Followers

Tuesday, December 18, 2012

SMSDA~~cerita sebuah pertemuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca yang singgah di laman saya....

Kali ini masih ingin bercerita tentang sebuah pertemuan...


15-16 Disember, tarikh yang mempertemukan ibu bapa yang memiliki anak syurga yang bernaung di bawah satu kumpulan di facebook yang diasaskan oleh Pn Khairun Darwani Khairuddin, Super Mum & Super Dad's Angel atau SMSDA secara ringkasnya. Dipendekkan cerita maka bertemulah kami lebih kurang 30 keluarga ini di Blok 4-Cendekia, Intekma Resort and Convention Center Shah Alam. Tema anak syurga, keluarga bahagia dipilih sebagai tema program. Ada signifikannya kerana sememangnya anak syurga mampu membantu membentuk keluarga bahagia, kalau setiap ahli dalam keluarga tersebut tahu memainkan peranan masing-masing.

Kami bergerak dari selatan jam 9.30 pagi dan sampai kira-kira jam 3 petang. Itupun selepas berpusing-pusing sebab tak biasa dengan jalan Shah Alam. Boleh pulak 'termasuk' ke Nilai, mujur boleh buat pusingan U. Kata saya, kalau balik kita 'termasuk' ke Nilai ok juga ni....suami kata, tak ada maknanya.....terus balik sebab hari Isnin abang kerja.....Ada sahabat 'termasuk" hingga ke KLIA..lagi haru.......Sampai di sana, van milo bersama abang yang menjaganya setia menanti kedatangan semua. Milo percuma!!!! Terima kasihlah pada Nestle yang sudi menaja minuman selamat datang. Badan yang penat terasa sedikit kuat. Mana tidaknya, "minum milo anda jadi...sihat dan kuat!!!" Macam lagu di telebisen tu......

habis milo secawan, nak mintak lagi malu...

Selesai urusan pendaftaran, banyak agenda sudah menunggu petang tersebut, dimulakan dengan sesi penerangan stimulaterapy treatment, penerangan dari wakil ALEPH yang memberikan sedikit sinar buat kami yang selalu buntu untuk mencari supplier yang boleh membekalkan alat-alat rehabilitasi dengan kadar harga yang berpatutan, ibarat bulan jatuh ke riba......


Sesi malam bermula dengan pimpinan solat maghrib, bacaan Yassin dan tahlil oleh Imam Muda Nasir, salah seorang peserta rancangan Imam Muda kelolaan Astro Awani. Hanya suami yang dapat bersama-sama kerana saya sibuk dengan Aiman Haziq, putera syurga yang sudah mula mengantuk. Kemudian, ada sesi makan malam dan luahan rasa. Paling mengesankan apabila hadir bersama seorang anak muda bernama Affendi yang berasal dari Sabah, pemuda CP yang ditinggalkan ibu ayah sejak kecil kerana kecacatannya, malah beliau tidak sekali mengenali siapa kedua orang tuanya. Ketika itu saya merasakan betapa hebatnya beliau yang berjaya mengharungi kehidupannya sehingga berjaya menjadi 'sound engineer' walaupun hanya mendapatkan pendidikan sewaktu usianya 18 tahun, kalau tidak silap pendengaran saya ketika itu. "Adakah kau tidak malu dengan keadaan kau ini?" antara pertanyaan yang pernah diajukan kepada beliau. Apa jawab beliau? " Bagaimana harus beliau berhadapan dengan orang lain sekiranya beliau malu dengan diri sendiri? Buktinya hari ini, beliau boleh berdikari dan membanggakan semua terutama kami yang mendengar cerita beliau. Tabik kepada anak muda yang cekal ini. Sungguh rugi ibu bapa yang memiliki anak syurga tetapi mengabaikannya kerana merekalah tiket untuk kita ke sana, seandainya kita terlempar di luar pintu JannahNya...... Allah...........hebatnya beliau. Terasa begitu sedikit ujian yang saya terima berbanding beliau. Insaf rasanya....

Keesokan hari, sekali lagi dihidangkan dengan slot perkongsian pengalaman dua super dad tentang perjalanan pemulihan anak-anak mereka. En Hassan dengan pengalaman bersama Atiq Wazif dan En Affandi dengan pengalaman pemulihan Annur. Menyuntik semangat yang sekejap naik, sekejap turun....

Perkongsian En Fendi dan En Hassan....

