Followers

Monday, December 10, 2012

Kalau dah kaki bola!!!!

Assalamualaikum

Lama rasanya tak update laman blog sendiri. Hari ni terasa nak menulis, jadi banyak tak banyak kenalah menulis. Sekarang ni tengah angin bola. Sana sini orang bercerita tentang bola. Pasal Johor beli player kebangsaanlah, pasal rakyat Kelantan tak puas hati dengan Johorlah sebab bola, bola sepak negara luarlah, tiket bermusimlah, semuanya cerita berkaitan bola sampai saya sendiri yang bukan kaki bola, bukan peminat bola terkena jugaklah tempiasnya sedikit sebanyak.

Mahu tidak....di rumah ni ada peminat bola. Tambahan pula anak sulung yang nak menjangkau usia 9 tahun, tahun depan pun sudah mula menunjukkan ciri-ciri peminat bola. Pakai baju pun dah nak jersey saja sekarang....siap paksa-paksa mama dan ayah dia beli jersey....yang kelakarnya, nak jugak jersey Kelantan hanya kerana Mat Yo di Kelantan walhal Mat Yo dah ke Johor pun....mau tak mahu, layankan ajerr.......tapi bab layan lebih-lebih yang tak larat tu...asal ada bola kat TV, mama dia asyik kena mengalah. Tak seronok tengok di rumah, kedai mamak dituju. Tak apalah tu, bagilah kedai mamak tu bergegar bila ada gawang yang bolos. Paling tak tahan, dah balik pun eh....nak jugak tengok bola di tv walhal kita yang di rumah ni nak bersantai-santai tengok tv. Akhirnya masuk bilik, tidur sajalah yang paling tak memeningkan kepala....

Penangan bola ni memang kuat betul...Kalau surat khabar tu tak perlu nak ceritalah, memang ceritanya akan keluar tiap-tiap hari. Sudah ada ulasan pemberita, ada lagi ulasan pemberita yang tak bertauliah. macam-macam versi yang keluar. Layankan jugak sebab nak buat macam mana, bila dah ada ahli keluarga yang kaki bola. Tipulah kalau tak terkena anginnya....Depa tengok di kedai mamak, yang di rumah pun tengok juga tapi tak adalah sampai emosi bagai macam peminat tegar. Tengok sekadar tengok macam tak ada perasan sangat. Gol pun.....dah gol? gitu jelah......Lepas ni lagilah, bila semua player hebat dah turun ke Johor, nampaknya asyik kena tinggallah mama dia kat rumah sebab peminat bola mesti akan ke stadium.....melayan minat suami dan anak ni seronok tapi kadang-kadang geram pun ado........dulu diorang yang selalu kena tinggal bila mama dia dok keluar meeting ke, sekarang ni depa ada 3 tahun untuk bagi can mama dia duduk rumah...yiehaaa....ambik mama!!!!

ini dia peminat bola di rumah

seronoklah bila sudah ada geng.....

Lepas ni, mama dan anak perempuan  yang seorang ni pun kena cari minat yang sama sebab mereka berdua dah ada sesuatu yang boleh diperbual, diperdebat, diperbincang dan diperkatakan...Spend masa dengan anak mengikut minat mereka. Anak dara suka buku,agaknya seronok kalau spend masa di kedai buku aje...masa tu, sediakan je duit sebab confirm poket mama akan 'bolos'..hehehe....seorang kaki bola, seorang ulat buku.....hmmmmmmmm.........

Sunday, November 25, 2012

Baru tahu................

Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua yang membaca entri saya kali ini.

Alhamdulillah....dapat juga akhirnya saya menulis selepas 10 hari tidak dapat menulis bait-bait kata yang panjang lebar di dalam laptop kesayangan saya ini. Hendak meneruskan penulisan wajib pun tidak mampu, inikan pula mahu menulis karya kreatif. Tidak terdaya rasanya hendak mengadap muka laptop kesayangan. Anak-anak pula sangatlah suka hati sebab dapat guna laptop mama walaupun mama dah korbankan laptop lama untuk kegunaan mereka. Mama dah kata, ini laptop kerja mama tapi biasalah budak-budak, tengok mama tak duduk menghadap laptop, mereka pun tolong gantikan tempat mama diorang....anak-anak bertuah!!

