Followers

Monday, February 17, 2014

Rahsia mimpi: petanda apakah ini?

Assalamualaikum....
Salam sejahtera..salam bersua kembali.................

Hampir sebulan laman ini terbiar sepi. Tiada hasil ketukan jari jemari di atas papan kekunci komputer riba. Kali ini secara tiba-tiba terpanggil untuk kembali meneruskan coretan. Kali ini saya ingin bercerita tentang mimpi. Semua orang pernah bermimpi kan? Tipu sangatlah rasanya kalau berani mengatakan tak pernah bermimpi sepanjang hayat kan? Zaman kanak-kanak selalu mimpi hantulah....mimpi airlah...mimpi macam-macam hingga banyak juga buku-buku terhasil untuk mentafsir pelbagai jenis mimpi. Saya juga tak terkecuali untuk mendapat mimpi sewaktu tidur. 

Rahsia mimpi? entahlah....saya bukanlah seorang yang sering didatangi mimpi...kalau ada pun pastinya keesokan harinya saya tak ingat apakah mimpi tersebut. Apa yang saya tahu....semalam saya bermimpi. Cuma....sepanjang lebih 30 tahun Allah pinjamkan nyawa dan jasad ciptaanNya buat saya, ada beberapa mimpi yang saya takkan lupakan sepanjang hayat saya,insyaallah...Walaupun sehingga kini saya tidak memahami dan dapat mencari RAHSIA MIMPI tersebut.....

Mimpi pertama yang takkan saya lupa, dikejar oleh banyak ular hitam...waktu itu saya masih remaja. Maksudnya? entahlah....tak kuasa pula nak memikirkannya....

Mimpi kedua waktu saya belajar di UKM....saya melihat di sebuah parit kecil, ada seekor ikan haruan berenang-renang...jinak saja kelihatannya. Bila ikan itu berpaling, saya melihat sisiknya berwarna emas....

Mimpi ketiga....saya melepasi banjir yang besar

Dan ini mimpi saya didatangi seorang perempuan cantik yang memeriksa helaian Al-Quran yang saya baca. Katanya..."bacalah...tinggal sikit je lagi ni"...Saya tersedar. Dan apabila saya semak kembali helaian terakhir surah yang saya baca, ia berada pada surah lazim "Al-Muthoffifiin...". Sah, memang tinggal sedikit sahaja untuk saya khatamkan bacaan saya.  Allahuakbar!Petanda apakah ini? Rentetan mimpi tersebut saya tersedar bahawa sudah lama juga saya tidak membaca Al-Quran, seminggu rasanya....lazimnya saya akan membaca walaupun satu muka selepas solat subuh...namun entah mengapa rutin itu tiba-tiba terhenti.Maafkan saya....tidak terdetik sedikit pun untuk riak, takbur atau ujub dengan kenyataan saya dalam entri ini atau mana-mana entri sekali pun, cuma sekadar berkongsi pengalaman dan rasa yang cukup indah....

Saya ditegur, usah dengan mimpi kita beramal. Terima kasih atas teguran. Saya insan biasa. Seperti yang saya maklumkan, saya bukanlah jenis mempercayai mimpi namun saya melihatnya dari satu sisi positif. Mungkin Allah mahu jentik saya menerusi mimpi, wallahua'lam kerana sebenarnya saya berazam untuk menamatkan bacaan Al-Quran tahun lepas lagi namun tersasar. Azam saya untuk khatam sekurang-kurangnya sekali dalam setahun, bukan juga untuk bermegah namun saya mahu meletakkan itu sebagai keyakinan pada diri supaya tidak tersasar jauh...Alhamdulillah...saya berjaya khatam Al-Quran pada hari ini, 18 Rabi'ul Akhir 1435H. Perasaan yang hadir? Gementar seluruh tubuh dan syahdu.......Ada yang mengatakan saya insan terpilih mendapat mimpi itu...Hanya Allah Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu.....

Apa yang dipohon dalam doa agar hati ini tidak dipalingkan daripada jalannya, hati ini tidak terhasut dengan bisikan iblis dan syaitan yang berjanji menyesatkan manusia hingga ke akhir zaman. Kalau sebelum ini Al-Quran sekadar dibaca tanpa memahami isinya....mungkin ini juga pemula langkah untuk saya memahami Al-Quran dan seluruh isinya....Siapa tahu? Hanya Dia Yang Mengetahui segala isi langit dan bumi dan semua yang terbit dari isi hati hambaNya...


RAHSIA MIMPI....tiada siapa yang tahu. Ayuh sahabat...kita kembali menggali dan mencari hakikat dan hikmah kitab suci ini. Mudah-mudahan Allah dorongkan hati-hati kita untuk terus kekal di jalanNya....Aamiin Ya Robbal A'lamiinn....

Wednesday, January 22, 2014

Mencari CINTA (HUBB)....

Assalamualaikum dan salam penuh kebahagiaan buat semua pengunjung laman yang kian bersawang ini....kikikikiki....

Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk mencoret entri lagi di laman tinta jemari. Dalam kesibukan hidup sebagai pelajar klasik, masih berulang-alik ke hospital, berusaha meningkatkan kualiti kehidupan...tetap mencuri ruang dan peluang untuk terus menulis walaupun bukanlah penulisan akademik. Mengadap jurnal pun bosan juga. Naik tepu dibuatnya..mau tak mau kena cari sesuatu yang boleh melarikan fokus seketika....

Kenapalah pulak tetiba nak bercerita soal CINTA? Terasa macam dramatik romantik plastik dan melentik padahal tak ada kena mengena pun....tak...saja nak bercerita tentang pengalaman MENCARI CINTA.....saja nak cerita pasal CINTA....CINTA itu ibarat fatamorgana, indah, tenang dan menyejukkan bagaikan air tetapi hakikatnya apabila dekat, ianya sungguh panas dan membahang. Tiba-tiba je i pandai berfalsafah ( takdelah...tu copy paste kata-kata yang keluar daripada mulut Ustaz Pahrol Muhamad Juoi tau)..... Hakikatnya kita tetap mahu mencari CINTA. CINTA apa sebenarnya yang kita cari ni? Hebat sangat ke kalimah CINTA ni? Of courselah kan.....kalau tidak tak adalah cinta Laila Majnun, cinta Syah Jahan, Romeo dan Juliet, Uda dan Dara....kan...kan....

Sebenarnya you all.....Sabtu minggu lepas i melarikan diri dari rumah. Ambil masa untuk diri sendiri tapi dengan kebenaran hokey....anak-anak di bawah pengaruh dan tanggungjawab encik suami. Jadi sebelum bagi kebenaran encik suami pi berjimba-jimba tengok bola malam tu, cik puan isteri dia pun ambil kesempatan untuk mencari masa untuk diri sendiri. Berjimba-jimba dengan adik comel dan manis, kiut, gebus dan soo sweet. Kalaulah yang dimaksudkan tu terbaca entri saya ni, anda faham andalah insan comel yang saya maksudkan tu yek...hihihi...terima kasih sebab jemput kakak you ni untuk sama-sama mencari CINTA.....

Ke mana saya beria-ia mencari CINTA? Ha....tengok ni:

konvensyen CINTA Dambaan Syurga katanya..............

Saya rasa satu kerugian yang besar kalau tak mencari CINTA di sini. Dengan pelaburan RM80 sahaja, saya dapat menimba ilmu secara langsung dari panel-panel tersohor di negara kita. Saya selalu ingatkan diri, bila namanya PELUANG..ia tak akan datang selalu. Sama ada kita sambar atau kita biarkan ianya berlalu pergi. Justeru bila diajak oleh adik manis yang saya katakan tadi, saya terus 'grab' peluang yang ada di depan mata. Rugi ke tidak kalau tak pergi? Cuba kalian jawab bila melihat siapakah panel-panel yang mencurah ilmu pada hari tersebut....

