Followers

Saturday, June 1, 2013

sedekad cinta....

Assalamualaikum....salam sejahtera

Hampir sebulan tanpa sebarang update dalam laman saya ni kan. Hari ni gagahkan diri selepas melewati hari yang sangat bermakna semalam (31 Mei 2013). Semalam merupakan hari yang sangat indah untuk dikenang walaupun tiada sebarang sambutan yang begitu gah. Alhamdulillah Allah izinkan saya dan suami melewati usia 10 tahun dalam perkahwinan...sedekad kami sudah bersama-sama melalui keindahan, keperitan, suka dan duka sebuah perkahwinan. Mungkin belum cukup lama tetapi melalui fasa kedua ini, kami menjadi insan yang lebih matang, insyaAllah....orang kata....lima tahun pertama ialah fasa ujian, fasa mencari keserasian, fasa mengenali insan yang tidur sekatil dan  sebantal dengan kita. 10 tahun menjadi fasa kematangan dan pembinaan keserasian yang lebih utuh.....

Saya bahagia dikurniakan seorang suami yang sangat baik. Walaupun bukan 'Romantika di Amore...", dia tetap cinta hati saya. Masih saya tak lupa, suami saya tu cuma pernah beri saya bunga sekali aje, itu pun kena cabar dengan kawan-kawan dia...itupun orang lain yang jadi wakil....masa tu saya jadi emcee konvo poli buat kali pertama, tahun 2002. Masa tu tak kenal pun, cuma orang kata dia yang bagi....tengok-tengok...oh 'budak muka masam ni"....ok, done! Rupanya....budak muka masam tu lah yang jadi cinta hati saya...kekekeke....Lepas tu sampai sekarang, usahkan bunga, duri bunga yang kecik tu pun saya tak pernah dapat....hikhikhik....ayat kami biasanya, "ada aku kesah?"....hehehehehe

Bunga bukan lambang kebahagiaan pun. Apa yang penting? KERJASAMA!!!Macam wonderpetlah pulak kan! Biasanya kalau sambut anniversary, kami tak pernah pun sambut potong kek bagai....tak pernah! Biasanya kami akan ambil masa pi makan je.Walhal boleh kata tiap-tiap hari pi dating berdua......cuma bila anniversary tu makannya speciallah sikit walaupun mungkin bagi orang lain biasa-biasa ajerr...paling penting, cuma kami berdua...boleh bersembang.....tiap-tiap hari pun bersembang jugak...cuma agaknya kami ni sekepala bab nak pi jauh-jauh, tak kuasa...cari je apa yang ada depan mata. Biasanya kami akan ke restoran Baboos di Megah Ria...dulu-dululah, sekarang dah pindah tak kuasa nak cari....lepas tu tukar ke J-King.....tahun ni? Kami pi AYAMAS!!!!!!! entah apa-apa kan? Macamlah tak biasa makan ayam....hihihihihihi.....dah lapar sangat, nampak AYAMAS pun AYAMASlah........

Sepanjang 10 tahun perkahwinan, saya dikurniakan tiga permata hati yang comel. Semuanya ikut rupa suami...semuanya putih sebab suami ada darah Chinese...ikut mama dia ala-ala Jawa.....

anak-anak kesayangan...

Lima tahun pertama adalah fasa perkahwinan yang bahagia, kami kemudiannya diuji dengan ujian yang besar. Kami diamanahkan dengan kehadiran seorang anak syurga pada fasa kedua perkahwinan. Bulan-bulan pertama memang sukar menerima, sukar mengendalikan emosi dan macam-macam lagi tetapi alhamdulillah kami cepat pulih. Fasa kesedihan itu kami letakkan ke tepi dan digantikan dengan fasa  ujian kesabaran, menambah pengalaman, ilmu pengetahuan dan mengukuhkan ikatan kasih sayang. Kerana Dia sayang pada kami, maka kami diuji. Sehingga hari ini, anak syurga inilah yang menjadi kekuatan kami....Terlalu banyak yang dilalui dalam tempoh hampir lima tahun lepas hingga ke hari ini. Kalau nak tulis semua, jadik novel pulak nanti...doakan yek...mana tau tiba-tiba i jadik penulis novel......Verangan!!!! (eh, berangan mana ada kena bayar kan? ikut sukalah mahu berangan apa pun kan....sila-sila....sila berangan!).....

Saya dan suami masih muda dalam ikatan perkahwinan...baru 10 tahun....kawan-kawan lain lebih banyak pengalaman dari saya. Rasa macam baru 4-5 tahun kahwin...rasa macam masih baru lagi tapi bila tengok anak yang sulung dah darjah tiga, barulah cuba paksa kaki ni untuk berpijak di bumi nyata.....10 tahun dah yek.......syukran Ya Robb......

