Followers

Tuesday, May 15, 2012

Saya yang tak faham ke atau mereka yang tak jelas????

Pagi ini ada satu perbualan telefon yang membuatkan saya ketawa di penghujung perbualan sehingga mungkin menjengkelkan penerima panggilan saya. Bunyinya begini:

Saya: (Selepas mengenalkan diri dan memberi salam). Saya ingin bertanya mengenai BR1M untuk OKU. Adakah pemohon yang menerima EPC sahaja layak menerima sebab saya dengar daripada bekas pelajar saya bahawa BR1M itu diberikan kepada penerima EPC (Elaun Pekerja Cacat).

A: Ya, penerima EPC layak menerima BR1M dengan syarat memohon melalui LHDN.

Saya: Saya ingin tahu, apakah semua OKU dalam semua kategori layak menerima tanpa mengira umur, contohnya kecil atau dah bekerja?

A: Kalau yang kecil dan terlantar, penjaga boleh memohon dengan syarat pendapatan/gaji di bawah RM3,000. Kita pun ada bantuan untuk OKU terlantar (macamlah saya tak tahu kan...).

Saya: Jadi, bukanlah kerana mereka OKU, mereka layak terima BR1M tu, kena ada syaratlah jugak ye.

A: takde, untuk OKU memang tak ada syarat, semua boleh mohon, janji pendapatan kurang 3K dan kena mohon melalui LHDN. JKM hanya menjadi penyalur bantuan tersebut.

Saya: Itu syaratlah tu.........

A: Eh tak......

Saya: (sambil ketawa) tak apalah...saya nak tahu tu saja...terima kasih.

Sempat saya dengar A letakkan telefon macam bengang.........Haruslah saya tertawa sebab 'syarat' yang dinyatakan sendiri tak diakui sebagai syarat.........kelakarlah tu kan? Macam-macam....Maksudnya....untuk OKU di mana ibu bapanya berpendapatan lebih RM3K....tak perlulah meletakkan harapan agar JKM dapat memberikan service yang hebat untuk mereka. Kitalah sebagai ibu bapa kena kerja kuat untuk memastikan peningkatan kualiti kehidupan anak syurga kita..............Ya Allah...kau berkatilah segala usaha kami untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak kami. Anugerahkanlah kesihatan yang baik agar kami dapat mengabdi kepadaMu dan melalui hari-hari mendatang dengan redha dan syukur kepadaMU....

Monday, May 14, 2012

Hujung minggu yang padat

Hari ini aktiviti akan berjalan seperti biasa selepas dua hari hujung minggu yang padat. Jadi superwoman hujung minggu lepas. Semuanya bermula pada Jumaat malam. Kami sekeluarga pulang ke Tangkak kerana Sabtu pagi super mak dah kena drive ke Bangi dek kerana menghadiri satu kursus sehari di sana. Lepas subuh, jam 6 pagi dah bertolak.Sampai ngam-ngam setengah jam sebelum kursus bermula. Dapatlah parking betul-betul depan dewan. Mengimbas kembali kampus setelah 12 tahun ditinggalkan. Kebetulan nak kena tolong bawa satu alatan belajar merangkak untuk anak syurga di Segamat, jadi bawaklah UNSER, besar sikit. Barang tu datangnya dari Kulim, di bawa ke KL dan dihantar pula ke Bangi oleh seorang sahabat untuk disampaikan kepada super mak sebelum diserahkan kepada pemiliknya di Segamat. Jauh perjalanan creeper crawler tu......
Sempat juga bertemu dan minum bersama-sama seorang teman yang dah 12 tahun jugalah tak jumpa. masing-masing dok tersengih-sengih melihat 'perkembangan' masing-masing. Nostalgia.......

Habis je kursus, bergegas pulang ke Tangkak. Sampai di Tangkak jam 7 malam. Melepas lelah seketika,usai solat semuanya, terus bergerak ke Segamat pula untuk menghantar alatan tersebut sekaligus pulang ke kampung di Segamat pula. Berpusing-pusing juga mencari kampung di dalam bandar dan mencari taman di dalam taman. Alhamdulillah, misi terlaksana walaupun tersesat sekejap..hihihi...Suka benar anak syurga itu mendapat alatan baru yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidupnya.

