Followers

Sunday, March 18, 2012

Trip to Bandung (Bahagian 1)

Assalamualaikum. Setelah beberapa hari pulang dari Bandung, baru hari ini berkesempatan untuk berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang berada di negara jiran. Pertamanya, kredit kepada supervisor yang memaksa dan menggalakkan saya menulis dan bentang paper di peringkat antarabangsa. Sebagai pendedahan katanya. Berdebar-debar jugaklah sebab kali pertama...Sepanjang 34 tahun diberi peluang bernafas di bumi Allah ini, inilah kali pertama saya ingin melihat dunia luar. Kasihan kan? huhuhuhu......Kena pulak bentang dalam Bahasa Inggeris, lagilah ketaq lutut!!!! Biasanya saya guna bahasa isyarat je dalam kelas, tup-tup kena guna BI...puas jugak le memikir guano nak buat??? Hmmm....buat selamba je lah....MALAYSIA BOLEH!!!!!

Bermula ceritanya pada 11 Mac lalu, pagi-pagi saya dah naik bas ke Shah Alam. Sampai sana pukul 2 petang, dijemput oleh adik sepupu yang akan menemani saya ke Bandung. Plan awal nak park je kereta di LCCT, tapi ada seorang lagi adik sepupu yang murah hati nak tolong hantar kami berdua ke airport pada malamnya. Sempatlah kami pusing-pusing PKNS dulu cari beg galas, kemudian baru balik ke rumah. Jam 8 malam bertolak ke LCCT dari Shah Alam. Perjalanan memakan masa hampir 45 minit, jauh juga rupanya. Mujurlah ada orang hantar, saya bayar duit tol aje....Kami pun siap-siap check in baggage, malas nak bawa naik plane, naik bawa beg galas aje senang...Penerbangan pukul 10.50 malam dari Malaysia. Kami sempat juga beli maggi cup untuk bekal di sana, mana tahu susah nak cari tempat makan. Letak air panas dua minit...dah terus sedia untuk dimakan!! Semuanya nak segera, nak mudah kan....

Ramai juga yang hendak ke tempat yang sama rupanya..Dengar daripada mereka bercerita. Akan bermalam di hotel yang sama juga. Penerbangan mengambil masa dua jam. waktu sampai di sana ialah 11.55 malam, dan waktu di Malaysia ialah 12.00 tengah malam sebab beza masa 1 jam.

Inilah peneman saya sepanjang di sana, keluarga kami panggil dia dengan gelaran "Kakak". Kenapa? Sebab dia anak perempuan sulung dalam keluarganya..

Kami sampai dah tengah malam. Memang dah tak sabar nak sampai hotel dan tidur. Rupa-rupanya impian kami tidaklah begitu indah...Sampai di  "Bandara Hussein Sastranegara Bandung", proses imigrasinya sangat lama. Hampir 1 jam setengah untuk lepas di bahagian imegresen. Penumpang ramai, kaunter dibuka hanya dua.Kemudian ada check tapak tanganlah, matalah...tu yang jadi lambat. Rasanya jam1.30 pagi baru kami dapat keluar daripada kaunter imegresen tu. Kalau bawa budak, kesianlah...maunya meragam anak-anak sebab dah penat, nak tidur lagi kan...Lepas ambil beg, kami terus menuju ke teksi yang memang ada di sana. Rp40,000 tambang teksi kami pagi itu yang dipandu oleh Pak Herman.

Sambil memandu, sempat juga kami bertanya berkenaan tempat-tempat yang menarik pada Pak Herman memandangkan seharian esok saya tiada agenda. Pembentangan saya ialah pada Selasa. Pak Herman menawarkan khidmatnya untuk 12 jam, 9.00 pagi hingga 9.00 malam dengan harga Rp500,000. Kalau kira duit kita, dalam RM150. Cakap sahaja nak ke mana, beliau akan bawa dan tunggu. Kami tak janji, kami hanya kata akan hubungi beliau kalau kami rasa nak pergi. Apa yang bermain dalam fikiran pada masa itu hanyalah katil.......Akhirnya selamatlah kami tiba di Golden Flower Hotel, Bandung. Sampai di hotel, terpaksa menunggu lagi setengah jam sebab ramai yang sedang berbaris. Dapat bilik di lantai dua. Sampai di depan pintu bilik, bell boy hotel mendekati kami dan meminta kami turun semula kerana bilik kami sudah ada penghuninya. Kami tersalah diberikan kunci. Turun pula....lepas tu, naik semula di lantai yang sama dan biliknya hanya bersebelahan!!!!Aduhai kenapalah tak terfikir suruh je bell boy tu yang tukarkan kunci kan? Ni gara-gara dah penatlah ni...