Oleh kerana tahun ini tahun ke-10 perkahwinan kami, saya pun tempahlah kek...ajak jiran sebelah makan malam....tak ada sambutan pun, cuma makan-makan ajer...Kesian puan jiran terpaksa tangguh agenda sebab saya ajak makan yang biasa-biasa ajer.....hehehe. Terima kasihlah pada sahabat yang sudi buatkan kek aiskrim yang sangat sedap!! Kredit kepada Maisarawani....sila lawat blog beliau di.http://maisarawani.blogspot.com/ yang memang pakar dalam pembuatan kek. Sedap sangat! Paling penting semua ahli boleh makan.....anak sulung yang alergi coklat pun boleh makan sebab kek ni tak ada unsur coklat di dalamnya.....

Inilah kek eskrim.....yummy!!!


pinjam gambar puan jiran sebab pic. ni cantik.....hehehe

tinggal sikit ajerr....

Alhamdulillah, 10 tahun yang indah...........

inilah cinta hati saya....bukan senang nak dapat tengok dia senyum kalau ambil gambar....

Buat suamiku:

Terima kasih kerana jadi sahabat yang baik...
Terima kasih kerana kita boleh bergelak ketawa, bertepuk tampar...bukan penampar! hehehe
Terima kasih sudi sediakan bahu untuk bersandar..
Terima kasih kerana sediakan badan untuk di 'sepuk' kalau sayang marah....adoi kan....
Terima kasih sebab sediakan telinga bila sayang membebel...
Terima kasih sebab selalu take over kerja-kerja rumah...(boleh kukira berapa kalilah ku mengemop rumah..kuikuikui...)
Terima kasih jugak sebab paling banyak bersabar dengan kerenah sayang
Terima kasih lagi sebab selalu jadi pendengar yang baik walaupun kadang-kadang tak fokus...angguk jerr.....
Walaupun tak reti memujuk (ajar pun tak reti....haish....)
Abang tetap yang terbaik!!!!
Terima kasih sebab jadi ayah terbaik untuk anak-anak!
Terima kasih boleh sama-sama menguruskan anak syurga kita
Paling penting boleh terima keadaan anak kita seadanya!
Terima kasih sebab jadi tulang belakang sayang... 
Izinkan sayang terus jadi pelengkap tulang rusuk abang...
Abanglah IMAM yang jadi kemudi rumahtangga kita
Abanglah pemimpin yang bakal membawa kami ke syurga
Kekalkan prestasi, tingkatkan inovasi.....(apa kaitannya pulak?)hihihihi
Semoga kebahagiaan ini terus mendampingi kita hingga ke syurga

Jiwang kerr? Tak adalah.......saya percaya istilah 'sayang' dan 'abang' tu biasa je kan? Korang takyahlah tipu....mesti korang pun sama kan kat rumah panggil 'yang....yang".....Kadang-kadang kita tak perlu takut dengan cara kita mengekspressi diri sebab boleh menghilangkan tekanan loh.....yang penting jangan OVER!!!! Buat sesuatu tu biar sedang-sedang ajerrr....Semoga semua yang membaca coretan saya kali ini akan dilimpahi kesejahteraan..kalau yang dah ada famili, semoga kebahagiaan kalian hingga ke syurga. Buat kawan-kawan di FB, terima kasih di atas semua doa yang diberikan sempena anniversary saya dan suami.......

Oklah teman-teman....terima kasih sebab sudi peruntukkan masa untuk membaca coretan biasa-biasa je ni. Tak banyak idea nak menulis, yang penting berjaya juga tulis!!!! Jumpa lagi di coretan akan datang....

Friday, May 17, 2013

Jejak kasih....

Assalamualaikum dan salam sejahtera................

Hmm....bangun pagi-pagi ni tiba-tiba teringat pulak nak menulis entri baru dalam laman sendiri. Kalau lagi lama disimpan, makin lupa pulak....Nak cerita episod jejak kasih semalam. Eh tak....tak....dah dua episod jejak kasih sebenarnya.....sabo...sabo....baca pelan-pelan.......

Bulan lepas, biasalah bila dok mengadap muka buku, ternampak seorang kawan punya post.....mengatakan beliau berpindah ke tempat di mana saya bermastautin sekarang. Di daerah yang kaya dengan asap dari kilang-kilang industri, dekat dengan laut. Selidik punya siasat, rupa-rupanya pindah alahai......dekat je dengan taman tempat saya tinggal. Nak kata sepelaung tu nampak le nipunya.....tapi kalau bawak kereta, haruslah tak sampai 10 minit dah sampai.....Maka bertemulah dua insan yang dah tak berjumpa sejak habis SPM tahun 1995. Ce kira.....berapa tahun dah tu....Sekali jumpa, si member memang jenis peramah.....ui betapa bahagianya kami bersembang.......apa yang pasti, masing-masing udoh beranak pinak.....anak pun dah tiga orang....samalah dengan saya....sekolah pun satu sekolah....alahai.....maka dengan ini diisytiharkan bahawa saya dan rakan saya telah berjaya mengukuhkan kembali ikatan persahabatan dari dulu....di alam maya dan secara realitinya udah ketemu!!!!! 