Aktiviti paling menyeronokkan adalah pertunjukan silap mata. Bukan anak-anak tipikal saja yang teruja, kami juga dapat meredakan sedikit gundah yang sering bersarang dalam dada. Terlihat senyuman dan gelak tawa semua di dalam dewan. Hilang seketika kesakitan, keperitan, kesengsaraan yang singgah di bahu...lenyap diterbangkan ahli silap mata....


Sesi terakhir ialah sesi Dohsa Hou, sejenis terapi yang seakan fisioterapi tetapi dengan memastikan keinginan anak dengan terapi itu selari. Perlu diwujudkan minat anak terlebih dahulu baru sesi terapi akan berjalan dengan lebih lancar. Sayangnya sesi inilah yang terlepas memandangkan Haziq menjerit bagai dipukul, hanya kerana lapar, boleh gitu? Tak dapatlah mama dia mahu fokuskan perhatian pada penerangan demo yang dilakukan.. Semoga Dohsa Hou dapat dibawa ke selatan.....Pertemuan yang singkat dengan pelbagai aktiviti membataskan masa untuk sesama kami lebih mengenali antara satu sama lain kerana terikat dengan tentatif program. Walaupun begitu, pastinya ianya adalah kenangan manis untuk dikenang.

Sedikit warna warni sebuah pertemuan....

Afiq....

Mummy Sofea and her little fighter....

Husna's angel..

Qaseh...

Isya...

Cik Bella

Hazeeq dan Haziq

sempat pose di luar

ala tak nampak pula si bambam...

sekali lagi...

Along...

Tuan Zuhayr....

Husna dan kesayangannya

Hidayah, super mum yang senyum sokmo....
Cik Bella si mata cantik...

anak syurga Kak Gee

Amirul Rahimi jadi assistant abang magician

Annur dan super dad, En Affandi

puteri syurga Kak Hariyani...

Amni syiok tidoq....

mengabadi kenangan sebelum pulang..........

Semoga pertemuan ini mengukuhkan silaturrahim kami teman sekasut. Biarpun dahulu hanya berteman di alam maya, realitinya akhirnya bertemu dan berdakap mesra. Semoga semua hati kita dipertautkan demi tujuan yang sama......demi anak-anak syurga..........

Monday, December 10, 2012

Harijadi puteri satu-satunya....

Assalamualaikum

Entri kali ini berkisar tentang aktiviti yang dilaksanakan pada setengah hari pertama hari ini. Selepas bersarapan bersama putera puteri kesayangan dan suami tercinta, hari ini saya mengambil alih tugas yang biasanya dilakukan encik suami sejak dua tahun lalu iaitu, beli buku sekolah anak-anak. Selalunya saya tahu semua buku dan alatan sekolah sudah lengkap, bahagian saya ialah tolong menolong menyampul buku teks sahaja. Hari ini saya perlu mengambil tanggungjawab itu kerana encik suami ada tugasan lain yang lebih penting. Barulah tahu, merengkek bawak buku sekolah anak-anak, berpeluh-peluh!!!!

Hari ini juga adalah hari yang istimewa kerana puteri satu-satunya menyambut ulang tahun kelahiran ke-7. Lazimnya kami hanya mengagihkan makanan kepada kanak-kanak di sekitar rumah pengasuhnya, tak adalah buat majlis gah pun, kongsi-kongsikan makanan tanda syukur sahaja. Anak dara request untuk beli kek angry bird...Jadi, aktiviti mama lepas beli buku sekolah ialah menuju ke TESCO untuk cari kek angry bird sebagaimana dihajatkan.

Memandangkan jam di tangan baru melepasi angka sepuluh, mama singgah dulu di Book Talk untuk cari hadiah sang puteri. Puteri ni memang suka buku...cari punya cari, jumpalah dua buku yang sangat sesuai dijadikan hadiah.

i. Buku 12 koleksi cerita haiwan dalam Al-Quran
ii. Buku khusyuknya solat: Insiklomini solat perempuan...

Dah dapat buku ni, barulah mama ke TESCO cari kek...mujur ada satu lagi je tinggal kek angry bird tu. Sayangnya bila dah sampai ke tangan 'birthday girl', lain pula yang dikatakannya. "Bukan yang ini ma...adik nak yang bentuk angry bird tu, yang ada muncung dia tu...", sambil memuncungkan mulut sebiji macam muncung angry bird......Nak buat macam mana, hanya itu yang ada, syukur....syukur..saya mengingatkan.

