Followers

Monday, October 24, 2011

Tanjung Balau..steamboat......

Hmm...kali ni memang tak ada canlah nak balik kampung lagi (cerita Sabtu dan Ahad lepas)..Kak Long nak datang sini sebab ada anaknya belaja kat sini. Jadi plan kena ubah lagi. Nampaknya raya haji lah baru dapat balik kampung...hhuhuhuhuu..tapi takpe, paling tak hujung minggu takkan terperap je kat rumah...hihihi

Hari Sabtu pergi jemputan kahwin (tengahari) , lepas tu bawak anak-anak pi TESCO, bukan selalu pun bawak diorang ni pi jalan-jalan.Balik lepak.....malam Kak Long sampai....makan-makan....sembang-sembang..tidur....

Esok paginya, magic betul...Long pagi-pagi dah bangun siapkan sarapan, konon nak bawak pi pantai Tanjung Balau. Hahahaha..kalau bukan ahli rumah, memang payah le nak jumpa barang-barang dapur melainkan tuan punya rumah je yang tahu mana letak duduknya barang-barang..hihihii...siap-siap masak, pukul 7 lebih dah bergerak ke Tanjung Balau. Dalam setengah jam dah sampai. Nak tengok apa yang jadi bila-bila sampai??

nilah dia..bentang tikar terus makan...lapaau bebeno....

Haziq kes special...baring atas tikar

Kak Long dan suaminya..Tuan Zul..hihihihi 

Anak-anak saudara

muka memasing...

ni kaki posing...

alahai si kecik ni makan keropok...

mama dan Haziq..

eleh malu-malu

dengan encik suami...

pose bang....

Pengawal pantai buat pengumuman..."Makluman, hari ini ombak kuat....jangan main jauh-jauh. Oleh kerana korang dah datang..main dekat tepi-tepi saja.."..Tergelak kami dengar pengumuman mereka. "Ha..yang baju kuning tu....jangan main jauh-jauh, apa pun tak boleh......" Lagi sekali kami tergelak.....makanya kami pun main dekat-dekat jelah...

suka Haziq nak masuk air..

jalan semakin rapat

suka benar Haziq dapat cecah air laut...

ayah dengan Sofiyah


Posing...layan....

mama pulak yang suka..Haziq rileks ajerr..

Pak Longnya....

Comelnya...

Macam penat sangat.....

Rahimi dah naik dah...

Apalah yang dipandangnya si kakak nie

Aha.....ni aktiviti memakai baju pantai...

Gara-gara tak bawak baju...nasib baik ada jual baju...tak pasal-pasal Amni dapat baju free..hihi




tukang angkat tikar nak balik..

Balik sempatlah singgah restoran mamak kat Masai, Osman..pergh...lapar rupa-rupanya semua!!! Kasi makan kenyang-kenyang....lepas tu semua terbongkang...........Konon petang nak jalan-jalan, rupanya semuanya melayan badan yang penat...Lepas pekena pancake dengan teh panas...bawaklah diorang pi Tasik Layang-layang....konon-konon nak lepak-lepak....makan kuih siput..sedap......elok je baru duduk...BURRRRRRRRRRRRRRR!!!!! Hujan dah turun!!!! Kelam kabut masing-masing lari. Adik (athirah_ sampai tertonggeng...kuikuikui.......kalaulah sempat amek gambo mesti cute...hihihihi...

Takde canlah nak lepak-lepak. Balik rumah terus mandi. Biasalah, Pasir Gudang ni hujannya hujan asid. Kalau tak mandi mau demam........Sebelum kak Long balik...diorang belanja steamboat. Penduduk sini pun tak pernah makan kat restoran tu...tak senyonyoh kan........Dewasa 17.50, kanak-kanak 6-12 tahun, 8 ringgit. Makan sampai kenyang, sampai puas. Bawak saya? rugi-rugi..badan besar, tangki kecik...Tapi memang salute tengok budak-budak ni makan....pergh.....


daging-daging untuk dibakar

adik mulakan aktiviti..

vegetarianlah kunun...

aha....

ni memang kuat makan...

kakak control ayu tu...

eh manalah nyoroks ni...

makan jangan tak makan....

adik nyerrr....

kesian..tertidur si Aina Sofiah..

urrmmmmm...

menikmati setiap sedutan maggi....hihihi

banyaknya kakak makan.....

Amni Imanina yang comei....

Pertemuan famili berakhir di sini...kak long terus balik ke Segamat dan saya serta anak dara yang sorang tu balik ke rumah lepas menghantar si adik ke asrama....Kenyangnya....Minggu yang sangat seronok.....


Saturday, October 22, 2011

Ragam-ragam manusia

Sesuatu yang menarik nak kongsi tentang ragam manusia: (apa yang pernah dilihat dan dialami)

Ragam 1:
Masih ramai anak-anak muda yang minta derma di depan bank, dan stesen-stesen minyak untuk madrasah-madrasah di Utara. Kononnya untuk mengajar bagaimana anak-anak ini berhadapan dengan orang sambil mengutip derma. Ini bukan eksploitasi ke??? Kesian, sepatutnya waktu ini anak-anak ini berada di sekolah kan.......