Sampai di rumah jam 10 malam. Tak tunggu lama, masing-masing 'pengsan'. Esok paginya, bersiap-siap ke Gemas pula. Kali ni bawa adik bongsu yang akan tunjukkan jalan untuk mencari perubatan alternatif (tabib tulang) untuk mengubati kami-kami yang perlu mendapatkan 'servis tubuh'. Nenek pun diangkut sekali sebab sakit kaki katanya. Mujurlah anak-anak yang dua orang tu mahu ditinggalkan bersama-sama pakcik dan makcik diorang yang ala-ala sebaya. Taklah super mak depa serabut sangat.....Sempat bersarapan pagi di Nasir Soto di Bandar Utama. Boleh pulak ternampak udang galah, besar-besar....geram aje. Bila tanya harga paling murah seekor RM10 siap masak. Tertelan jugaklah air liur sendiri. Humang air hargo eh......

Siap-siap order makanan, tiba-tiba terbau sesuatu yang sedap jugak. Meleleh air liur den nengok setray ikan baung masak lomak cili api. Yang ni takdo eh den nak tunggu. Amek jugaklah sekepala..,kongsi 4 orang. Mabeles!!!!Kelas....encik suami dah tau dah apa yang ada dalam kepala Cik Puan isterinya. Sah-sah balik je Segamat lepas ni, kedai ni yang dipujuk nak disinggahi...Cik Puan isteri memang pandai.....hehehe. Memang sedap!!Thumbs up!!!

Siap makan, terus bergerak ke Gemas dan taknak panjang-panjang cerita, masing-masing dapatkan rawatan. Paling banyak penyakit rupanya super mak!! Hamek kau kena bekam angin sampai lima! Tak pernah-pernah berbekam, panas, perit semua ada.....lepas ni kena datang selalu untuk buat overhaul...maklumlah badan nak pakai lama.......

Balik-balik sampai rumah jam 1.30. Terus pula dengan agenda selanjutnya jam dua petang. Ke Sungai Chodan kita!!!!! Memancing dengan adik lelaki, adik bongsu, dua orang anak saudara, anak-anak yang dok merengek nak ikut dan abang ipar. Huh, lepas ni kalau nak mancing tokleh bawak budak-budak..payah, kalau anak sungai takpe jugak, ni sungai besar...asyik lari sana, lari sini....pening nak menjaganya pulak...Ayah dia jaga si kecik kat rumah sebab ayah tak minat memancing......

Ayah dan anak siapkan joran

siap sedia...

Layan anak...

Ni lah sekor je dapatnya...

Yang ni pulak keje merajuk ajerr

Sorang buat keje sekolah, sorang bawak nak jahit baju...sorang kejap lagi dah tidoq....

Penolong Penguasa Balai Bomba Bahagian, Muar...penyelamat kami kalau apa-apa jadi...dapat siput plak tu....

Nasib baik ada jeti kecik..sempat posing walaupun panas...

Sampai pukul 5 seekor je dapat, kitorang pun balik....balik rumah Kak Long dulu, pekena nasi goreng sayur dengan char koey yang dia menjerit sebab kuihnya menjadi. Tah apa-apa ntah Kak Longku itu.....Dah kenyang...balik ke kampung konon nak sambung memancing di kolah ikan talapia abah pulak. Tapi masing-masing dah longlai. Kemas-kemas barang, lepas maghrib terus bertolak ke Pasir Gudang.....lepak...mujurlah   anak-anak cuti sekolah agama...kalau tak mesti pagi-pagi super mak stress....tapi dapat berita gembira pulak pagi ni, terus rasa BERSEMANGAT!!!!!!!!....beginilah cerita saya di hujung minggu....Kita jumpa lagi kalau ada cerita best nak kongsi ye.....


Monday, May 7, 2012

Udang oh udang

Minggu sudah balik kampung. Lama rasanya tak balik, hampir dua bulan disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan. Bila dah ada peluang, jangan tunggu!!!! Seperti biasa, bila balik dua hari je, kenalah pandai-pandai bajet nak balik mana dulu. Balik Sabtu, tidur semalam di Tangkak, pagi-pagi Ahad, pukul 9 dah sampai di Segamat. Anak-anak yang besar awal-awal dah ditinggalkan di rumah 'nyang' mereka sebab ramai pakcik-pakcik kecik yang boleh melayan diorang main. Siap ada arahan, tolong jemput diorang petang sikit. Hamboi.....

Dek kerana anak-anak dah ada agenda sendiri, tetiba pulak muncul idea yang entah datangnya dari mana...Best jugak kalau pergi memancing ni. Dah berbelas tahun tak ke sungai. Kali terakhir rasanya 18 tahun dulu....itupun dengan kenangan yang tak berapa best sebab 'tercebur' dalam sungai gara-gara tak dapat imbang badan waktu nak naik ke tebing daripada dalam perahu...huhuhu...Saja nak mengembalikan nostalgia lama....

Boleh pulak hujan!!!! Rancangnya pukul 2 petang nak pergi. Sebelum pergi tu sempatlah kosek-kosek sikit rumah mak tu, siapkan nasi Haziq, bagi Haziq makan...nanti kalau ditinggalkan dengan ayahnya di rumah dah senang.....Ayah cuma tinggal bagi susu je. Ayah duduk rumah jaga anak, mama gi mancing, boleh gitu??? Hikhikhik boleh aje.......Adik beradik perempuan lain tak layan mancing, yang sorang ni ok je...cuma dah lama tak pegang batang pancing........Mak siap galikan cacing. Adik lelaki sorang tu yang akan bawak ke sungai....dia siap cari umpun-umpun.....Ala.......bab umpun-umpun ni kalah sikit......geli sikit nak megangnya sebab warna dia pink dan panjang. Kalau cacing tu tahan le lagi.....

Ni ha rupa bentuk si umpun-umpun:

kena potong kecik-kecik dari bahagian ekor, kalau potong dari kepala dulu, cepat mati.....

Lepas zohor kami pun bertolak. Tak jauh ke sungai dalam Estate Labis, dalam 15 minit kami sampailah ke lubuk pertama. Hujan renyai-renyai. Bawak 3 batang joran udang, sebatang untuk ikan. Sampai-sampai boleh terperasan tak bawak baldi!!!! Pandai-pandailah nampaknya!!!!

Kerja meletak umpan memang kerja adik. Dah siap-siap baling ke sungai, kami tunggu aje.

Driver dan tukang pasang umapan, mak duduk je kat sebelah tolong jaga...

Umpan cacing....kalau cacing gelang lagi best ni....

Umpan sawit.

Tenang je air sungai

Setengah jam menunggu, tetiba rasa joran ditarik-tarik. Rupanya udang tak tarik macam ikan, perlahan je joran tu ditarik. Kalau ikan kan terus disentap......Seronok rasa udang menarik joran dan hasilnya......TARA!!!!!!

Inilah dia udang pertama....

Nak jugak.....

Mujur ada net ni kat bonet kereta. Kuikat hujung dengan hujung.....duduklah diam-diam yek....

Gaya memegang selepas membaling joran

Sempat posing di perahu kecil milik jiran yang ditinggalkan di sungai...nak naik pun takut-takut....Tuan lebih besar daripada perahu...hihihi

pemandangan sungai

Sejam di lubuk pertama, itulah seekor udang yang dapat. Kami berpindah lubuk..

lubuk kedua...

Sampai ke sudah, tu je le seekor....ibarat udang selamat datang......maklum le dah dekat 20 tahun tak jengah sungai.......

Laluan balik. Habis kereta kancil bercalar balar....

Balik posing lagi...walaupun sepit tak berapa nak biru, nak jugaklah bergambar lagi....


Sampai di rumah, udang yang seekor dijadikan sambal. Makan ramai-ramai.....sedap!!!!!mengimbau kembali zaman dulu-dulu....kalau dapat sambal ni ,berebut!!!!!

Rasanya tak puas bila dapat memancing. Lepas ni ada can balik kampung, geng dah ada. Abang-abang ipar kaki memancing, adik pun kaki memancing. Encik suami tak boleh diajar...boleh tengok ajerr....Lepas ni boleh plan memancing dan berpiknik sekali. Adik kata ada 'lubuk' yang best, boleh bawa famili. Tenang je rasa hati mengadap sungai yang mengalir. Best!!! Best!!! Best!!!.walaupun seekor....Udang oh udang..............