Saya diberikan bilik single, memang tidak share dengan other presenter. Masuk-masuk...wah ada dua katil!!! Dapatlah katil seorang satu. Ingatkan boleh terus tidur, tak juga.....mata pula tak mahu tidur, bersembang-sembang, tengok tv. Pukul 3 baru kami tidur.Sudahnya, pukul 6 kami baru terjaga......kelam kabut kami solat sebab dah Subuh Gajahlah tu..hari pun dah terang. Bayangkan, pukul 7 masa kita..maunya tak terang....Lepas tu kami tergelak sebab masih tak boleh nak adjust masa, walhal hanya sejam saja bezanya...

Inilah bilik penginapan kami....

Alhamdulillah, walaupun tak cukup tidur, kami dah mula merancang apa yang kami nak buat esok. TUNGGU................

Friday, March 9, 2012

SBPA dibatal,SSM ditambah baik...

Siapa yang gembira dengan tajuk entri saya ni, sila angkat tangan!!! Saya!!! Saya!!! Saya................alhamdulillah, akhirnya terjawab semua persoalan mengenai SBPA. Kekal dalam SSM pun ok jugak....Pelarasan 13% yang diterima oleh kakitangan awam gred 1-54 tu, alhamdulillah...besar ertinya bagi saya. Lebih besar kenaikannya kalau nak dibandingkan dengan SBPA. Ngehhhhhh...ngeh....ngeeee...

Tapi....sebenarnya kalau ditanya gaji sendiri pun saya tak tau. Mana tidaknya, nak kira kenaikannya macam mana? Pengesahan untuk 44 tak dapat lagi sedangkan yang baru dah announce dah...Dapat kenaikan 44 dulu ke atau macam mana? Tak kuasa dah nak pikir. Tengok jelah macam mana yang keluar nanti. Kalau rasa pelik, tanya......kalau rasa ok, terima jelah....apa-apa pun, bersyukur.......

Dapatlah buat perancangan untuk Haziq....Perkara pertama bila dapat tunggakan, nak beli kerusi untuk Haziq duduk. Bukan kerusi roda, ada satu lagi jenis kerusi yang khas.Kerusi roda tu tetap akan diusahakan walau macam manapun......Lepas tu....nak buat potongan gaji untuk simpanan dalam akaun Haziq....semuanya sekarang menjurus pada keperluan Haziq dulu, baru fikirkan keperluan anak-anak lain sebelum fikir kepentingan sendiri. Mujur anak-anak lain faham. Mmmmuah....


Sunday, March 4, 2012

Fun time....

Semalam, 3 Mac 2012, kami sekeluarga kecuali encik suami hadir ke Family Day Persatuan Rakan Celik P.I.P.I anjuran Jabatan Rehabilitasi dan Jurupulih Carakerja Hospital Sultanah Aminah (HSA). Maka si mama pun drivelah sendiri ke Star Hill Golf and Country Resort, Kempas. Mujurlah senang nak jumpa. GPS tak tau nak locate tempat tu kat mana..aish....boleh harap betul! 1o minit sebelum pukul 8 baru dapat keluar dari rumah gara-gara puteri kesayangan buat perangai pepagi. Layankan dia memang sangatlah mencabar keimanan........Sampai ngam-ngan je pukul 8.30. Alhamdulillah, highway pun clear je, sempat lagi isi gas....

