Followers

Sunday, May 30, 2010

Jalan-jalan pagi Ahad..............

Hari ni bila celik je mata pagi tadi, entah kenapa tiba-tiba terlintas dalam kepala nak bawak anak-anak keluar. Mula-mula rancangnya nak ke Bukit Layang-layang je, rupa-rupanya lari daripada rancangan asal. Siapkan anak-anak membuatkan program dirancang lewatlah sikit bermulanya.....Naik je kereta, suami mencadangkan untuk ke pantai Pasir Layar, Tanjung Langsat. Ni bagai mengantuk disorongkan bantal, nngggeh aje lah. Sampai di sana, agak menghampakan sebab rasanya macam tak ada apa-apa pula. Sempat juga ke tepi pantai bakau, anak-anak tengok ketam kecil, si Haziq pulak menyanyi sekuat-kuat hati. Mana taknya, waktu tidur diganggu.Kalau di rumah memang dia dah terbongkang tidur. Sampai naik merah-merah padam mukanya. Mama dia buat tak tau saja sebab memang nak ajar dia kenal suasana luar dengan lebih kerap. Biar dia biasa..maklumlah..kan baru balik seminar, mesti ada input yang boleh diimplimentasikan. Nak ke sarang buaya, tempat tu masih under construction kelihatannya.

                                      
      Anak menjerit,mama dia boleh sengih-sengih lagi.......



Rasa tak ada apa yang menarik di pantai Pasir Layar, kami pun ambil keputusan pusing-pusing di Kampung Tanjung Langsat. Masuk punya masuk punya masuk sampai ke dalam, rupanya ada tempat memancing!. Penduduk kampung pulak kebetulan sedang melaksanakan gotong royong bagi bulan Mei 2010. Ternampaklah satu warung mee bandung udang special. Terus terbukak selera. Sayangnya bila sampai..belum bukak lagi.Melepas...dahlah nak sampai sikitlah punya payah....dah sampai, tak kesampaian pula apa yang dihajatkan. Sekali lagi perancangan berubah. Masuk kereta, pergi isi gas di Kota Masai, terus menuju ke Kong Kong.

Dah sampai............permata-permata hatiku...........

Al-maklumlah, dah hampir 10 tahun di Pasir Gudang ni, tapi tak pernah sampai ke Kong Kong. Pelik kan? Tidaklah..............Dah alang-alang keluar, baik pergi. Si Haziq dah mula meragam sebab tak puas tidur. Di Kong Kong, ramai juga kelihatannya. Ada tempat menyewa bot, ada banyak warung juga tapi bila sampai, kami terus menuju jeti kecil di hadapan mata. Saja melihat laut, bot-bot kecil dan gelagat orang ramai. Seronok juga sesekali mencari ketenangan dengan melihat keindahan alam. Jadi, kami pun tak lepaskan peluang, posing lagi...........



Asyik nangis je agenda Haziq pagi ni...

Silau ma.....padahal tutup dahi yang lebam dek jatuh basikal....

Gaya Amira Sofiyah

Dah puas posing, Haziq merengek..kami pun terus balik. Masuk je dalam kereta, kena penghawa dingin, terus lelap si Haziq. Kesian juga. Ibarat mama dia mendera dialah ni. Sampai je di rumah, masukkan dalam bilik, on kan penghawa dingin...sambung lagi tidur sampai jam 12.30 tengahari. Sementara tu sempatlah ayah dia main badminton ngan si Rahimi, dah penat,mama dia pula take over. Dah boleh diajak main si Amirul Rahimi ni. Berpeluh jugaklah melayankan dia. Dalam pada tu sempat jugaklah memasak...

Bila Haziq bangun, mandi-mandi dan bagi makan. Alhamdulillah, semangkuk juga nasi lembik ala-ala bubur dia makan. Senang hati mama....gendang gendut tali kecapi, kenyang perut sukalah hati. Dah kenyang, terus terlentang, tak meragam pun.Dapatlah mama dia buat aktiviti lain....Hmm.....kalaulah setiap pagi Ahad boleh jalan-jalan macam ni...alangkah seronoknya!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment