Followers

Monday, February 20, 2012

Sayang dan benci biar berpada-pada....

Biasa sangat kan mendengar pepatah yang menyatakan:

Kalau berikan sayang, jangan berikan 100 peratus, simpan sedikit untuk diri sendiri.Mengapa?
Kerana jika rasa sayang itu hilang, kita masih ada bakinya untuk diri, kita masih mampu bertahan dan mampu untuk berkongsi kasih sekali lagi.

Kalau membenci juga, jangan benci lama-lama, jangan membenci selama-lamanya. Mengapa?
Benci itu kan pemutus rasa kasih. Mana tahu suatu hari Allah balikkan hati kita, orang yang kita benci akan jadi orang yang paling kita sayang. Waktu tu, mesti kita rasa malu sebab kita pernah membencinya suatu ketika dahulu. 

Jadi, sayang kena berpada-pada, membenci juga berpada-pada. Biar bersederhana supaya kita tidak tergolong dalam golongan orang yang melampaui batas.

Pernah berlaku satu cerita, bila seorang itu meletakkan rasa benci di tempat yang paling tinggi terhadap seseorang. Tiba-tiba dengan izinNya, pada satu ketika, hamba Allah yang dibenci itu adalah insan yang membantunya tatkala dia sedang buntu untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya. Alangkah malunya. Hendak minta maaf, malu....malu dan malu....Akhirnya bila teringat pepatah tadi, perlahan-lahan hamba Allah ini cuba memudarkan rasa bencinya kerana berhutang budi pula. Mungkin satu masa dulu insan itu pernah melakukan kesilapan terhadapnya tetapi perlu diingat:

"Kita hanya manusia biasa yang tak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan". Apalah salahnya kalau kita memaafkan orang lain? Kemaafan adalah dendam yang terindah. Ada juga yang berkata, sekiranya kita hendak memaafkan orang yang kita benci, belajarlah memaafkan dan belajarlah mencintainya. InsyaAllah kemaafan itu akan membantu membersihkan sedikit titik hitam di hati kita. 

Kalau kita menyayangi dan suka disayangi,
Siapa kita untuk membenci?






Friday, February 17, 2012

Member naikkan layang-layang...

Festival Layang-layang Antarabangsa kembali lagi (15-19 Febuari 2012) di Bukit Layang-layang Pasir Gudang, Johor. Sempat singgah dan kebetulan pasukan PIS sedang mencuba menaikkan layang-layang dengan penuh semangat tetapi lepas tu boleh hujan pulak......

khusyuknya member ni tengok layang-layang. Layang-layang sotong, motor, tembikai.....macam-macam ado!!!

Layang-layang Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual yang berjaya dinaikkan

Ajin tengah perah tenaga naikkan layang-layang.Chaiyok2!!!

Tu dia...

Tak jelas sebab hp cap ayam...huhuhuhu...inilah pasukan JRKV, Politeknik Ibrahim Sultan....

Kalau tak ada aral, esok bawa anak-anak pulak....Bukit Layang-layang the Return....oh ye, En Ajin, kalau terserempak nanti, air sirap satu!!!!!!!!hihihihi

Tuesday, February 7, 2012

Ke Taman rama-rama

Cuti panjang empat hari minggu lepas kami habiskan di kampung. Tiga hari je sebenarnya,sehari lagi lepak-lepak di rumah. Kali ini kaedah bercuti berubah. Selalunya, semalam di Segamat, dan semalam di Tangkak. Percutian 3 hari dua malam. Tidak lagi...Kali ni sepanjang cuti berada di Tangkak. Tapi sempat singgah di rumah Kak Long di Segamat sebab hantar anak saudara yang kebetulan balik bersama-sama dari Pasir Gudang. Cuti lain kali, Segamat pula lokasinya. Taklah penat mengemas beg...baru semalam dah sibuk nak ke kampung satu lagi...Sukalah anak-anak sebab dapat tengok astro puas-puas...almaklumlah, kat rumah sendiri tak ada astro, tv pun tv cembung zaman tok kaduk, remote pun tak ada...hihihihi

Cuti kali ini memang lama simpan hajat nak bawa anak-anak ke taman rama-rama di Ayer Keroh. Tangkak dengan Melaka, 20 minit saja tapi tak pernah pun sampai. Jadi, saja bawa anak-anak. Bagi Haziq merasa suasana luar.
Pintu masuk Taman rama-rama

Untuk maklumat, bayaran masuk dewasa RM8, kanak-kanak 3 hingga 12 tahun, RM3. OKU free. Kami pun masuk...Kat dalam tu, apa yang kami lihat mula-mula ialah cecak!!! Besau-besau!!! Ada burung, ada monyet...budak-budak ni teruja-teruja takut.....

 Ce tengok menatang hijau kat belakang tu...Sofiyah takut-takut nak pi dekat

Kami...

Sebelum masuk taman rama-rama sebenar..

Masuk dalam tu sebenarnya bukan ada taman rama-rama je, ada taman serangga, taman ular, gua koi, taman burung dan taman buaya. Sempatlah kami round-round dalam tu sampai anak-anak puas.

rama-rama ni dah nak mati..huhuhu

ikan koi di gua koi

kura-kura tepi kolam
gua koi...

burung oh burung...

oh mak kau!!!! Ulau melingkau!!!!

Diorang tak caye ni telur buaya!!!

Sofiyah dengan kura-kura Asia..

Di antara taman buaya dan gua koi...adoi...scorpion.....

Rama-rama singgah di mata, terpaksa tutup mata....

Sofiyah paling disukai rama-rama

Rama-rama ni menyapa encik suami....pemanis wajah ni....

tengok betul-betul...empat ekor rama-rama melekat di Sofiyah

Selamat tinggal rama-rama, lain kali saya datang yek...rama-rama ni takmo terbang, terpaksa diletakkan di batang besi tu secara perlahan-lahan

Keluar aje nampak telur dinasour!!!

Paling kesian pada si abang sebab tak banyak gambar di taman rama-rama sebab dia jadik jurukamera. Takpelah, lain kali boleh datang lagi. Mak dia pun teruja jugak....

suka sangat gambar ni..ni dalam muzium rama-rama on the way keluar tapi kitorang ikut jalan lain...

dalam kedai cenderamata...banyak rama-rama....Haziq dah penat...

Anak dara, kalau tak beli mainan tak sah, tu bakal berimaginasilah lepas ni....

Satu lagi, pantang nampak aiskrim...

Haziq pulak, first time mak dia suakan vitagen....Alhamdulillah, minum!!! Gara-gara terlupa bawak nasi yang dah masuk bekal, nasib baik ada bawak bekal vitagen penyelamat ni....

Singgah di tempat basuh kereta .Cuci luar je, kereta RM4, MPV RM 6 ye.....

wajah-wajah gembira apabila permintaan ditunaikan.....

Lain kali boleh datang lagi.....ups lupa...kalau bawa kamera mahal kena bayar jugak tau...jadi, bawak je kamera handphone....hehehehehehehe..tak pun sape ada galaxy pun boleh guna, janji tak kena bayar lebih...hihihi...