Followers

Tuesday, July 23, 2013

Kerabu mangga via telepati

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ok...hari ni dah masuk hari ke 14 kita berpuasa. Alhamdulillah mesti semua dah kenyang kan berbuka. Petang tadi  sempatlah saya coretkan sesuatu di laman tintajemari saya ni dan baru sempat di muatnaik. Hmmm....kali ini pasal cerita kerabu mangga. Sebelum itu, kredit pada www.dapurbello.blogspot.com kerana saya pinjam gambar kerabu mangga ini berdasarkan carian melalui bantuan pakcik Google petang tadi. Saya rasa inilah gambar kerabu mangga yang paling menarik perhatian sepasang mata saya.



Kenapa kerabu mangga jadi pilihan sebagai topik entri saya kali ni ye? Nak tahu? Saya masih ingat kata-kata Dato' DMFK.. Kenal tak siapa beliau? Kenal ke tidak......Mesti kenal kan? Satu Malaysia kenal beliau. Kalau tak kenal......might be something goes wrong somewhere...alamak....tertelan keju petang-petang ni…. Ei....puasa hokey!!! Kata Dato' DR Mohd Fadzillah Kamsah a.k.a DMFK, kalau ikatan jiwa antara suami isteri tu kuat...kita dapat rasa apa yang dia rasa, kita dapat fikir apa yang dia fikir dan dia dapat rasa apa yang terdetik dalam hati kita. La....cerita pasal suami isteri pulaklah kan. Apa kaitannya dengan kerabu mangga?

Nak ceritalah ni......

Petang tadi sewaktu menonton drama Hujan, sempat juga saya belek-belek majalah Mingguan Wanita yang menjadi majalah langganan tetap saya setiap minggu. Belek punya belek, ternampak di ruangan masakan tu ada kerabu mangga. Terlioq jugak bak kata orang Kedah tapi taklah sampai menjejes air liur….hihihi. Siap terbayang-bayang keenakannya kalau dibuat sendiri. Al-maklum mangga di depan rumah pun dah besar-besar. Saya bayangkan mangga tu diracik-racik, potongkan tomato, lada cili, bawang besar, letak kacang tumbuk sikit, letak cuka sikit, garam, gula….pergh......mesti sedapkan. Lebih lagi bila air tangan sendiri. Sayangnya hari ni saya gantung kuali, tanak nasi je sebab menu dah dirancang, nak makan ayam golek aje. Jadi suami beli ayam golek, sayur tengoklah apa yang dibeli encik suami.

Untuk ke bazaar ramadhan….masih kuat lagi tekad saya untuk tidak jejakkan kaki ke sana. Suami je yang beli…yang penting saya tak ke sana. Matlamat baru Ramadhan tahun ini…alhamdulillah!! Jadi, dipendekkan cerita, encik suami sampai di rumah hampir pukul 6, lepas ambil anak-anak dari sekolah. Saya pun taklah banyak bertanya apa yang dibeli sebab saya dah tahu apa yang akan dibeli. Tiba-tiba… ‘Yang, abang beli kerabu mangga,” suami saya bersuara. Terus saya bangun dari sofa dan menghampiri encik suami sambil menyatakan betapa saya gembira sebab seolah-olah dia tahu apa yang terdetik dalam hati saya. Saya pun hadiahkan encik suami dengan hadiah yang biasa dia dapat sebelum pergi kerja tiap-tiap hari, sebuah ciuman di pipi tanda terima kasih dan penghargaan. Pada detik itu saya percaya bahawa memang ada ikatan yang kuat antara pasangan sehingga dapat menebak apa yang ada di fikiran pasangan walaupun hanya secara kebetulan. Mungkin benar bahawa wujud 'telepati' iaitu seseorang itu boleh merasakan sesuatu dari jarak jauh. Mungkin saya mengungkapkan keinginan melalui perasaan dan perasaan atau gelombang itu dapat diterima suami walaupun beliau tiada berdekatan dengan saya. Subhanallah!! Hebatnya percaturan Allah!!!


