Kalau meminta biar pada yang ada...
Meminta juga biar pada yang sudi...
Meletak harapan biar berpada...
Agar tidak pedih sendiri....
Kadang2 kita terlalu meminta apa yang dikehendak...
Terlupa hingga pada yang perlu...
Kadang2 kita meminta bibir tersenyum...
Tapi kita lupa ada ketikanya kita kena belajar menangis...
Kadang-kadang kita menjaga hatinya orang...
Melukai hati sendiri kita terlupa bila ketikanya....
Ada ketikanya kita terlalu banyak meminta...
Tetapi kita lupa pula untuk memberi...
Kita lupa kita tidak sempurna...
Tapi kita mencari kesempurnaan hakiki...
Kita terlupa mencari salahnya diri...
Kerana asyik menuding jari...
Kita meminta terlalu tinggi...
Sedang kita tak pernah cuba mengerti....
Inilah kita fitrah insani...
Mudah terlupa asalnya diri..
Kalau kita mengharap lebih...
Perihal memberi jangan dipinggir...
Kita punya hati berbolak balik...
Sukarnya menjaga teguhnya diri...
Usah kita mengharap lebih...
ANDAI DIRI KURANG MEMBERI....
Mode: Soal menjaga hati dan menerima serta memberi....
Pendidik, isteri, ibu 4 permata hati, ghostwriter, pembaca pruf, love nature, love coffee, love hiking.
Followers
Monday, June 2, 2014
Sebuah Anniversary......
Assalamualaikum
Menginjak hari kedua bulan Jun, pertengahan tahun 2014. Maknanya sudah 2 hari melepasi sambutan ulang tahun perkahwinan kami yang ke 11. Baru berkesempatan mahu mencoret. Seperti biasa...lazimnya sambutan kami sambut berdua dengan makan berdua. Kali ini kena pula cuti sekolah. Kebetulan ada pula jemputan kenduri sahabat di Batu Pahat. Haruslah tak akan ada sambutan sangat meskipun hanya untuk makan-makan. Namun begitu, sempatlah menempah kek yang rasanya sempat dipotong pada sebelah malam saja.
11 tahun perkahwinan. Alhamdulillah dikurniakan 3 orang penyejuk hati meskipun boleh kata berperang setiap hari. Dikurniakan seorang suami yang sangat sederhana dan tak romantik. Kenalah terima seadanya. Nak kata bahagia sentiasa, menipulah namanya. Mana ada perkahwinan yang setiap masa disulami bahagia atau bunga-bunga cinta. Pasti ada juga tercuit, bermasam muka, bertepuk tampar malah ada ketikanya tak berbicara. Itu lumrah berkeluarga. Saya rasa semua yang melalui alam rumahtangga akan melalui fasa yang sama. Cuma keserasian dan pengertian tu yang lebih utama, memberi dan menerima, saling mengalah dan menerima pasangan seadanya....insyaallah hubungan kekal terpelihara.
Ok...back to the story...pada hari anniversary...kami bertolak ke Batu Pahat sudah tengahari. Tersangkut pula dalam kesesakan jalan raya almost 25km!!! Seharusnya perjalanan dua jam menjadi hampir 4 jam! Semua dah penat, emosi pun dah bercampur-campur. Hendak patah balik dah alang-alang, maka teruskan perjalanan kerana dah alang-alang juga. Sempat hadir di majlis perkahwinan sahabat selama setengah jam, kemudian kami bertolak pulang. Dalam pada itu sempatlah saya naik status tentang hari anniversary! Kebetulan, jiran lama kami pun punya tarikh anniversary yang sama dan punya cerita tersendiri tentang anniversary kali ini. Kebetulan saya tempah kek, jadi kami pun plan sambut sama-sama. Lagi pula kami pun dah lama tak berjumpa. Elok sangatlah...sambil sambut, sambil encik-encik suami tonton game Felda United vs Kelantan untuk tentukan team mana ke Final.
Ok...sampai saja di rumah dah maghrib...tak tunggu lamalah...selesai apa yang patut, kami terus ke rumah jiran lama dan sambut di sana. Alhamdulillah!! Mereka siap standbykan makanan. Kami memang tak sedia apalah....rezeki kami boleh sambut double couple anniversary tahun ni. Bak kata Lin yang saya dah anggap macam adik...tidaklah aku pandang dia, dia pandang aku....hehehehe. Kali ini sambut bersama anak-anak juga.