Sampai parking, humang ai....punyalah tak friendly dia punya tempat pertemuan.Nak turun takde laluan untuk OKU, ada tangga. Punyalah fikir camane nak bawak Haziq dengan stroller. Nak harap anak-anak yang lain, kederat bukanlah segagah badang. Nasib baik jumpa Andy, salah seorang Super Dad yang bantu bawa Haziq turun...Dapatlah bertemu super mum dan super dad yang dah lama kami tak jumpa. Masing-masing dok tanya bila nak tengok Haziq. Tada.......hari ni mama bawak sebab gathering kali ni mama tak terlibat, hanya diundang...agaknya diorang pun takmo nak susahkan mama kali ni...."Putih"...komen diorang bila tengok Haziq.

Acara pertama, ucapan Dr Daniel, KJ Jabatan Rehabilitasi HSA. Santai je...lepas tu apa lagi...masing-masing dah mengelitik nampak air...ada yang dah terjun dulu pun!...Acara hidroterapi bermula. Haziq adalah favourite sebab nampak paling rileks dalam air...siap gelak-gelak lagi!. Mama biar je Haziq mengelitik sendiri sebab mama dah siap-siap pasangkan neckfloat untuk Haziq.Tapi ada fisioterapist yang bantu parents untuk beri panduan bagaimana nak buat hidroterapi untuk anak-anak CP macam Haziq....

Auntie Izan dukung Haziq...

Sesi hidroterapi...gelak je kerjanya....

Super abang dengan super kakak yang pantang jumpa air.....

Tn Hj Ashari Sidon, Pengerusi persatuan kami bersama Atif, anaknya.

Atif takut-takut dan kesejukan

Bersemangat nak datang, terjatuh atas karpet, berjahit 9 jahitan..tetap datang.....

Sebahagian super mum bersama anak masing-masing dan terapist-terapist yang muda belia....

Bagi can angel lain cuba neckfloat Haziq..suka!!!

Sebenarnya kami dah perjuangkan untuk mendaftar persatuan ni sejak tahun penghujung 2009. Kalau nak ikutkan kami dah tak boleh join group ni sebab Haziq tak lagi dapatkan rawatan di HSA tapi dek kerana pada awal-awal kelahiran Haziq memang ada 'sejarah' dengan NICU HSA, jadi secara tak langsung kami boleh bergerak aktif dengan aktiviti yang dijalankan. Hampir dua tahun kami buat seminar, setahun 3 kali berkaitan masalah anak-anak Cerebral Palsy.Alhamdulillah, akhirnya persatuan berjaya didaftarkan dan lepas ni kami boleh bergerak dengan lebih aktif secara sah.Sekurang-kurangnya kami sudah ada platform untuk memperjuangkan nasib anak-anak kami pada masa akan datang.

 Agenda seterusnya........
Si abang kuasai sukaneka, menang 3 acara daripada 4 acara .

Para penyokong...

So comel yang melalak sebab kalah acara kerusi beracun..terpaksa bagi kerusi lain...

Ahli kumpulan biru yang over......jangan tak peluk Fendi oi...jangan pecah belon...

Kupon makan dan nombor cabutan bertuah...huhuhu tak bertuah...

Makan time!!!

Lapar...lapar....

"Adik nak lauk orang kahwin".......

sengih bila dapat gift walaupun takmo join sukaneka

Lepas makan, budak-budak ni boleh mandi lagi!! Sejam jugak mama dia menunggu. Tawakkal jelah diorang pi mandi sendiri. Mintak juga parent lain tolong tengok-tengokkan. Yelah..mana nak jaga si adik...mana nak tengok diorang...Sambil-sambil tunggu diorang, kami dihiburkan dengan seorang budak lelaki India yang juga anak CP, berusia lingkungan 10 tahun. Menyanyi lagu pelangi petang.....aduh..menitik air mata kami..sungguh fasih berbahasa Melayu...

.

Haziq dah mula meragam. Nampak gaya tak boleh tunggu. Arahan diberikan supaya anak-anak BALIK!!!! Walaupun masing-masing cemberut sebab tak puas....mama kena merayu supaya kesian pada Haziq yang dah keletihan....BERJAYA jugak pujuk diorang..alhamdulillah....JOM BALIK........


Gendong hamper ke kereta..merengkek...

Inilah dia...balas dendam lepas lega daripada kembung.....