Followers

Monday, June 13, 2011

AJK 'buleh blako'....

12 hari di Melaka bukanlah tempoh yang maksima menjalankan tugas rasmi di luar. Sebelum ni, pernah sebulan meninggalkan suami dan anak-anak kerana berkursus sebulan di Kedah. Dalam SIPMA kali ini, diamanahkan sebagai sekretariat web, database yang fokus pada menghasilkan berita di laman web SIPMA : www.SIPMA2011.my. Setiap hari perlu ada berita yang di'update' sepanjang SIPMA berlangsung.

Hari-hari pertama sampai, kudrat diperlukan di bahagian 'gudang'. "Mengerjakan' entah berapa ribu  beg kertas bersama isinya untuk Majlis kick off, perasmian dan edaran untuk jabatan dan agensi, wartawan dan sebagainya. Masa tu hanya ada Wan Majda (PSA), Kak Maheran (PSA), saya dan Kak Suraya (PNM) serta Arni (poli Melaka) yang bertungkus lumus menjadi AJK gudang secara bidang terjun. Bekerjalah kami dengan memegang slogan 'saya yang menurut perintah'. Penat juga tetapi seronok sebab tak perlu nak sentiasa menghadap komputer, ada aktiviti lain yang boleh mengeluarkan peluh.

Terperasanlah jugak dalam satu white board dalam bilik sekretariat tu yang tulis "AJK boleh blako". Tergelak melihatnya. Ha..kamilah tu yang tergolong dalam pasukan buleh blako. Suruh buat itu, buat..suruh buat ini pun buat semata-mata untuk kelancaran kejohanan dan menolong kawan-kawan di gudang utama (Zam, poli Mukah, Tengku POLISAS, Nuar Merlimau, En Md Nor dan lain-lainnya). Yang penting semuanya berjalan lancar. Set piala pun buat, pergi jadi 'announcer' di venue-venue pun buat, nak buat berita lagi....memang terkejar-kejar tapi dek kerana buleh blako...gagahkan jugaklah....

Di 'gudang' t-shirt semasa pengagihan t-shirt kontinjen, sekretariat dan agensi

barang-barang yang dah siap di'pack' untuk diedarkan pada kontinjen 

di Stadium Hang Tuah Melaka
bersama-sama Arni (tudung merah) dan Kak Suraya dari Poli Nilai semasa bawak goodies bag untuk Kick- Off

hahahaha...siapakah di dalam kepala singa tu??????kikikikikikikiiki. Sorry Leo....

Kerja..kerja..kerja....sehingga 11hb malam waktu majlis penutupan. Balik agak lewat join bapak-bapak orang ni pergi supper..Perut memang dah lapar sangat sampai tak boleh nak masuk. Cemburu tengok Nuar (poli Merlimau) makan nasi putih, sayur brokoli dengan sup tulang, berselera sungguh!!! tak sempat nak ambil gambar dia makan dengan penuh bersemangat......balik bilik dah dekat pukul 2 pagi, mata dah terkebil-kebil...eh buleh blako...siap-siap terus mengemas, esok paginya senang terus angkat masuk kereta...balik!!!!!!!

Layan rock dulu!!! yeye!!....

Baru semalam balik dari Melaka kerana terlibat dengan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SIPMA) edisi ke 4 2011. Sekretariat berkampung di Hotel Permaisuri Stadium Hang Jebat Melaka. Nasib baiklah ada bantuan GPS nak ke Melaka, kalau tak rasanya menjajau jugak nak mencari sebab tak biasa dengan jalan Melaka. Menjejak bumi Melaka sepatutnya 25hb Mei lepas tapi pergi agak lewat sebab kesian kat encik suami..baru je balik berkursus sebulan, dah kena keluar lagi 3 minggu!! Pujuk punya pujuk, diizinkan keluar dua minggu sahaja, alhamdulillah...Tugas pertama dalam gred baru.......

Saja nak bercerita. Dalam pada duduk di Melaka tu, nak kongsi cerita papa rock je nie.....Kebetulan dalam waktu sama, ada satu majlis perkahwinan yang dilangsungkan di hotel yang sama. Majlis 3 hari tu....sah-sahlah anak orang kaya!!!...lepas tu dengarnya ada persembahan papa rock Ramli Sarip pada hari ketiga, dinner untuk corporate guest pasangan pengantin. Wah, berdebar rasa dengar..mesti seronok sesekali lepas tension lepas penat bekerja. Kami pun berkira-kira, bajet-bajet macam mana nak ceroboh masuk majlis tu sebab nak tengok Ramli Sarip punya pasal...hehehe..jahat sungguh idea itu!!

