yang tak terfikir nak memotret kenangan bersama mereka. Entah bilalah boleh jumpa lagi dengan mereka. Semoga diberikan kelapangan dan peluang untuk bersama-sama mereka lagi. Bila melihat anak-anak ini, tiada apa yang mampu saya ungkapkan melainkan kesyukuran yang tidak terhingga. Kadang-kadang kita rasa kita ni susah, diduga dengan dugaan yang berat tapi sebenarnya ramai lagi di luar sana yang lebih hebat ujiannya. 


Sempat jugalah dalam berani-berani takut tu drive ke Seksyen 7 tanpa GPS. Macam terer...berpandukan arahan lisan saja dan sampai juga!! Target mahu ke Jakel nak cari fabrik denim untuk buat tudung. Ya Tuhan.........dah namanya perempuan mata 'kainan'..bukan mata duitan eh...nampak je kain denim yang macam-macam kaler...macam-macam design terus jadi tak tentu arah....terus jadi macam orang jakun sekejap...siap duduk-duduk atas timbunan kain.....punyalah tak senonoh perangai....mata tengok yang itu cantik..yang ini cantik...semuanya cantik!!! Kena pulak masa tu tengah offerrrrr.....terus lupa dunia. Mujur bukan di Alam Impian, kaki masih berpijak di bumi nyata. Cepat-cepat ingatkan diri supaya jangan tak sedar diri. Punyalah suka....punyalah hilang kewarasan sekejap...habis kusauk 10 jenis denim!! Tina-tiba rasa masa tu macam nak habiskan semua duit yang ada!!! Hahahahahahaha...terhilang akal sekejap tapi bila teringatkan duit treatment tak bayar lagi.....cepat-cepat beritahu hati jangan ikut nafsu...tu semua godaaan....cobaaaaaannnn!! Erm....konon target nak denim aje, dusta belaka! Tersauk jugak beberapa pasang kain yang cantik pada pandangan mata tapi bukan untuk diri sendiri...nak kasi hadiah kat pengasuh....Alhamdulillah dah selamat di'deliver'.......habis berjoli, kembali ke rutin asal terapi anak lagi....

ini sikit je...gambar yang disauk disimpan.....hikhikhik

Sempat jumpa kembar sepusat sepusing, mak lain-lain ayah asing-asing...Noina dan Cik Bella si Mata Cantik...Beli tilam terapi handmade by ayah Noina dan kami pun suka landing atas tilam tu....

Kelelahan mamat ni kena henyak....

Sementara menunggu hari-hari terakhir rawatan yang masih berbaki beberapa hari lagi pada ketika itu, sempat lagi order buku daripada DIM (Duda Idaman Malaya)...En Abil Fikri Ahmad yang telah pun menghasilkan buku pertama beliau berkaitan kasih sayang beliau kepada almarhumah isteri yang dikasihi Pn. Fauziah, walaupun sampai sekarang masih belum khatam gara-gara nak kasi 'feel'....baca sikit-sikit baru touch sampai ke jantung.....tu dia....


Terkesan dengan penceritaan kisah "Warkah Buat Isteri" ini, tiba-tiba terasa macam nak hasilkan juga buku pengalaman membesarkan anak CP menggunakan laras bahasa tak formal, sama seperti penceritaan di blog. Tiba-tibalah....ada juga rakan-rakan yang menggalakkan saya menulis sebab katanya saya pandai menulis tapi saya taklah pulak berasa begitu....menulis ni memerlukan kemahiran, bukan boleh tulis main 'hentam kromo' je kata orang-orang kampung....bila menulis tu kena tulis dari jiwa, baru menyentuh hati dan rasa. Kalau setakat menulis tanpa ada jalan cerita dan lenggok bahasa yang sempurna, ibarat makanan yang tidak diletak garam dan gula, tiada rasa masin, lemak dan manisnya.....chewah.....macam dah boleh menulis dah ni...kikikikiki....

Oklah, dijadikan cerita seterusnya....dua hari terakhir saya di Alam Impian, saya terasa sakit pinggang yang amat....sebelum tu dah ada tanda-tanda namun tak berkesempatan nak buat rawatan. Turun naik tangga setiap hari dan akhirnya...dua hari terakhir, saya ditakdirkan tak mampu nak bergerak seperti biasa. Pagi tu sempat jugalah turun ke bawah basuh baju dan masakkan nasi Haziq, bila naik ke bilik dan merebah tubuh di sebelah Super Haziq, bila nak bangun tiba-tiba saya sudah tak mampu nak bergerak. Pinggang terasa sakit yang amat. Kasihan Super Haziq seharian tak keluar dari bilik. Nak turun ke tingkat bawah pun sangat berhati-hati. Bergerak dalam kadar yang sangat perlahan. Haziq sudah tak mampu saya dukung. Gagahkan juga badan kerana kasihankan Super Haziq sedangkan waktu tu dah rasa sangat tak berdaya. Allahurobbi....menitik air mata menahan sakit....

