Followers

Monday, October 10, 2011

Kencing kotor??


Mendengar istilah kencing kotor membuatkan hati seorang ibu berasa cuak. Stigma mengatakan bahawa kanak-kanak yang menghidapi kencing kotor berisiko menghidapi penyakit buah pinggang masih melekat dalam fikiran. Walaupun melalui pembacaan dapat diketahui bahawa ianya bukanlah faktor kepada penyakit buah pinggang, rasa takut itu tetap bersisa. Ini bukan lagi dengar, sedang melalui masalah yang sama!! Bukan pada saya, sebaliknya pada anak sulung saya. Sejak dua hari lepas, anak sulung sering mengadu asyik-asyik nak terkencing. Sehari lebih 5 kali keluar masuk bilik air. Hinggakan semalam, waktu membawa mereka ke KFC, dek kerana tak tahan, anak sulung saya berlari mencari bilik air kerana nak terkencing. 

"Rasa macam tak puaslah ma..", katanya. "Sakit tak?, saya bertanya. "Taklah sangat," jawabnya. Saya ni memang cukup tak gemar kalau keluar berjalan-jalan, masa itulah sibuk nak ke bilik air. Puas diingatkan supaya lunaskan apa yang patut sebelum keluar berjalan supaya tidak mengganggu proses berjalan-jalan di luar. Rupa-rupanya....anak saya sedang menanggung sakit yang hanya dia sahaja yang mengetahui bagaimana rasanya. Sebak pula mendengar daripada suami pagi ini bila anak sulung kencing bercampur darah dan dibawa ke klinik untuk pemeriksaan. Doktor sahkan anak saya mengalami kencing kotor. Terkejutlah saya dibuatnya!! Setelah diberikan ubat, nampaknya dah tidur petang ini. Diberikan cuti rehat selama dua hari. Nampaknya perlu digalakkan minum air masak dengan lebih banyak supaya air kencing menjadi jernih. nampaknya juga, cuti sekolah akan datang akan tersenarailah nama anak sulung saya dalam list yang bakal disunatkan...

Balik ke pejabat tengahari tadi, saya pun search mengenai kencing kotor. Banyak juga laman web yang mengandungi info kencing kotor. Kredit buat http://www.sakitanda.com kerana saya dah copy paste maklumat yang ada untuk saya kongsikan juga kepada sesiapa sahaja yang melayari blog saya ini.

Tajuk: KENCING KOTOR
Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seseorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing yang tidak lancar.Air kencing biasanya kuning atau kuning pekat.

Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?
  1. Kekurangan air dalam badan
  2. Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection-UTI)
  3. Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vit B dan Vit C
  4. Pesakit kencing manis (diabetes)
  5. Mengandung
  6. Pengambilan sesetengah ubatan
  7. Terdedah kepada sesetengah bahan kimia
  8. Batu karang dalam saluran kencing
  9. Kerosakan buah pinggang
Seringkali yang datang ke klinik swasta yang mengadu kencing kotor bersertakan dengan  kencing yang keruh, mereka kebanyakannya menghidapi jangkitan kuman dalam saluran kencing. Doktor sering mengunakan perkataan UTI atau Urinary Tract Infection untuk  merujuk penyakit seperti itu.
Saluran kencing bermakna saluran air kencing daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah (urethra) di mana air kencing akan keluar. Bila saluran ini dijangkiti kuman maka ia dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI.
Kuman apa yang sering buatkan jangkitan kuman di bahagian tersebut?
80% adalah disebabkan oleh kuman yang dipanggil Escherichia coli atau E.coli (=e-kolai).  20% lagi disebabkan oleh kuman-kuman yang lain. Kuman E. Coli ini banyak terdapat dalam usus besar dan di dubur. Kuman ini akan bergerak dari dubur dan masuk ke lubang kencing, ke urethra, ke pundi kencing dan boleh sampai ke buah pinggang. Kuman ini terpaksa naik ke  bahagian atas dengan melawan arus air kencing. Jadi sekiranya air kencing keluar dengan laju, sedikit sebanyak akan menghalang kuman naik ke bahagian atas saluran kencing dengan senang.
Kencing kotor lebih kerap di kalangan perempuan kerana duburnya terletak lebih dekat dengan lubang air kencing berbanding dengan lelaki kerana zakarnya.
Siapa yang berisiko mendapat UTI (kencing kotor)?
Air kencing terjadi dari ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing telah penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Jadi apa-apa yang yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E. Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Dengan ini akan mededahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.
Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkakprostat (protate) dan lubang kencing yang sempit (urethral stricture). Tidak kurang juga yang selalu menahan kencing dan yang kurang pengambilan air.
Apakah tanda-tanda kencing kotor atau UTI.
Tanda atau simptomnya berbeza-beza mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat.
Setengah orang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda  tetapi terjumpa bila pemeriksaan air kencing dibuat kerana sebab-sebab yang lain dan ia akan sembuh dengan sendiri selepas 2 sehingga 5 hari.
Ada orang yang tidak sembuh dengan sendiri dan mereka ini,
  1. Akan mengalami kekerapan kencing yang tidak boleh ditahan terutama sekali kalau pundi kecing dijangkiti kuman,
  2. Sakit yang pedih dan panas semasa dan sejurus selepas kencing,
  3. Air kencing nampak kotor,
  4. Kadang-kadang air kencing berdarah,
  5. Kadang-kadang air kencing berbau busuk,
  6. Kalangan perempuan, selalu mengalami sakit di bahagian bawah perut seperti terasa pundi penuh.
Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.
Mesti diingat iaitu sekiranya terdapat jangkitan kuman di bahagian faraj, simptom atau tanda-tanda seperti di atas juga terdapat pada seseorang itu.
Bagaimana diagnosis boleh dibuat?
Bila berlaku keadaan ini hendaklah berjumpa dengan doktor dan sekurang-kurangnya pemeriksaan air kencing akan dibuat. Biasanya dengan uristix (gambarajah di bawah).
Rawatan
Sekiranya simptomnya sangat ketara disyorkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan seterusnya rawatan antibiotik dapat diberi.
Pencegahan
  • Minum air dengan secukupnya
  • Elak menahan kencing
  • Makan buah cranberries atau bluebarries yang mempunyai antioxidants. Jusnya senang terdapat di farmasi.
  • Makan buah nenas. Nenas mempunyai bromelin yang bertindak sebagai anti-radang