Tiba hari yang dinantikan....masa tu saya dengan Kak Suraya, staf poli Nilai dah dok bersembang cara, teknik dan kaedah nak susup masuk majlis tu tapi...berani-berani takut!!! Yelah..majlis orang...nampak sangat kita ni tak senonoh kan.....Tapi..tetap juga bawak badan, jeling-jeling, rapat-rapat...memang nasib kitorang bertuah sungguh malam tu disebabkan Kak Suraya. Kak Suraya ni peramah, hampir semua staf hotel tu kenal dengan dia. Bila salah seorang staf tu nampak kami, dia terus gamit kami masuk ke dalam majlis. macam mengantuk disorong bantal!!! Ish...rugi kalau menolak!!

Kami pun dengan penuh bahagia masuk majlis dengan izin....dapatlah layan 4-5 lagu papa rock..Superb!!! Memang hebat Ramli Sarip punya persembahan..Bukanlah kata kemaruk sangat dengan rock ke apa...tapi udah peluang depan mata nak tengok persembahan 'live', papa rock pulak tu....kurang-kurang dapat redakan tekanan kerja...memang syok!!!

Habis persembahan, Ramli Sarip pun nak balik. Kebetulan sebelum dia nak tangga tu, dapatlah pi jumpa dia sekejap. Hasilnya........tara!!!!! Jangan jeles ye kawan-kawan.......hhehehehe

Bersama papa rock...Ramli Sarip...di Hotel Permaisuri Hang Jebat, Melaka. 

Habis persembahan terus masuk bilik sekretariat walaupun dah dekat pukul 11 malam. Teruskan kerja..Hilang rasa mengantuk dapat layan persembahan secara percuma.........hehehehehehe

Sunday, June 5, 2011

Hadiah untuk KAKAK................

Minggu lepas kami sekeluarga balik ke kampung, tak lama..singgah di Tangkak dulu, kesian pulak bapa mertua lama tak tengok cucu-cucunya. Sampai-sampai di Tangkak, ayah maklumkan yang beliau diajak mengikuti rombongan sepupu ke Seremban untuk majlis pernikahan. Jadinya, kami pun singgah sekejap dan cadangnya nak terus ke Segamat. Kebetulan adik beritahu, dua pupu saya pun ada buat majlis perkahwinan anak sulungnya esok...kebetulanlah tu, datang rewang je lah nampaknya sebab keesokan harinya memang dah ada perancangan nak ke rumah Bibik Nah, mak saudara bongsu saya yang juga buat majlis, majlis sambut menantu....

Entah kenapa bila duduk di bahagian belakang pemandu, saya jadi pening dan mual. Saya minta pada suami untuk bertukar posisi. Beliau ke belakang, saya memandu..eh hilang pulak peningnya...Jadi memandulah saya ke Segar Amat.......Sampai-sampai di depan rumah, dah nampak mak mengendong Bung Karno, (panggilan untuk anak saudara saya, hehehe), dah siap-siap nak pergi rewanglah tu. Saya pun tumpang dua kaki...anak-anak yang besar pun saya bawa sekali, biar mereka 'survive' bersama-sama kawan-kawan baru di kampung. Pandai-pandailah kau nak....

 Balik rewang, mata saya terperasan sesuatu yang menarik di depan rumah. Nanas Sarawak!!!!!....Sedang elok saja ada sebiji yang sedang menguning, dah nak masaklah tu. Mak pun ada cakap, pandai pokok nanas tu, masa saya balik le dia nak masak. Saya kata baguslah, itu memang habuan sayalah nampaknya tu... Abah pulak kata belum lagi...Saya balas semula.."Abah jangan kedukutssssss eh......kejap lagi dia akan jadi chipsmore!!!!..."

geram kan...ei tak sabar nak makan...
Sofiyah dari luar pagar je...takutkan daunnya yang tajam
Dah berani semakin mendekat
Terkulai selepas di 'futun'....
tada!!!!! kejap ada..kejap tak ada!!!!!
Nanas ini saya yang punya....

Abah tak terkata apa bila melihat nanas dah berada di tangan saya. Biasalah..abah mesti mengalah dengan saya.....kikikiki....siap timbang lagi, 2kg beratnya..fuh.....Nanas Sarawak ni memang sangat manis kalau cukup masak. Pernah sekali bawa balik ke Pasir Gudang, suami memang tak makanlah sebab tak tahan lidas, saya seorang mengadap sebiji. Best sungguh....

Esoknya pagi-pagi dah masukkan dalam bonet kereta. Ke Keratong, lepas tu terus nak balik ke Pasir Gudang. Entah kenapa, tiba-tiba pulak terasa macam taknak makan nanas tu. Akhirnya......saya hadiahkan nanas tu untuk sepupu saya, yang jadi anak saudara kesayangan abah saya yang mesra dengan panggilan KAKAK....Hmmm..hadiah untuk KAKAK le sudahnya....