Selamat Ulang Tahun ke 11 bagi kami dan ke....bagi Ikhwan dan Lin...
Inilah Cikgu Ikhwan dan Cikgu Lin...
Yang ini Su dan Zaini...ekekeke
Pertama kalilah kami dapat sambut selain berdua. Tapi taklah sambut beria sangat sebab kejap-kejap dah berlari ke depan tv...kejap lagi dengar bunyi..."GOL!!!!"... Mak-mak je yang setia stay di meja makan meneruskan sesi bersembang.....paling tidak bila sambut sama-sama...adalah juga kawan nak kongsi cerita perkembangan masing-masing. Alhamdulillah walaupun dah tak berjiran..silaturrahim masih dijaga baik...
Kali ini Kelantan kalah di tangan Felda United. Oleh kerana saya mengikuti laman dinding muka buku "Sultan Melaka"...nampaknya kali ni jugak Sultan Melaka tak dapat nak pecahkan rekod nak tengok team Kelantan ke final. Semua team yang disokong kalah secara konsisten dan semoga semuanya dapat keluar dari kegelapan....hahahaha memang lawak kalau baca wall Sultan Melaka tu. BACA BOLEH...KOMEN JANGAN!!!
Celebrating anniversary in unexpexted planning...memang cool. MEMANG OHSEMM!! SEMOGA KEBAHAGIAAN YANG DIBERIKAN SEHINGGA HARI INI AKAN TERUS BERKEKALAN. SEMOGA KAMI SEMUA SENTIASA DI BAWAH PERLINDUNGAN DAN KASIH SAYANGNYA HINGGA KE SYURGANYA.....
Tuesday, May 13, 2014
Warkah syurga
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Hmmm.....hari ini cuti rupanya. Bila terdetik di hati nak menjenguk laman sendiri....terkejutlah jugak sebab tiada sebarang entri yang dicoret sepanjang April lepas. Sempat jugalah laman ini bersawang. Entri terakhir berkenaan keterujaan pengalaman mendaki Bukit Broga dan selepas itu.......istilah mudahnya, sejuk beku!! Macam mana pulak boleh terdetik nak menulis? Ideanya datang tatkala mendengar esakan si anak bujang waktu sama-sama menonton kisah kekeluargaan di channel 104, Astro jam 10.00 hingga 12 malam semalam.
Apa yang membuatkan anak bujangku yang terkenal dengan " hati tisunya" teresak-esak? Bukan dia saja, saya sendiri terkesan dengan cerita yang dibintangi oleh Fauziah Nawi, Sofi Jikan, Khir Rahman, Sazzy Falak, Nasha Aziz dan ramai lagi.....Malah ada juga air mata yang mengalir. Kalau kami berdua duduk sama-sama di sofa merah depan tv sambil menonton cerita-cerita sebegini....memang sesuai sangatlah kan....Nanti saya akan peluk si anak bujang dan dia pastinya selesa dalam dakapan mamanya. Dua-duanya hati tisu....mudah sangat tersayat.......elok benarlah kalau dok tengok cerita sedih medih ni sama-sama.....
Cerita ini ditayangkan sempena sambutan hari ibu. Tajuknya: WARKAH SYURGA. Maaflah kalau penceritaannya nanti tak mengesankan sebab saya bukanlah seorang pelakon, penulis skrip jauh sekali. Sekadar penonton yang sama-sama mahu berkongsi iktibar daripada cerita yang ditayangkan.
Cerita tentang derita dan redha seorang ibu yang mengharapkan anak lelakinya mempertahankannya. Namun anak yang diharapkan pula seakan menurut telunjuk isteri yang kaya raya dan punya segalanya hingga sanggup merancang untuk membuang ibu sendiri. Sanggup menuduh si ibu mencuri gara-gara ulah si isteri. Sanggup membiarkan si ibu yang menggigil kesakitan hanya kerana dikuasai si isteri. Betapa lemahnya hati seorang suami yang menurut telunjuk isteri dan betapa seorang menantu sanggup melukakan hati ibu mertua yang sepatutnya menjadi ibunya tatkala menikahi sang suami. Si menantu lupa bahawa tanggungjawab suaminya sebagai anak lelaki kepada ibunya tidak terputus selagi hayat dikandung badan dan dia juga terlupa bahawa syurganya di atas redha suaminya.