1. Ustaz Pahrol Muhamad Juoi
2. Ustaz Dr Zulkifli Al-Bakri
3. Ustaz Roslan Mohamad
4. Ustazah Fatimah Syarha
5. Ustazah Norhafizah Musa
6. Ustaz Syed Abdul Kadir dan UNIC

Rugi kan? Mungkin juga ada kekangan yang menyebabkan ada yang tak dapat hadir. Saya sendiri hampir terlupa sebab pendaftaran dibuat awal. Mujur sekali lagi adik manis Rina ingatkan saya. Thanks ye sis!! Kata-kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang takkan saya lupa...bila kita buat sesuatu kebaikan, itu bukan kerana kita baik tetapi kita dalam proses atau usaha untuk menjadi baik dan kata-kata itu saya simpan dalam kamus ingatan setiap hari. Konvensyen ini merupakan idea pelajar-pelajar dalam usaha mengutip sumbangan untuk program outreach pelajar ke bumi Anbiya'. Semoga usaha ini melancarkan urusan mereka seterusnya.

Banyak input yang dapat saya selami dan pelajari tentang CINTA antaranya:

Bagaimana memupuk CINTA pada Allah dan Rasulullah:
1. Ikut apa yang dianjurkan, tinggal apa yang dilarang
2. Ikut sunnah Rasulullah
3. Usah mereka-reka cinta sebaliknya rujuklah pada cara para sahabat cintakan Rasulnya.

CINTA itu apabila:
~~ melebihkan keperluan orang lain melebih keperluan diri
~~ wujud pengorbanan
~~ bila mana ada sabar
~~ kebersihan hati
~~ perasaan melebih rasa sayang
~~ tidak mengharap sesuatu daripada yang dicinta (Ulamak Tasawwuf menyatakan cinta itu dengan 
     memberi semuanya hingga tiada apa yang tinggal untuk diri sendiri)

Semua orang mencari bahagia. Walaubagaimanapun, ramai yang tidak bertemu bahagia SEKIRANYA:
1. Tidak tahu erti bahagia/kebahagiaan
2. Tidak tahu cara/jalan untuk mencari kebahagiaan
3. Tidak mampu menempuhi pengorbanan/penderitaan/cabaran untuk mencari bahagia.

Mencari bahagia juga perlu tahu:
a. Tujuan dan keperluan
b. Fitrah dan fitnah
c. Kenalpasti cinta Alat dan cinta matlamat

Sebagai Hamba Allah, TAHU dan RASA sebagai HAMBA ALLAH adalah dua perkara yang BERBEZA. Kita selalunya tahu menjadi hamba tetapi tidak RASA sebagai hamba selagi kita melakukan dosa. Untuk mendapatkan ketenangan kita perlu mengingati Allah dengan Zikrullah dan mesti beriman, beramanah untuk mendapat aman (tenang). 

Zikir membantu :
1. meningkatkan RASA kehambaan (datanglah ujian kerana kita layak diuji, bukan mengapa kita diuji         sebaliknya kita terpilih untuk diuji)
2. menjadikan seseorang itu lebih beriman (Allah tidak kecilkan ujian, sebaliknya Allah besarkan iman)
3. membesarkan Allah dan (semakin tinggi menuju Allah, semakin kecil apa yang ada di dunia)
4. mengingati kebesaran akhirat (besarnya akhirat, kecillah penderitaan di dunia)

Antara rangkaian kata-kata berhikmah yang mengesankan hati kecil saya:

1.What happened in you more important than what happened to you
2. Being a right person is more important than choose the right person
3. Allah sangat cemburu dengan hati yang lebih cenderung kepada hal-hal lain selain Allah
4. Lets go and lets GOD
5. Bertindak untuk memahami supaya kita difahami
6. Don't be a problem talker, be a problem solver
7. Dunia ibarat dewan peperiksaan, walaubagaimanapun kertas soalannya yang tidak sama walaupun 
    keputusan dan masanya sama.
8. Jadi hamba kaya yang bersyukur lebih afdhal daripada orang miskin yang sabar
9. Orang mukmin diibaratkan sebatang tubuh, saling bergantungan dan dengan itu mereka dapat hidup 
    secara harmoni, bersatu padu dan perlu memerlukan.
~~copy right Ustaz Pahrol Mohamad Juoi~~

Dalam usaha mencari CINTA, JODOH merupakan komponen penting mencipta CINTA dan bahagia, Walaubagaimanapun, soal jodoh perlu:
a. serah pada kebijaksanaan Allah
b. yakin dengan pilihan Allah bahawa itu yang terbaik untuk kita
c. istikhoroh sekiranya perlu membuat pilihan
d. solat hajat seandainya berhadapan dengan cabaran
e. berlapang dada
f. restu/redha ibu bapa