Sedikit info yang dapat saya kongsikan bersama. Mudah-mudahan kita dapat sedikit ilmu dan mem
praktikkan demi kesihatan yang berkekalan...

Tuesday, October 4, 2011

Puas dimarah..ini yang keluar..

Seperti biasa hari-hari nak kena bebel..naik penat dibuatnya. Masuk kelas semalam nak tengok kerja student siap kononnya..eh ...masih tak siap-siap jugak!!! Mulalah nak naik hangin tapi nasib baiklah ada beberapa orang yang dah nak siap kerjanya, terubat sikit hati. Mana tidaknya, dah kelam kabut nak menunggu hasil kerja diorang supaya dapat diframekan untuk dibawa ke pameran dan jualan minggu depan. Huh..payah benar....sehingga 2 jam kelas....beberapa orang je yang siap. Jom kita tengok hasil mereka:

macam ni nak....

Fadilah dan hasilnya...

Si Rubaizah yang sentiasa senyum...

Shakinah pun dah nak siap...

Payah nak suruh budak ni sambung keje dia...

saja ambil gambar kenangan..

tengok muka Rubaizah ni lama-lama..sejuk je hati...

Lima orang yang berjaya siapkan tugasan

Cikgu masuk barisan!!!

Ada iras tak?

Malu Shakinah bila dipeluk..

Yang ni dah tinjit pun tak boleh lawan ketinggian dia..huhuhu

                                                                Hasil-hasil pelajar secara close up..





Masih lagi menunggu tugasan pelajar-pelajar lain yang datang berdikit-dikit.sempat ke tidak nak hantar pergi frame ni??? aduh budak-budak ni...kadang-kadang geram, membebellah banyak mana pun...sekejap je ingat, lepas tu mudah lupa...hangin..hangin..hangin..hangin.....tapi sekurang-kurangnya dapat tengok hasil diorang,sedikit sebanyak tercapai objektif P&P. Kalau nak lebih banyak teknik, kena mintak cikgunya pergi belajar kat luar dulu. Mahal seh.....

Apa-apa pun, selamatlah menikmati hasil pelajar-pelajar KFP1 Sesi Jun 2011...

Saturday, October 1, 2011

Melentur buluh biar dari rebungnya...

"Rahimi......ambil besen, masukkan kasut sekolah dan rendam," arah ayah pada Rahimi. Itu berlaku malam semalam. Pagi ini bila bangun pagi, dilihat Rahimi sedang membongkok depan paip air depan rumah. "Rahimi buat apa tu?," saya pulak bertanya. "Basuh kasutlah ma....ayah suruh," jawab Rahimi pendek. Kebetulan saya keluar nak ambil baby car seat dalam kereta sebab nak bagi Haziq duduk sambil tengok tv. Kesian tengok Haziq duduk di kerusi khasnya sebab bahu dah terlepas daripada kerusi, tak selesa. Kalau pakai baby car seat nampak sedikit selesa, kepala pun tak mendongak ke atas sangat.

"Penatlah ma.....,"Rahimi mengadu. "Penat?..ha macam tulah yang ayah rasa kalau basuh kasut Rahimi. Penat kan?, saya berbalas tanya. Aduh...terpecah pulak rahsia ayah yang selalu basuh kasut Rahimi kan, hihihihi......"Rahimi dah boleh belajar basuh kasut sendiri. Rahimi dah makin besar, tak bolehlah harap ayah je basuhkan kasut. Rahimi kena belajar berdikari..," saya menyambung kata-kata. Menunduk Rahimi mendengar kata-kata saya. Bagusnya anak yang seorang ini, walaupun umurnya baru 7 tahun tapi cara bercakapnya petah, macam orang dewasa. Senang... bercakap pun gaya orang dah besar. Masa nilah nak lentur buluh, masa masih lagi rebung. Esok-esok kalau dah jadi buluh payah..silap lentur boleh patah...mujur Rahimi mendengar kata, alhamdulillah......

masih sempat senyum bila mama suruh pose...

basuh jangan tak basuh bang...

Hasilnya....mama suruh berus lagi kasi bersih..tak cukup bersih tu...

Nak tak nak Rahimi kenalah mengikut arahan ayah. Sebab? Nak keluar main sebenarnya...Habis basuh kasut, terus je mandi dan mintak izin keluar...suruh balik pukul 1 belum tentu lagi tepat masa baliknya..Hmmm anak..anak....