Followers

Monday, November 16, 2009

Global Development Delayed (GDD)





Dalam meniti hari-hari dengan anak istimewaku yang seorang ini...aku terus mencari dan mencuba pelbagai kaedah yang dapat membantu. Terapi,ujian pendengaran, pengambilan air tulang belakang, EEG test, MRI test,semuanya telah diusahakan.Malah, ujian yang dilakukan di luar negara juga masih dalam proses. Aku pasrah dengan diagnosis pasukan perubatan di Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan anak bongsuku merupakan pesakit Global Development Delayed atau GDD.



GDD merujuk kepada masalah kanak-kanak yang mempunyai perkembangan akal, minda dan tumbesaran tubuh yang tidak serupa atau setimpal dengan kanak-kanak lain sesuai dengan usia mereka. Kanak-kanak berkenaan mungkin mempunyai sifat fizikal seperti budak lain, namun minda dan akal mereka seperti kanak-kanak yang lebih muda. Misalnya, kanak-kanak tersebut berumur 8 tahun namun, minda dan akal mereka seperti kanak-kanak berusia 3 tahun.

GDD boleh disebabkan oleh pelbagai masalah terutama ketika berada di dalam kandungan seperti kekurangan darah, bersalin pramatang, masalah genetik atau chromosomal, atau penyakit pada ibu. Kanak-kanak ini mungkin akan menghadapi masalah dalam pembelajaran, penggunaan duit, kekurangan pengetahuan am dan masalah mengenali sesuatu perkara itu betul atau salah. Malah, ada juga yang tidak memahami tahap kesihatan diri dan tidak boleh berdikari.

Kanak-kanak ini memerlukan bantuan daripada pelbagai aspek terutama terapi kerja dan pertuturan. Kanak-kanak ini juga tidak suka melakukan sesuatu di luar bidang kemampuan mereka. Pendekatan lebih tegas diperlukan dalam proses pendidikan kepada kanak-kanak ini. Mereka perlu diajar berdikari dan melakukan kerja harian dengan sendiri tanpa mengharap bantuan orang lain.

Masalah berkenaan tidak mempunyai rawatan tertentu yang mujarab, namun rawatan awal mungkin dapat mengubah masa depan kanak-kanak berkenaan. Pengesanan pada peringkat awal memungkinkan harapan yang tinggi untuk mereka pulih walaupun tidak sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya anak-anak itu dapat menjalani kehidupan harian yang lebih baik.

Sumber: Harian Metro, 16 November 2009

7 comments:

  1. Assalammualaikum...saya juga ada anak gdd. Boleh saya tahu apa perkembangan anak puan sekarang?

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...saya juga ada anak gdd. Boleh saya tahu apa perkembangan anak puan sekarang?

    ReplyDelete
  3. salam...saya juga mempunyai anak yang mengalami gdd..skrg sudah berusia 6 tahun tetapi perkembangan nya seperti kanak-kanak 3 tahun.. tahap kesabaran yang tinggi amat perlu dalam usaha mendidik anak gdd..

    ReplyDelete
  4. Sy jg baru terima berita yg ank bongsu sy berusiA 1y adalah gdd.ada tak wasap group utk ibu2 yg ada anak gdd ni supaya kita blh berkongsi prasaan n pndpt?

    ReplyDelete
  5. setuju...kalau ada wasap group boleh invite sekali tak? macam mana nak contact ye semua?

    ReplyDelete
  6. Anak sy juga salah seorang gdd. 2tahun lebih skrg. Masih blm blh berjalan tp alhamdulillah kuasa allah, hantar ke fisio therapy dan rawatan susulan dia dh blh diri tp dgn support . Pgg pagar bgn sendiri.. sy jg bebsar hati kalau para ibu lain blh sama sama kongsi..

    ReplyDelete
  7. ada group gdd di fb & wassap
    .byk ilmu kat situ..kite boleh share pgalaman masing2..nk join group wssap.ni no sy 0133266992..sy pn bru join..tp byk info dh dpt

    ReplyDelete