Sambut harijadi di rumah pengasuh, biasalah..itulah rumah yang memang selalu si puteri berada saban hari. Meraikan bersama keluarga ibunya dan adik beradik yang lain serta adik jagaan di bawah pengasuh yang sama. Walaupun tak banyak gambar, cukuplah sebagai bukti kasih sayang mama dan ayah...

salah ejaanlah pulak....sepatutnya Amira Sofiyah...

anak dara yang semakin membesar dan sihat, makin manja....

alamak, ada mamalah pulak....

senyumannya bisa melunturkan hati yang marah tapi manjanya....aduhai.......

Buat puteriku Amira Sofiyah binti Ruzaini,
Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-7 sayang mama dan ayah.......
Semoga menjadi anak yang solehah,
Rajin solat,
Menghormati mama, ayah, ibu, dan abah.....
Rajin belajar,
Kurangkan jeritan yang boleh bikin gegendang telinga mahu pecah.....
Sihat selalu dan sentiasa membahagiakan insan-insan di sekelilingmu......
SAYANG KAMU!!!!!!!

Kalau dah kaki bola!!!!

Assalamualaikum

Lama rasanya tak update laman blog sendiri. Hari ni terasa nak menulis, jadi banyak tak banyak kenalah menulis. Sekarang ni tengah angin bola. Sana sini orang bercerita tentang bola. Pasal Johor beli player kebangsaanlah, pasal rakyat Kelantan tak puas hati dengan Johorlah sebab bola, bola sepak negara luarlah, tiket bermusimlah, semuanya cerita berkaitan bola sampai saya sendiri yang bukan kaki bola, bukan peminat bola terkena jugaklah tempiasnya sedikit sebanyak.

Mahu tidak....di rumah ni ada peminat bola. Tambahan pula anak sulung yang nak menjangkau usia 9 tahun, tahun depan pun sudah mula menunjukkan ciri-ciri peminat bola. Pakai baju pun dah nak jersey saja sekarang....siap paksa-paksa mama dan ayah dia beli jersey....yang kelakarnya, nak jugak jersey Kelantan hanya kerana Mat Yo di Kelantan walhal Mat Yo dah ke Johor pun....mau tak mahu, layankan ajerr.......tapi bab layan lebih-lebih yang tak larat tu...asal ada bola kat TV, mama dia asyik kena mengalah. Tak seronok tengok di rumah, kedai mamak dituju. Tak apalah tu, bagilah kedai mamak tu bergegar bila ada gawang yang bolos. Paling tak tahan, dah balik pun eh....nak jugak tengok bola di tv walhal kita yang di rumah ni nak bersantai-santai tengok tv. Akhirnya masuk bilik, tidur sajalah yang paling tak memeningkan kepala....

Penangan bola ni memang kuat betul...Kalau surat khabar tu tak perlu nak ceritalah, memang ceritanya akan keluar tiap-tiap hari. Sudah ada ulasan pemberita, ada lagi ulasan pemberita yang tak bertauliah. macam-macam versi yang keluar. Layankan jugak sebab nak buat macam mana, bila dah ada ahli keluarga yang kaki bola. Tipulah kalau tak terkena anginnya....Depa tengok di kedai mamak, yang di rumah pun tengok juga tapi tak adalah sampai emosi bagai macam peminat tegar. Tengok sekadar tengok macam tak ada perasan sangat. Gol pun.....dah gol? gitu jelah......Lepas ni lagilah, bila semua player hebat dah turun ke Johor, nampaknya asyik kena tinggallah mama dia kat rumah sebab peminat bola mesti akan ke stadium.....melayan minat suami dan anak ni seronok tapi kadang-kadang geram pun ado........dulu diorang yang selalu kena tinggal bila mama dia dok keluar meeting ke, sekarang ni depa ada 3 tahun untuk bagi can mama dia duduk rumah...yiehaaa....ambik mama!!!!

ini dia peminat bola di rumah

seronoklah bila sudah ada geng.....

Lepas ni, mama dan anak perempuan  yang seorang ni pun kena cari minat yang sama sebab mereka berdua dah ada sesuatu yang boleh diperbual, diperdebat, diperbincang dan diperkatakan...Spend masa dengan anak mengikut minat mereka. Anak dara suka buku,agaknya seronok kalau spend masa di kedai buku aje...masa tu, sediakan je duit sebab confirm poket mama akan 'bolos'..hehehe....seorang kaki bola, seorang ulat buku.....hmmmmmmmm.........