Kisah ini juga memaparkan betapa seorang ibu sanggup menyembunyikan bahawa beliau bukanlah buta huruf malah mampu membaca dan masih bersangka baik terhadap sang anak.Meskipun tahu si anak mahu membuangnya, ibu ini masih sanggpu menunggu janji si anak untuk menjemputnya pulang. Betapa doa seorang ibu itu tiada taranya. Tiada kasih yang lebih hebat daripada kasih seorang ibu. Tanpa ibu, seorang anak itu tidak punya apa-apa dan sebagai anak lelaki, tanggungjawab terhadap ibu melebihi kasih terhadap seorang isteri. Sayang benarlah kalau seorang suami tidak mampu menjadi pemimpin yang baik untuk isteri dan keluarga yang dibentuk. Hati sebak bila si ibu dihalau keluar dari rumah dan si ibu masih mendoakan kebahagiaan sang anak, berdoa agar Allah tidak mencampakkan si anak ke neraka malah menghalalkan susu yang diberi! Inilah peranan dan mulianya watak selayaknya seorang ibu. Hanya kita sebagai anak yang harus menilai setakat mana peranan dan kasih sayang yang telah dan sedang kita berikan kepada insan bernama ibu..
Kisah ini turut memaparkan kisah di dalam kisah. Bagaimana seorang anak yang dibesarkan tanpa kasih sayang, tanpa didikan akhirnya mengambil atau mengutip si ibu tadi yang dibuang anaknya untuk sama-sama berkongsi kasih sebagai seorang ibu dan menerima kasih seorang anak. Bagaimana hebatnya kasih ibu yang dapat melentur hati seorang anak yang berpewatakan ganas dan samseng untuk kembali kepada fitrah. Menerima kasih sayang orang lain daripada mengharapkan kasih sayang anak kandung adalah kenyataan yang perit namun terpaksa ditelan. Benar-benar sarat dengan pengajaran sehinggakan anak lelaki yang hanya menjadi penonton di belakang asyik mengesat air mata. Mudah-mudahan sebagai anak, dia terkesan dengan cerita ini dan mula memahami. Anak ini tidak perlu dibebelkan kerana dia seorang yang cepat matang. Melihat dan mendengar sudah cukup untuk memberi erti kepadanya.
Apa yang dapat saya simpulkan:
Sebagai anak lelaki:
1. Ibu lebih utama daripada isteri
2. Walau apa pun yang berlaku, ibu wajib dipertahankan selagi apa yang dipertahankan tidak bertentangan syariat kerana tanggungjawab anak lelaki terhadap ibunya tidak akan terputus sampai bila-bila.
3. Jadi pemimpin yang dapat memimpin isteri, bukan dipimpin isteri
Sebagai isteri:
1. Perlu faham bahawa suami punya tanggungjawab yang lebih besar terhadap ibu
2. Keluarga suami ialah keluarga pertama yang perlu didahulukan selepas berkahwin
3. Syurga isteri terletak pada redha Allah dan suami
4. Isteri sebagai pendamping, bukan pemimpin utama sesebuah keluarga
Sebagai menantu:
1. Ibu suami wajib dihormati sebagaimana menghormati ibu sendiri
2. Keluarga mertua iala keluarga pertama, keluarga sendiri jatuh tempat kedua
3. Menjaga hubungan baik dengan ibu bapa mertua
Sebagai ibu:
1. Doakan yang terbaik untuk anak-anak, doa ibu senjata yang paling kuat
2. Berikan didikan agama yang baik, dan pendidikan yang seimbang
3. Jangan cepat berkecil hati kerana khuatir kita meletakkan anak-anak sebagai anak derhaka
4. Jangan terlalu mengongkong anak-anak yang kian membesar. Berbincang dan jadikan mereka sebagai kawan yang boleh berkongsi pelbagai cerita.
Mudah-mudahan siapa saja yang menonton cerita ini akan mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.....Malam itu anak bujang tidur lena berselimut BVSM dengan keadaan mata yang bengkak.....alahai anak.....

Subscribe to:
Posts (Atom)