Followers

Saturday, October 1, 2011

Melentur buluh biar dari rebungnya...

"Rahimi......ambil besen, masukkan kasut sekolah dan rendam," arah ayah pada Rahimi. Itu berlaku malam semalam. Pagi ini bila bangun pagi, dilihat Rahimi sedang membongkok depan paip air depan rumah. "Rahimi buat apa tu?," saya pulak bertanya. "Basuh kasutlah ma....ayah suruh," jawab Rahimi pendek. Kebetulan saya keluar nak ambil baby car seat dalam kereta sebab nak bagi Haziq duduk sambil tengok tv. Kesian tengok Haziq duduk di kerusi khasnya sebab bahu dah terlepas daripada kerusi, tak selesa. Kalau pakai baby car seat nampak sedikit selesa, kepala pun tak mendongak ke atas sangat.

"Penatlah ma.....,"Rahimi mengadu. "Penat?..ha macam tulah yang ayah rasa kalau basuh kasut Rahimi. Penat kan?, saya berbalas tanya. Aduh...terpecah pulak rahsia ayah yang selalu basuh kasut Rahimi kan, hihihihi......"Rahimi dah boleh belajar basuh kasut sendiri. Rahimi dah makin besar, tak bolehlah harap ayah je basuhkan kasut. Rahimi kena belajar berdikari..," saya menyambung kata-kata. Menunduk Rahimi mendengar kata-kata saya. Bagusnya anak yang seorang ini, walaupun umurnya baru 7 tahun tapi cara bercakapnya petah, macam orang dewasa. Senang... bercakap pun gaya orang dah besar. Masa nilah nak lentur buluh, masa masih lagi rebung. Esok-esok kalau dah jadi buluh payah..silap lentur boleh patah...mujur Rahimi mendengar kata, alhamdulillah......

masih sempat senyum bila mama suruh pose...

basuh jangan tak basuh bang...

Hasilnya....mama suruh berus lagi kasi bersih..tak cukup bersih tu...

Nak tak nak Rahimi kenalah mengikut arahan ayah. Sebab? Nak keluar main sebenarnya...Habis basuh kasut, terus je mandi dan mintak izin keluar...suruh balik pukul 1 belum tentu lagi tepat masa baliknya..Hmmm anak..anak....

Friday, September 30, 2011

Sulaman reben

Pagi tadi mengajar student buat sampel sulaman reben  untuk tugasan mereka. Sambil-sambil tu tugasan tersebut bakal dijadikan bahan untuk pameran dalam simposium keusahawanan orang kurang upaya (USAHA'KU 2011) yang bakal diadakan selama seminggu di UTM Ogos ini. Alhamdulillah sampai ke petang, sampel cikgunya pun siap jugak. Release tension bila duduk menyulam ni. Rasa hilang masalah, rasa hilang tekanan...

Sekadar kongsikan hasil saya hari ini dan hasil lama yang entah bila nak diframekan...

chantek tak? hihihi

Ini hasil yang dah lama siap...

Buat dalam kelas sejak pagi, sempat jugak siapkan di pejabat petang tadi...nasib baik petang tak ada kelas....sampel untuk pelajar.....

Lepas ni cadangnya kalau ada masa nak buat lagi sampel. Buat pattern bunga yang lain pula. Kena buka buku dulu, tengok kaedah membuatnya, baru apply untuk jadikan sampel. Best....nak settlekan sulam reben dulu, lepas ni bakal fokus pada sulam benang pulak.

Dalam hati ingat nak bukak kelas untuk sulaman manik, reben dan benang tapi tak tahulah ada ke yang berminat?????...

Wednesday, September 28, 2011

Selepas 10 tahun

Malam tadi antara momen yang sukar dilupakan apabila beberapa ornag bekas anak murid yang pernah menjadi anak didikku datang beraya. Biarlah raya dah habis pun tetapi ingatan itu yang sangat dihargai. Salah seorangnya adalah anak murid kacukan Arab..memang cantik. Bayangkan selepas 10 tahun, baru bertemu secara berdepan...Masih lagi anak dara tau.....

Beberapa yang lainnya dah beranak pinak, ada yang dah ada 3 orang anak, ada yang baru seorang...Rasa terharu sebab masih diingati dan mereka tetap mencari bila tiba raya. Rasanya kalau mereka selalu datang pun tak apa. Mereka ni siap mesej tanya kita ada kat rumah atau tidak....bila boleh datang...Rasanya kalau ada pensyarah yang lama-lama masih ingat wajah mereka ini...tapi gambar tak berapa nak cantik.Angle salah..hihihi..

Dua beradik, si kakak Yusyanelah bekas pelajar tahun 2002, adiknya tahun 2005.

Makan sambil bersembang.Seorang dah tergolek tak sihat..

Meriah..seronok...enjoy tengok mereka makan...

Inilah dia Azliza Rahmatullah

Cikgu dengan murid dah sama aje...

Lagi satu angle yang tak bagus....huhuhu

Lamalah jugak bersembang. Dari pukul 9 lebih, pukul 11 lebih baru mereka balik. Walaupun hari ini kerja, hilang mengantuk sebab kedatangan mereka. Walaupun mereka ni tak boleh mendengar tetapi penghargaan buat saya apabila mereka masih mengingati....