Ragam 2:
Masih ada pengemis warga asing yang mengemis di pasar-pasar malam. Bukan tak kesian, tapi lebih baik utamakan warganegara yang susah dahulu...Lebih baik pakcik yang buta mengetuk dram dan menyanyi serta menjual tisu untuk mendapatkan rezeki kalau nak dibandingkan dengan pengemis yang hanya menadah tangan mengharap simpati.....

Ragam 3:
Kalau accident, jalan raya mesti jammed...bukan sebab kemalangan itu sendiri, tapi sebab habit masyarakat Malaysia yang cukup prihatin. Sama-sama perlahankan kenderaan untuk menonton tragedi. Kalau hulur tangan menolong tu lainlah, ini tolong tengok je..lepas tu menyumbang kepada masalah lain pulak...hmmmmm.....

Ragam 4:
Yang ni pun boleh tahan. Sesiapa yang ada anak OKU bersedialah mental ye. Kalau bawak anak-anak syurga ni keluar..pasti banyak mata yang memandang tak berkelip-kelip. Macam pandang alien.....macam tak pernah nampak orang...Kalau datang rapat bertanya khabar tu lain le..ini pandang macam nak terkeluar biji mata.....huh........

Ragam 4:
Pernah tengok di tepi highway (di laluan motosikal)..seorang pemuda dengan penuh yakinnya, duduk di atas jalan, memetik gitar. Skuter ada di sisi...pergh...memang terror mamat ni.....

Ragam 5:
Orang tua kalau bergaduh, bermasam muka bertahun-tahun..memang hodoh.....susah betul nak faham kenapalah payah sangat nak berbaik....tak pasal-pasal kita ni tersepit kat tengah-tengah....ibarat gajah dengan gajah bergaduh, pelanduk mati tersepit di tengah-tengah...adoyai........

Ragam 6:
Ada orang suka masuk campur hal orang lain. Suka nak tunjuk mereka tu bagus. Cakap berapi-rapi.....dialah hebat, dialah pandai buat kerja, orang lain semua tak bagus, tak pandai buat kerja.....orang macam ini pun ada ka????????? Kalau kita rasa kita hebat, jangan lupa ada orang lain yang lebih hebat daripada kita. Kita kena ingat, kalau meninggi bukan melonjak..dan merendah juga bukan kerana kita menyembah.....faham kerr???

Ragam 7:
Kadang-kadang melihat apek/nyonya tua sorong basikal bawak plastik sampah hitam paling besar, dok mengutip botol/kertas/plastik terbuang. Cuba pi ikut dia sampai ke rumah......silap-silap kereta Honda dok parking kat garaj!!!!! Hebatnya diorang ni.....

Ragam 8:
Anak muda suka bebeno pi konsert......apa yang diorang dapat ek??? Terkinja-kinja...dah macam "b***k" plak bila nengoknya...Harap-harap anak-anakku tidak terjebak apabila mereka dewasa (aminnnn)......

Ragam 9:...
Saya yang tak merokok rasa nak muntah bila tengok kotak rokok. Korang tau kan gambar apa yang ada kat situ? Macam manalah perokok-perokok masih ada 'selera' dengan rokok ni yek.....

Ragam 10:
Ce tengok orang-orang Pakistan yang selalu lalu depan perumahan bawak motor jual kain baju/tikar/karpet....jual mahal-mahal, beli kat Pasar Tiram jugak...hihihihi. Entah-entah kat sini diorang kaya raya sebab senang sangat dapat  menjual barang di mana-mana.....orang kita nak jual barang naik motor???? 

Cukuplah dulu.....saje kongsikan apa yang ada di sekitar kita tiap-tiap hari. Saja nak release tension...saja nak memulakan pagi dengan menulis.....





Sunday, October 16, 2011

Lawatan ke Honsin Apparel Batu Pahat

Cerita ini cerita Khamis lepas. Saya ambil cuti rehat dua hari sebelum memulakan pengajian yang dirancang esok, insyaAllah. Rakan sepejabat pelawa saya jadi pensyarah pengiring bawa student ke kilang pakaian. Memandangkan saya memang bercuti dan tak ada apa sangat nak buat di rumah, saya setuju sajalah. paling tidak cuci-cuci mata, hilangkan tekanan kerja selepas sehari sebelumnya darah saya naik gara-gara manusia-manusia bertopengkan plastik....hahahaha

Cadangnya bergerak pukul 6.30 pagi tapi encik suami kata lambat sikit tak apalah,sebab confirm tak jalan lagi. Saya sampai di poli jam 7 pagi, lewat setengah jam. Bas masih di situ. Saya ingat sayalah orang yang paling lambat, rupanya.....masih ada pelajar yang lambat!!! Duduk di asrama pulak tu....Budak-budak ni......