Tanpa enam perkara di atas, rumahtangga mungkin berhadapan dengan konflik yang mengugat keharmonian yang didambakan. Justeru,segala konflik perlu ditangani menerusi kaedah 7S + 1s:
1. simpati
2. semangat
3. sokongan
4. sayang
5. sabar
6. sepakat
7. santuni pasangan
8. syukur

Banyak lagi input tentang CINTA tapi takut bosan pula yang membacanya.....apa yang penting, saya pulang dengan senyum lebar di bibir apatah lagi dapat berjabat dan berpelukan dengan asatizah yang saya hormati, Ustazah Norhafizah Musa. Tidak puas rasanya mendengar bait-bait kata beliau hingga mendorong saya untuk terus mengikuti program beliau akan datang di Johor Bahru, insyaAllah....

Ustazah Norhafizah Musa

Mana tahu kalau ada yang minat nak join sama-sama ke program latihan solat wanita di M-suites Hotel JB pada 1 Mac nanti, bolehlah tengok info di dinding muka buku saya. Ada saya naikkan post sebelum entri ini saya catatkan. InsyaAllah kita sama-sama berusaha untuk menjadi lebih baik. Apa-apa pun, pastikan matlamat CINTA kita betul dan CINTA kita adalah CINTA yang hakiki. Ayuh mencari CINTA DAMBAAN SYURGA!!!!

Tuesday, January 7, 2014

Nak tercopot lagi....

Assalamualaikum dan salam penuh kemesraan...

Diam tak diam dah hampir seminggu rupanya kita menginjak di tahun 2014. Belum sampai sebulan pun lagi saya dah dikejutkan dengan kejadian yang agak mengejutkan.Terkejut mak!...rasa nak tercopot jantung ni ha dek anak-anak....5 tahun sudah sekali nak tercabut jantung rasa....kes yang ni saya tak berapa sedia nak kongsikan secara terbuka srbab betul-betul menyentap naluri seorang ibu yang paliiiiiingggg dalam....kemudian rasa nak tercabut kali kedua bila adik lelaki sulung saya meninggal...kemudian sekali lagi nak tercabut jantung sebab anak sulung accident sendiri gara-gara terlampau hebat tunggang basikal laju sambil kepala pandang belakang. Dah bagitau jangan pandang belakang...eh nak jugak...tup-tup mencium bumi...dah bergegar kepala...ni sekali lagi nak tercopot jantung gara-gara si anak dara. Banyak kali jantung ni macam nak terputus je rasa...syukur Allah masih pinjamkan nyawa walaupun kadang-kadang tu senang beno terkujat-terkujat bila berlaku adegan ba ba cak!!adegan terkejut-terkejut ni lerr...

Kejadian semalam juga dianggap di luar dugaan, tak disengajakan dan ini bukanlah salah sesiapa.Benda dah nak jadi...semua yang berlaku pasti ada hikmahnya...cuma bab terkejut-terkejut ni ler yang saya kurang gemar...boleh jadik panik...boleh jadi muka pucat tak ada darah..boleh jadi syemputttt....Kadang-kadang kita ni beria-ialah cuba lindungi insan-insan kesayangan kita daripada kejadian yang tak diingini tapi kita terlupa bila Allah kata 'Kun' sahaja,maka jadilah ia. Soroklah mana pun,protectlah mana pun..jadi tetap jadi dengan kehendakNya.

Kalau ditanya sama hati...memang tak tentulah jawapannya  dengan apa yang berlaku semalam. Memang kalau ikutkan hati,debar tu masih belum hilang..rasa takut itu masih bersisa. Masih belum bersedia menerima sebarang kemungkinan yang tidak terjangka. Dup dap....dup dap...dup dap...dup dap....setiap kali berlaku sesuatu yang melibatkan insan-insan kesayangan...pastinya hati ini jadi gelisah,resah,gundah dan berdebar-debar yang tak pernah hilang. Semoga perasaan yang tak enak ini pergi jauh-jauh.....

Semoga Allah lindungi keluarga kami daripada musibah. Semoga tak ada lagilah aktiviti mencopotkan jantung ini untuk yang entah ke berapa kali.Tak larat rasanya...semoga semuanya baik-baik sahaja....