Followers

Monday, June 14, 2010

Aktiviti hujung minggu.....

Minggu sudah perancangannya nak balik ke kampung awal pagi kerana niatnya nak menghadiri majlis persandingan sepupu suami dan kenduri doa selamat yang dah lama mak rancang. Tiba-tiba, beg dah siap kemas, anak-anak dah siap mandi, dah lawa-lawa...si ayah tersandar di sofa. Kenapa bang? Tanyaku. "Sakit perut"...dengan muka berkerut sang suami menjawab. Lantas kunci kereta dicapai olehku, pergilah ke Lee Heng beli 100 PLUS walhal dah minum sebelum itu. Tak jalan katanya. Siap muntah2 dan ulang alik ke tandas. Risau jugak sebab bila driver tak sihat...penumpang dok diam aje lah jawabnya. Lepas minum, diammmm....aje. Rupa-rupanya, tidur!!!!.

Pukul 1, bila bangun, dah nampak ok sikit, barulah bergerak ke Muar. Pukul 4 lebih baru sampai dek gara-gara berpusing-pusing salah jalan. Akhirnya, masuk je taman yang betul, menarik nafas legalah kami kerana selamat sampai. Mujur masih ramai tetamu. Kalau orang dah tak ada, malu-malulah jugak sebab tetamu paling last....Apapun,seronok tengok sepupu selamat mendirikan rumah tangga. Ini dia pasangan pengantinnya....

Amran dan Rina. Semoga bahagia hingga ke akhir usia....

Sempat jugak singgah di Ledang (Tangkak) jenguk bapa mertua walaupun tak bermalam. Dah alang-alang sejalan, tak patutlah pulak kalau tak singgah kan. Ayah pun dapat tengok cucu-cucu sekejap pun dah hilang rasa rindu di hati. Dalam dua jam di Ledang, bergerak pula ke Segamat. Hmmm..tak dapatlah menyingsing lengan membantu adik beradik lain kali ni. Kalau balik awal sikit dapatlah jugak tolong-tolong tengok ke....hihihii. Memang dah rancang tapi apakan daya, kita ni perancang, yang menentukan hanya Dia Yang Maha Kuasa.... Sampai di Segamat, betul-betul baru lepas habis bacaan doa selamat. Buat adik beradik dan saudara mara sahaja. Itu pun dah penuh rumah....

Semua anak dara.....
        Anak saudara sulung...peace no war...watpo Cik Pah ternganga plak tu????
Mak, Muksu Ha dan Andak Zai...belakang tu adik ipar merangkap menantu kesayangan abah.......hihihihihii..
Mak dan besannya....
Gaya lebih adikku ini............
sepupu beza tahun tapi macam sebaya......
Keesokan harinya................................

Tengah dok sarapan pagi, tiba-tiba tercetus pulak idea nak mandi manda di Hutan Lipur Sungai Bantang. Ulang alik JB-Segamat dah nak masuk sepuluh tahun tapi tak pernahlah pulak nak singgah di air terjun yang letaknya di tengah-tengah perjalanan. Pakat-pakat pergi 3 biji kereta. First time bawak kereta auto jalan jauh....wah nampaknya dah boleh beli autolah lepas ni...Sampai sana MasyaAllah......ramai giler pengunjung yang mengambil kesempatan mandi manda sempena cuti sekolah. Huh....nak parking kereta sikitlah punya payah, al- maklumlah parking free, bersimpang siur kereta sampai rasa nak masuk gaung pun ada. Kalaulah kat situ ada orang yang jaga parking siap bayaran, memang confirm boleh kaya!!!!...hehehe.....

Sampai-sampai apa lagi.....aktiviti pun bermula.......

Rombongan Cik Kiah ke Hutan Lipur Sg.Bantang...ayuh kita mula....

Tiup jgn tak tiup...

Renungan model Jr...
Bila dah jejak ke air.....
Mak sedare dengan anak sedare yang dah anak dara....
Dah mula sejuk dah masing-masing...

Rasa gembira sangat sebab hajat nak bawak Haziq ke sini tercapai. Ada yang kata terapi air sangat bagus untuk budak-budak macam Haziq. Nak kenalkan dia dengan alam semulajadi. Nak bagi dia rasa kesejukan air gunung yang asli. Nak bagi dia rasa deras air mengalir. Walaupun menjerit mulanya tapi bila dah lama-lama siap nak tidur-tidur lagi....Lepas ni kalau ada kesempatan, nak bawa dia terapi air panas pula. Mana tahu boleh merangsang saraf-saraf yang lemah...kita cuba apa yang boleh.


Menggigil Haziq 'dikerjakan' mamanya...
Shot yang sangat cantik.....
Anak-anakku.....
Sempat makan...
Entah kenapa cantik pulak pemandangan 
'background'nya dirasakan...
Penat sangat direndam dalam air, terus 'lepak'...

Lepas puas mandi manda, kami pun terus bertolak pulang. Takut semakin lewat, semakin ramai yang akan berpusu-pusu, susah pula nak keluar. Maka, kami terus balik. Badan pun dah penat, sempat singgah di kebun durian abah, posing lagi....
Tak sabar menunggu bilalah durian-durian ni nak gugur...yum..yum......
Nak join jugak....

Sampai di rumah, rasa lepak betul. Waktu tu jam dah menunjukkan ke angka 3.00 petang. Dapatlah merehatkan badan sekejap, kemudian terus berkemas-kemas untuk bertolak pulang ke Pasir Gudang. Sampai di Pasir Gudang lebih kurang jam 9.00 malam. Memang letih tapi seronok. Mana tidaknya, kalau nak ke mana-mana, bukan boleh rancang betul2, biasanya tak jadi, makanya rancang on the spot, barulah ok.Bila dah selesai semuanya, puasnya tak perlulah nak cerita macam mana sebab tak terluah dek kata-kata. Selesai kemas sikit-sikit,dah tak larat sangat, semuanya terus.......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....

No comments:

Post a Comment