Sampai di Batu Pahat jam 9.30 pagi, diberikan sedikit welcome talk daripada En Arif, salah seorang General Affair Officer di sana, lepas tu ada pengenalan keselamatan daripada En Razak dan daripada Mr Lau juga.....sayangnya tak  adalah gambar boleh masuk sebab kami tak dibenarkan mengambil gambar. Kalau nak, beritahu mereka dan mereka akan ambil untuk kita. Kami dibahagi kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan pihak kilang sediakan seorang jurukamera. Cakap je nak ambil gambar apa....

Mula-mula kami di bawa ke bahagian fabric inspection, teruja sangat dapat tengok mesin daripada dekat. Kain dibentangkan dan diukur, diperiksa kalau-kalau ada kerosakan, warna yang tak serata, ada lubang ke....ada 3 kali inspection sepanjang proses pengeluaran. Kemudian kami di bawa ke bahagian stor aksesori. Penuh dengan kotak-kotak. Lepas ke stor, kami di bawa ke bahagian manual cutting. Di sini ada spreading machine. Kain-kain dibentangkan. Sebelum itu kain-kain akan direhatkan dalam ruangan khas. Ada juga band knife cutting machine kalau tak silap saya untuk memotong bahagian-bahagian pakaian berdasarkan pola sedia ada secara manual. Saya memang teruja. Taulah sikit-sikit sebab pernah mengajar subjek organisasi pengeluaran.....

Selepas di bahagian manual cutting, kami di bawa ke bahagian sewing room. Sebelum tu, bahagian-bahagian kain yang dipotong akan diikat dalam bentuk bundle dan dihantar ke sewing room menggunakan rail dengan bakul besar. Nak masuk pun boleh dalam bakul tu..tapi yang kecik-kecik bolehlah. Kalau saya??? Ish3..jangan bayangkan yek........Dah sampai sewing room, masa ni nampaklah ramai giler pekerja asing sebab kebanyakan pekerja mereka adalah warga Nepal dan Myanmar. Kenapa? Kos buruh yang lebih murahlah apa lagi kan...Proses menjahit pakaian dilakukan secara berkumpulan. Saya lupa apa namanya. Orang ni jahit poket, nanti orang lain jahit lengan dan begitulah sehingga pakaian siap, dibuangkan sisa benang yang ada, dipasangkan label dan dibungkus.

Di sini mereka ada 5 sewing room dari A hinggalah sewing room E. Dah puas ke sewing room, dapat jugak jenguk embroidery section. Lagilah saya jakun melihat proses menenun logo Nike...fuhhh...cantiknya....selepas itu kami di bawa ke heat transfer condition process. Sangat teruja melihat proses yang dilakukan di sini. melihat sampel pada label dipindahkan ke atas fabrik menggunakan kepanasan.Ala...kalau kita tengok baju-baju sukan yang ada tulis "DRI-FIT" tu....saya dapatlah tengok macam mana frasa tu dilekatkan di atas baju tersebut. Sangat teliti. Walaupun kami di bawa ke bahagian-bahagian yang secara kasarnya tunggang terbalik, tapi puas jugak...

Lepas tu kan..kami pergi pula ke bahagian bilik sampel. Di sini sampel-sampel pakaian di buat sebelum di hantar kepada pembeli untuk diperikasa kesesuaiannya sama ada mengikuti spesifikasi ditetapkan atau sebaliknya. Sekiranya diluluskan barulah mereka akan buat dengan jumlah yang lebih besar. Kemudian kami di bawa ke bahagian merchandising......tapi tak boleh beli sebab mereka dapat full licence untuk company yang berurusan dengan mereka sahaja iaitu Nike dan apa satu lagi tu ye..yang ada armour2 hujungnya..lupa.....

Kami juga dibawa ke bahagian QC di mana produk yang siap akan diperiksa lagi. Di bahagian ini juga ada satu bilik dipanggil final room. Dalam bilik inilah wakil syarikat akan datang memeriksa stok yang dipesan, cukup ke tidak, puas hati ke tidak sebelum dibungkus dan dihantar ke lokasi yang ditetapkan.

Pergi jugalah bahagian washing, light lab dan penerangan ringkas GSD, macam mana nak kira kos sehelai baju berdasarkan tempoh pembuatan dan bagaimana nak tentukan upah pekerja. Huh 3 jam yang penat dan puas.....bagi sayalah..tak tahulah pelajar-pelajar ni kan.....Sangat berterima kasih pada mereka yang sudi menerima kedatangan kami. Mereka juga bersedia untuk menerima pelajar bagi latihan industri. Terima kasihlah Miss Soffi, En Khairul, En Razak, Mr Lau dan semua staf yang terlibat dan sentiasa tersenyum melayan kami. Terima kasih daun keladi....

Dah penat, ada pula refreshment....walaupun BP Mall hanya di seberang jalan, permintaan untuk ke sana tidak dilayan walaupun dengan surat menyurat, hihihihihihi....Habis perancangan lawatan, terus bertolak pulang. Jam 4 petang sampai di politeknik.Lega....................boleh difikirkan kolaborasi yang boleh dijalinkan dengan kilang ini, latihan industri, training for trainer....hmmm....