Alhamdulillah, Mak Ija yang ada urusan di luar seharian akhirnya dapat merawat saya, dan dipaksa minum minuman herba. Ambik....tiga cawan besar macam cawan air buah gelas besar kat Binjai Terengganu tu ha!! Tu dia....terkulat-kulat hamba! Lepas tu keluar masuk bilik kecil. Yelah....dah banyak yang masuk mestilah banyak yang keluar kan.....Kasihan pada seorang rakan yang berhajat nak bertemu saya tapi tak dapat gara-gara saya dah 'shut down' awal...memang tak sedar dan badan pun terasa sakit-sakit. Tak ada rejeki nak jumpa dengan Ma Hamzah, sahabat zaman persekolahan di daerah Segar Amat suatu ketika dulu. Sahabat yang suka buat aksi 'daring' dalam dorm asrama....hahahaha hanya ku yang ingat pose-pose maut zaman remaja dulu....kikikikiki...kalaulah Ma Hamzah baca entri saya ni...sah-sah lepas ni cepat saja wassap/mesej hamba berbunyi bertanyakan apakah pose itu.....kikikikikikiki.....biarlah rehesia......

Keesokan hari, pinggang terasa semakin sakit. Semakin tak boleh nak bergerak dan rupanya itu petanda saya menghadapi masalah di tulang pinggang dan tengkuk. Akhirnya saya terpaksalah minta bantuan kecemasan...encik suami terpaksa bergegas dari JB ke Shah Alam untuk membantu menguruskan Super Haziq. Sehingga entri ini dicoretkan juga, saya masih berhati-hati dalam pengurusan Super Haziq. Masih takut-takut nak mendukung atau mengangkat Super Haziq kerana masih terasa kesakitan di pinggang. Mungkin saya rasa badan cukup kuat tetapi sebenarnya badan dah bagi signal supaya memberi peluang untuknya berehat. Rasa gagah tapi sebenarnya tidaklah segagah mana...Gagah dan semangat saja yang kuat...fizikalnya rupa-rupanya taklah sekuat yang dibayangkan....

Mungkin inilah masa paling tepat untuk saya benar-benar merehatkan diri. Nak duduk lama tak boleh, nak angkat berat tak boleh...nak dukung anak tak berani...ada kalanya bosan juga sebab tak buat rutin biasa tapi nak buat macam mana....memanglah muka ni boleh tersenyum...gelak-gelak...sengih-sengih macam kerang busuk tapi hakikatnya sakit itu hanya badan yang menanggungnya....rehatlah weh...kalaulah badan ni boleh menjerit...rasanya kalah suara Nash Lefthanded yang serak-serak basah tu suruh tuan punya badan berehat. Apa pun...perjuangan tetap perlu diteruskan. Sakit yang ada ni sebagai asbab untuk memperlahankan aktiviti sahaja....bukan menghentikan terus aktiviti. Lepas ni kena rancang untuk sesi terapi private pula sebab sudah ada pusat terapi terdekat yang dibuka.....

Oh....sudah tak boleh menulis dengan berjela. Pinggang sudah bagi signal....Ada rezeki memang mahu ke Alam Impian lagi untuk sesi rawatan akan datang tapi kena kumpul dana dulu....Kalau alang-alang pergi biar intensif..biar dapat belajar teknik stimula supaya dapat diaplikasi sendiri di rumah....Makan dah tak perlu risau, konsep homestay..tak terasa macam tinggal di hotel yang kena cari makanan di luar..rasa-rasa tak cukup bekalan...Econsave tak sampai 10 minit...rasa-rasa nak berjalan...SACC, PKNS pun tak sampai 15 minit....seronok juga di Alam Impian....lebih seronok kalau jadi mem besar....ke sana sini ada pak supir.....wah...terasa indahnya dunia....hihihihihi...

Oklah...cukuplah Al-Kisah di Alam Impian. Sekarang dah kembali ke alam realiti. Banyak lagi rutin dan tugas menanti. Insyaallah ada rezeki kita sambung pada entri akan datang. Mohon doakan kesihatan saya kembali membaik begitu juga perkembangan positif Super Haziq ye Tuan-tuan dan Puan-puan....Terima kasih daun keladi....panjang umur kita bertemu lagi....Assalamualaikum....