Mahu tak suka? Baru fikir, makanan dah ada depan mata…alhamdulillah! Kerabu mangga oh kerabu mangga…..
rezeki saya untuk juadah berbuka hari ini....

Monday, July 22, 2013

Nak main bunga api!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!

Alhamdulillah, dah masuk pun kita ke fasa kedua Ramadhan. Kita telah melalui fasa rahmah pada 10 malam pertama Ramadhan dan kini meniti fasa keampunan bulan yang penuh barokah ini. Pohonlah keampunan ke atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan dengan tulus,insyaAllah Allah itu Maha Mendengar (Ingatan buat diri yang selalu terlupa)....

Sejak 3-4 hari lepas, saya sering menyuarakan keinginan untuk bermain bunga api kepada encik suami. Pening juga encik suami membayangkan bunga api yang saya inginkan. Setelah mendapat respon teman-teman dan bantuan pakcik Google yang baik hati...maka dapatlah saya tahu bahawa bunga api yang saya inginkan tu ialah bunga api cap kucing!!! Konon nak mengimbau nostalgia jaman kanak-kanak tapi nama bunga api pun tak tahu! Yelah, nama pun zaman kanak-kanak, manalah nak ingat. Bila dah kahwin,anak pun dah bersusun 3 orang (macam ramai sangat..hihihi), mana ada peluang nak main bunga api. (Sebenarnya boleh aje tapi entah kenapa tak minat)....Tiba-tiba pulak raya tahun ni mengidam nak main bunga api ni.

Inilah dia bunga api cap kucing tu. Ada jual lagi ke tahun ni?

best kan....cantik..bunyinya 'sssssssssssssssssssss'....

Walaupun sekejap tapi seronok kalau main ramai-ramai....

Rasa macam nak kembali ke zaman kanak-kanak. Apakan daya, inilah perjalanan sebuah kehidupan. Fasa itu sudah berlalu tetapi mana tahu kita sempat melaluinya untuk kali kedua kan. Pada ketika itu mungkin hayat kita dipanjangkan Allah tetapi daya pemikiran kita mungkin kembali ke zaman anak-anak...Wallahu A'lam....

Pagi ini sekali lagi saya suarakan hasrat nak cari bunga api ni. Mudah-mudahan hasrat ini tercapai....BUNGA API?????????

Friday, July 19, 2013

BERANGAN.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dulu masa zaman kecik-kecik kalau duduk termenung orang kata berangan
Bila dah besar sikit, buat silap sikit orang kata sebab banyak sangat berangan
Bila makin dewasa lagilah suka berangan
Berangan nak masuk universiti...
Berangan nak dapat kerja yang bagus...
Siap boleh berangan nak pilih pasangan yang ikut citarasa
Lepas tu berangan nak beli kereta
Dah dapat kereta, nak rumah pulak....
Semuanya bermula daripada sikap suka 'berangan'
Jadi impian yang besar dan tersimpan kemas
Agar satu hari dapat direalisasikan....

Siapa kata berangan kena bayar?
Tak adalah....
Berangan tu percuma je
Beranganlah apa pun yang kita suka
Beranganlah apa pun yang kita inginkan
Asalkan tidak tersasar dari landasan
Sesiapa pun boleh berangan
Bila-bila, di mana-mana tanpa ada siapa yang boleh mencegahnya
Kerana angan-angan itu tidak dapat dilihat
Hanya bermain di dalam minda....

Hari ini banyak angan-angan yang dah jadi realiti
Nak kereta dah dapat...
Nak suami baik dah dapat....
Nak rumah? Alhamdulillah cukup sebagai tempat berlindung...
Nak kerja yang baik? Dah dapat jugak
Tapi masih juga berangan-angan
Angan-angan yang bukan keperluan
Memenuhi kehendak yang tiada batasan
Semoga angan-angan ini menjadi kenyataan
AAAMIIIIINNN.....................
Berangan lagi?
Ih ih ih...............