Seronok sangat bila dapat jumpa kawan lama. Sembang punya sembang, terkeluarlah pertanyaan tentang keberadaan seorang lagi rakan lama yang tidak dapat dikesan sejak menamatkan STPM pada 1997. Sebenarnya kami dah lama kenal. Kalau saya, dah kenal sejak kecil, sekolah tadika sama-sama hinggalah ambil STPM. Selalu bonceng motor saya kalau ke sekolah hari Sabtu sebab saya ni brutal, kira terer bawak motor time tu. Elok pulak rakan saya tu memang kategori wanita ayu jelita, tak tau bawak motor, maka membonceng sayalah dianya.......Cuma lepas STPM, tup-tup dia menghilang............Nak cari di mana pun tak tahu. Senyap..sepi...Kahwin pun tak jemput, raya pun tak adalah nak datang rumah....kita pulak serba salah nak ke rumahnya...Apa yang berlaku, tak ada siapa yang tahu......Walhal kami sekampung, sejalan!!! 

Ada orang kata FB ni mainan Yahudi. Langsung taknak bukak akaun FB. Bagi saya, bergantung kepada kita. Kalau kita dah tahu kebijaksanaan Yahudi, kita kenalah lebih bijak. Gunakan FB untuk tujuan yang baik, sebarkan ilmu, sebarkan hikmah.....Ada baiknya juga FB pada saya. Medium yang mempertemukan saya dengan ramai rakan-rakan lama yang berjauhan. Paling tidak, masih dapat berhubung dan tau perkembangan masing-masing. Selain daripada tu, pandai-pandailah kau nak....... FB jugalah yang menjadi asbab jejak kasih saya dengan rakan sekampung tu. Semuanya secara tak sengaja dan saya bertekad untuk mencarinya semalam. Kebetulan semalam hari guru, saya sengaja mahu buat surprise. Biar dia terkejut dengan kehadiran saya. Biarlah saya rahsiakan sahaja namanya....

Seawal jam 4 pagi saya dah bangun sebab nak masakkan kek kukus untuk cikgu kelas anak-anak. Hari guru kan....nak test skill memasak pun ye...Saya buat empat bekas. Dua untuk cikgu anak-anak, satu untuk pengasuh anak-anak yang jadi guru mengaji dan ibu kedua anak-anak dan satu sengaja saya simpan untuk saya hadiahkan pada rakan saya tatkala berjumpa. Maka saya pun dengan hati yang sangat teruja, memulakan misi jejak kasih di lokasi yang saya telah kenalpasti.  Rakan saya ni juga seorang guru. Guru tadika.....Tak kisahlah, yang penting guru. Tiba di tempatnya, tiba-tiba rasa berdebar-debar, macam nak jumpa bakal mak mertua kali pertama pun iya, macam nak nikah pun iya, macam nak dating kali pertama pun ada. Laju betul jantung ni berdegup....dup dap....dup dap.......Hai hati...rileks...rileks.....

Bila memberi salam, memperkenalkan diri dan meminta untuk bertemu rakan saya tu, salah seorang guru pun memanggilkan rakan saya untuk keluar. Ayat pertama..."Ei.....macam mana kau boleh cari aku kat sini?".....Muka takyah ceritalah....Kalau anak-anak muda mesti akan kata 'terkejut beruk!".  "Dunia ni kecik, aku jugak yang akhirnya berjaya menjejak ko'," saya membalas. Dia sempat berkata pada rakannya..."ni nak investigate how she can find me here"...saya hanya tergelak....Tatkala bersalaman, genggaman tangan kami begitu erat, saya sedar ada air mata yang bertakung tapi saya cuba tahankan. Ada getar yang mengganggu kotak suara saya tapi saya cuba selindungkan. Ya Allah.....15 tahun kami tak bertemu!! Rakan yang famous dengan gelaran Maria Farida masa zaman sekolah ni tetap maintain.....pipi je yang makin 'Cap Jempol!!!!". Kalaulah dia terbaca entri ni, mesti teringat-ingat "Cap Jempol!!!".....