Alhamdulillah, hari ke sepuluh saya sudah mula rasa segar. Masih tidak mahu ke klinik, kalau boleh tak mahu makan ubat doktor. Sesekali demam, batuk,selesema memang menguji kekuatan fizikal dan mental. Agaknya tubuh dah terlalu penat dengan rutin yang padat, lebih-lebih lagi apabila setiap minggu perlu berulang alik ke Batu Pahat, 3 kali seminggu untuk rawatan alternatif Haziq. Memanglah tak jauh mana tapi sesi rawatan yang semakin bertambah waktunya mungkin penyumbang kepada kesihatan tubuh yang kian merosot. Perjalanan pergi dan balik sudah hampir 4 jam, sesi rawatan 3 jam, waktu menunggu 1/2 jam, hampir lapan jam sehari dan 24 jam seminggu. Badan pun akhirnya memberi isyarat supaya berehat secukupnya...

Sebelum ni kalau demam, batuk mahupun selsema, biasanya akan diiringi oleh sakit kepala. Berdenyut-denyut. Kali ini pengalaman yang sangat berbeza kerana bukan sakit kepala yang menyerang, sebaliknya pening kepala. Ada beza kan sakit kepala dengan pening kepala? Encik suami pernah kata, biarlah demam asalkan jangan pening sebab memang tak larat nak buat apa pun.  Ha....kali ini bila saya diserang pening, batuk, demam dan selsema, barulah saya tahu penangan pening tu macam mana rasanya, nikmat sungguh!!! Sehinggakan saya terbaring hampir sepanjang masa! Digagahkan juga keluar ke taman mengeluarkan peluh tapi akhirnya terbaring juga! Buka mata nak bangun, rasa nak tumbang semula. Hurix, panadol soluble, vitamin C, semuanya sudah jadi santapan sang anak tekak tetapi masih juga tak larat nak buka mata. Hanya dua hari mampu makan nasi, itupun dipaksa-paksa. Hanya bubur yang selera di tekak selama 10 hari ini, alhamdulillah masih mampu untuk menerima makanan. Tidaklah tubuh terlalu lembik. Sudahnya, terlepas juga beberapa kali sesi rawatan Haziq kerana saya tidak sihat.

Hari ini, setelah 3 biji panadol saya telan, selepas 6 jam panadol soluble pula saya hadap, alhamdulillah saya berjaya menulis entri ini. Sekadar berkongsi kondisi saya selama hampir dua minggu ini dengan ujian kecil yang Allah berikan kepada saya. Alhamdulillah, rasanya semakin segar dan sihat. Mudah-mudahan agar terus sihat kerana nikmat sihat itu subhanallah!!Sangat tinggi nilainya bagi kita untuk melaksanakan setiap amanah yang diberikan kepada kita. Kenalah sentiasa beringat LIMA PERKARA sebelum datangnya LIMA PERKARA.....

Ingat:
Waktu SIHAT sebelum SAKIT
Waktu KAYA sebelum MISKIN
Waktu LAPANG sebelum SEMPIT
Waktu MUDA sebelum TUA
Waktu HIDUP sebelum MATI....

Sebelum datang LIMA PERKARA itu, LIMA PERKARA juga yang mesti kita gunakan dengan sebaik-baiknya supaya kita tidak tergolong dalam insan yang rugi. Apabila datang salah satu daripada LIMA PERKARA itu, banyak benda yang kita tak dapat lakukan. Masa tu dah tak ada gunanya penyesalan. Orang kata, masa sihat inilah masa yang paling berharga dan bernilai untuk kita lakukan kebajikan, justeru buatlah apa yang patut sebelum terlambat. Ingatan untuk diri sendiri yang selalu terlupa..........


Wednesday, November 21, 2012

Ujian kecil..........


Apa saja ujian yang datang sama ada kecil atau besar pasti ada hikmah yang tersembunyi. Tanpa sedar, sihat itu ujian, sakit juga ujian. Kaya itu ujian, miskin apatah lagi. Lapang itu juga tanda diuji apatah lagi sempit itu ujian yang jelas. Muda itu ujian, tua juga ujian dariNya yang ingin menguji kesabaran hambaNya sebagai bukti kasih sayangNya yang tidak berpenghujung.

Redha dengan ujian yang diterima sama ada kecil atau besar akan menambah keimanan di hati dan meningkatkan kepercayaan bahawa di sebalik ujian itu pastinya ada pelangi indah sebagai ganjarannya..............