Followers

Friday, October 19, 2012

Berpeluh-peluh!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pagi-pagi dah berpeluh? Jogging ke? Apa dibuatnya pepagi sampai berpeluh-peluh? aha.....sebenarnya ini cerita semalam. Bila diceritakan semula pada incik suami, dia boleh gelak......huwa...............................

Ceritanya macam ni......jeng..jeng...jeng.........

Pagi semalam pergi ke UTM. Sasarannya nak bertemu salah seorang Prof untuk minta bantuan sahkan instrumen soal selidik. Sekali di tengah-tengah perjalanan baru teringatkan handphone yang sedang di'charge' kat rumah. Apa maknanya tu???? Maknanya......hari tanpa handphone lah kan? Fikir nak terus ke, nak patah balik. Kalau patah balik, dah ambil masa, nanti nak patah balik semula....Jadi tawakkal jelah, teruskan perjalanan walaupun hati memang risau jugak kalau ada urgent ke, suami call ke......

Sampai jugaklah di UTM. Terpaksalah tebalkan muka di pejabat Prof Hafiz untuk pinjam telefon dan maklumkan pada suami yang saya tak bawak telefon. Lepas tu suami kata telefon anak ada tertinggal dalam kereta. Cuma perlu tambah kredit sahaja. Fuhhh lega sekejap. Hmmmm mesti korang sume akan fikir "anak ada handphone eh...". Handphone tu bukanlah untuk tunjuk-tunjuk yang kami berkemampuan, top up pun jarang sekali. Cuma kalau di rumah pengasuh ke,...jalan-jalan ke..baru nampak fungsinya. Selain tu dok letak aje kat rumah....

Lepas jumpa Prof, konon nak cari top up.....pergilah ke student area yang ada tempat makan dan kiosk-kiosk...Minta nak top up. Sekali pekedai tu tanya, top up apa? Maxis ke , Hotlink ke..Celcom ke.....Aduh!!! Manalah tahu!!!!Lupa pula nak tanya encik suami.... Peluh renek dah mula datang dah....Public phone memang tak adalah. Zaman teknologi, apa barang  pakai telefon kena penat-penat berdiri kan?... Kebetulan nampak dua student perempuan, dengan muka tak malunya mintak tolong pinjam handphone diorang untuk call suami. Mujurlah student tu memang baik hati kasi pinjam phone dia.....Celcom rupanya.....Patah balik ke kedai, mintalah top up RM5 dan minta dia masukkan tapi mereka memang tak boleh nak tolong sebab perkhidmatan hanya jual, masukkan top up sendiri kena buat. Peluh lagi sebab rasanya dah 10 tahun tak pakai top up. Lepas tu handphone anak tu encik suami yang biasa isikan top up.......

Mujur jugaklah budak tu nak tolong tuliskan step nak isi top up. Duduk sekejap di kerusi, tangan menggigil sebab tak pandai pakai touch skrin pulak. Dalam menggigil dan peluh renek yang mula bertambah, berjaya jugaklah top up......Fuhh.....lega bila dah berjaya, cubalah call encik suami, dapat tapi tak berangkat. Bila encik suami call balik...mulalah panik dan berpeluh lagi sebab tak tahu nak angkat macam mana.............huhuhuhuhuhu............terpaksa biarkan mati sendiri dan saya call balik. Tak senonoh kan??????? Sekarang ni agak cuak dengan handphone touch skrin...rasanya belum bersedia pakai gadjet sebegitu, biarlah button pun, asal tak menyusahkan dan menenangkan hati.......Suami gelak jelah....Tak pernah pakai touch skrin memang macam tu, mula-mula aje...lama-lama pandailah....(kata encik suami). Tak apalah...lagipun saya bukanlah gila gadjet sangat. Tak pasal-pasal dah berpeluh......fuhh....fuh.....satu hari yang mencemaskan bagi manusia yang tak tahu pakai handphone touch skrin....muahahahahaha..............

Baru ingat nak try Galaxy Note.......KENSEL!!!!!!!!!!!!!

Monday, October 15, 2012

Semakin mendesak.....

Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Bila mana buat pertama kali saya bercerita mengenai perjalanan dalam "Positive Head Development" yang benar-benar menguji. Ada kalanya saya berasa saya berada di landasan yang betul. Ada kalanya saya rasa yang saya jauh tersasar. Ada ketikanya juga saya rasa yang saya nyenyak dibuai mimpi akibat lena yang panjang. Kadang-kadang tidak tahu sebenarnya di mana saya bermula, apatah lagi menentukan di mana saya sedang berdiri. Itu belum lagi membayangkan tatkala sudah berada di puncak.

Masih jauh lagi perjalanan saya. Hambatan waktu serta tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada dua anak tipikal dan seorang anak istimewa, ada ketikanya membuatkan saya hilang sabar. Ada kalanya terkeluar juga keluhan yang tidak disengajakan. Ada juga masanya saya tahu untuk berasa letih. Tubuh badan meminta untuk rehat. Minda apatah lagi. Semakin banyak rasanya yang perlu difikirkan. Perjalanan saya baru sahaja bermula, masih jauh untuk sampai di pertengahan apatah lagi untuk tiba di penghujung garisan.

Masih ada banyak anak tangga yang perlu saya daki. Masih banyak lagi cabaran yang menanti yang mungkin menguji kekuatan diri dan semangat yang turun naik ibarat roller coaster. Ketika hati sudah mula berasa tidak tenang....

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28).....

Thursday, October 11, 2012

Hilang sudah......................

Assalamualaikum, salam sejahtera........

Hari ni nak kongsi cerita sedih. Agaknya dah patut sedih lama dah tapi tak perasan, jadi baru nak dapat rasa sedih tu hari ni. Apa cerita?

"Mama, tak jadilah pergi surau, basikal fixie Mi hilang," lemah suara anak sulung saya. Saya yang sedang mengadap laptop terkejut dan rasa macam tak percaya. Terus ke sliding depan dan menjenguk ke luar. Sah!!! memang basikalnya tak ada. Maulah tak sedih kan...basikal tu bukannya berharga 30 sen, atau 30 henget!!!! RM360 tu.........itu pun hadiah sempena nak bersunat tahun lepas.

Agaknya basikal tu dah lama hilang. Semalam saya memang perasan ada anak jiran berbangsa India yang dok mundar mandir ulang alik depan rumah saya beberapa kali. Pelik jugak, sekejap lalu...nanti lalu lagi.....mata menjeling-jeling. Masa tu pun saya tak perasan basikal tu ada ke tidak. Terus saya hubungi suami. Suami pun kata dia perasan petang tadi budak-budak India tu mundar mandir sambil matanya menjeling-jeling ke dalam rumah saya. Tapi yelah, kami taklah suspect apa-apa sebab langsung tak perasan basikal tu ada ke tidak....

Sebenarnya anak-anak cuma main basikal tu hujung minggu. Balik sekolah tak sempat nak main. Lagipun sebelah malam, seminggu 2-3 kali kami tak ada di rumah. Kebarangkalian untuk orang perhatikan rumah memang ada. Lagipun basikal tu tak berkunci. Dah pesan kat anak sulung suruh kunci. Ayah dia baru je pesan petang tadi, kunci pagar....alih-alih malam sudah lesap!!!!

sunat dulu....

baru dapat hadiah.......

Sayang seribu kali sayang, basikal idaman sudah jadi milik orang lain. Entah siapalah yang gatal tangan tu yek.....sedihlah sebab nak keluarkan duit beli basikal tu bukan sikit-sikit.....Mudah-mudahan siapa yang 'pinjam' atau 'ambil' atau dalam bahasa tepatnya..'curi' basikal tu, dapatlah pulangkanbalik. Mana le tau tiba-tiba rasa tak serasi, panas je kerr.....ha.baik pulangkan.....hihihihi...

Kenyataannya, dah bukan rezeki untuk anak sulung bersama-sama basikalnya....nak beli baru....kalaulah mama dia ni cap duit atau ada kilang cetak duit ke, ataupun kaya raya sampai duit boleh main tabur-tabur aje, rasanya malam ni dah berganti baru. Memandangkan mama dia ni hanya insan biasa yang tidak punya apa-apa, jadi tunggulah ye nak...tunggu sampai mama banyak duit...baru difikirkan untuk mengganti. Itupun kalau prestasi memberangsangkan....kalau tidak, tetaplah hi hi bye, bye..................