Sayangnya, pertemuan kami tak lama sebab dia ada kelas. Yelah, saya pun redah je time sekolah....Saya sempat hadiahkan kek kukus coklat yang saya masak sendiri. Saya cuma nak dia ingat, andaikata selepas pertemuan kami ni dia nak melarikan diri lagi, sekurang-kurangnya dia ingat ada kawan yang sanggup mencari dia dan dia teringatkan kek kukus saya.....Harap-harap  pertemuan ini tak terhenti di sini. Mungkin orang tak faham, kami berkawan sejak kecil.....Mana mungkin nak lupa kami membesar sama-sama.....Dia pun cukup kenal saya cuma saya yang tak begitu mengenali dia....Hmmm......kadang-kadang sukar nak dijelaskan. Rakan saya ni perahsia sangat orangnya. Tegas. Kalau A, A lah jawapannya..Kalau tidak, tidaklah yang akan kita terima. Malah dia taknak berkongsi apa pun dengan saya. Sekadar tahu perkembangan terkini. Anak dah dua orang...dah besar dan yang perempuan tu cantik....macam ibunya.....Tak apalah, kita kena hormat pendirian orang tapi satu permintaannya yang saya takkan penuhi iaitu memaklumkan perkembangannya kepada rakan-rakan yang merinduinya!!!Biarlah saya yang akan kecoh tapi cukup sekadar itu. Cuma di mana dia bekerja, saya takkan dedahkan melainkan yang mana dah tahu.....mereka tahu menerusi FB jugak....hehehehe....

Sepanjang perjalanan pulang saya rasa senyuman tak lekang dari bibir saya. Indahnya pertemuan itu tapi sorrylah no picture sebab saya tahu dia tak akan mahu....Akaun FB tak ada dan dia memang tak mahu dicari dan mencari. Sebabnya? Kenalah tanya dia sendiri.....So, kenalah juga hormat that part....Mujur dapat no telepon.........Buat kawan-kawan yang mengenali sahabat yang kita cari-cari ni...jom kita pakat pi redah rumah dia....hikhikhik........Semoga pertemuan ini kembali mengikatkan hati-hati yang terpisah sekian lama....

Tuesday, May 14, 2013

Cheese cake untuk anak bujang...........

Assalamualaikum.....

Sebenarnya cerita ni patutnya saya kongsikan awal-awal bulan hari tu tapi ntah lerr....tak tau le apa yang dibuatnya sampai tak tertulis-tulis entri ni. Kenapa pulak cerita pasal cheese cake plak ni? Yelah, gambar dah upload masuk facebook tapi ceritanya tak ada pun....

Nak jadikan cerita macam mana cheese cake tu boleh terhasil.....ini adalah kerana my sweet anak bujang tak boleh makan coklat atau makanan yang ada unsur koko dan milo. Coklat putih pun tak boleh,nanti mulalah dia start ehem..ehem....yang tu tak best mendengonyerr.....tanda-tanda syemput!!!!.....So puas le mikio nak buatkan apa untuk sambutan hari lahir dia tahun ni. Biasanya beli je kat King's...senang...hulur duit terus dapat kek. Siap boleh dapat diskaun 10 hengget lagi sebab ahli...tapi kali ni rasa macam nak buat sesuatu yang different pulak....

Kebetulan tarih 4hb Mei tahun ni hari Sabtu. Kami memang dah rancang nak balik kampung sebab esoknya tu hari mengundi. marilah mari...kita mengundi.......selesai sudah tanggungjawab. Balik pada cerita....Pikir punya pikir, terasa nak buat cheese cake. Sebenarnya, ini kali kedua saya buat cheese cake. Kali pertama hodoh ghopernya.....tak berapa nak menjadi sebab selalu je nak derhaka...taknak ikut cakap sifu....hasilnya?

Ini hasil tangan kali pertama......

Siap ada hangus-hangus gitu....kikiki. Jadi percubaan kali kedua, saya dah call dah sifu-sifu yang biasa dalam bab masak memasak ni....Mudah-mudahan menjadi. Kemudian saya fikir nak buat blueberry muffin. Taknak beli-beli, semua nak bagi anak rasa air tangan mama dia...Biarlah tak sedap mana pun, tak cantik mana pun...yang penting anak-anak suka nak makan....

Seawal pagi saya dah bangun semata-mata nak siapkan muffin. Cheese kek tu saya mulakan projek bila anak bujang dah tidur, saja nak buat surprise bila dia bangun tidur. Siap dah belikan kotak macam beli kat kedai betul-betul!! Bikin surprise!!!!!

Happy Birthday to My Boy.....

Blueberry muffin....3 biji dia bedal on the way balik kampung.....

Sambut hari lahir di kampung.......

Alhamdulillah, kali ni cheese cake menjadi!!!Dapatlah orang dua kampung merasa sorang sikit.....hehehe..... Semoga anak mama ni akan jadi seorang pemimpin yang tegas, adil, pengasih sesuai dengan namanya AMIRUL RAHIMI.........semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada mama dan ayah serta adik-adik.........