Followers

Monday, June 27, 2011

Taka Melor konon.......

Bila mak telefon minggu lepas beritahu durian dah mula gugur buang-buang busuk, hati ni macam biasalah, mengelitik aje nak balik kampung. Sayangnya belum ada yang gugur pun, setakat sebiji, dapatlah merasa seulas, alhamdulillah...Nampaknya kena tunggu seminggu dua lagi baru gagat gugurnya. Kebetulan pulak hujung minggu lepas memang dah plan nak berkumpul adik beradik dan adik beradik sebelah mak, nak buat tahlil sikit untuk insan-insan kesayangan yang telah pergi meninggalkan kami. Adalah buat makan-makan sikit, barbeque ayam, daging, ikan dan sotong. Masak pula nasi goreng Cina, Sup tulang dan sikit-sikit air tangan mak-mak saudara yang sama turut berewang dari petang. Sempat jugalah buat acara potong memotong dan melicinkan 2kilo kek secret resipi...pergh...hingga menjilat jari, licin!!!

Esoknya konon dah merancang nak ke Taka Melor, nak ambil gambar untuk pertandingan fotografi, sambil-sambil 'riki'riki' best ke tidaknya tempat tu. Katanya masih suci lagi..Maka pergilah berdua dengan adik bongsu. Fuhhh...jauh juga dari Pekan Labis tu. Masuk hingga melalui Felda dan Kampung Tenang, masuk lagi ke dalam. Memang jalan pun sempit gilerr..muat-muat untuk sebiji kereta saja. Mujurlah ada seorang pemotong rumput, orang kampung situlah yang baik hati tunjukkan kami jalan. Masuk punya masuk, terus punya terus, agak 'scary' jugalah sebab lalu jalan yang sempit, kebun-kebun orang. Sungguh tidak sessuai kalau setakat nak pergi berdua atau bertiga. Nak bawa anak-anak pun fikir banyak kali. Siap lalu jambatan kayu, anak sungai..view sepanjang perjalanan boleh tahan cantik tapi entah kenapa rasa tak sampai-sampai....

Tiba-tiba tatkala menuruni sat bukit, alamak!!!! jalan runtuh!!!!! Jalan tu memang terbelah dua. Ada sebiji kenderaan pacuan empat roda di tepi jalan. Memang tak boleh lepas, rasanya dah tak jauh daripada Taka Melor. Punyalah payah nak 'reverse' kereta sebab jalannya dahlah kecil, ada pulak sebiji kenderaan di situ. Tiba-tiba hati jadi takut, rasa tak berapa enak. Kami pun patah balik dan terjumpa salah seorang penduduk kampung dan bertanyakan arah lain nak ke Taka Melor. Rupa-rupa hanya itulah satu-satunya jalan ke Hutan Lipur Taka Melor. Hmmmm terbantut rancangan....Sempat singgah di simpang yang ada papan tanda Taka Melor, ambil gambar sebagai bukti dah sampai ke kawasan tu. Punyalah geram bila banyaklah encik-encik serangga memberi salam pengenalan. Aishhh.....

Baliklah semula ke rumah dengan sedikit rasa hampa sebab misi tak berjaya. Nasib baik tak digelakkan oleh encik suami sebab apa yang berlaku di luar daripada dugaan dan perancangan. Ha...nak sangat Taka Melor, akhirnya........Taka Melor sangat.........Saya pasti tempat tu mesti cantik sebab adik bongsu pernah sampai ke sana. Dah bukan rezeki namanya....Punya geram, sempat shopping kain di Tangkak bila singgah di rumah bapa mertua....hehehehehehe....

Thursday, June 23, 2011

Penangan J-Card

Hari ni hari gaji. Cepat pulak bulan ni gaji. Sah-sahlah sekejap je jumlah yang ada dalam akaun tu akan menyusut. Teringat kata-kata seorang ibu kepada usahawan yang berjaya, ibu kepada Syed Mokhtar Al-Bukhary yang mengingatkan sang anak bahawa separuh daripada gaji yang kita terima sebenarnya bukan hak kita. Kalau difikirkan, memang betullah tu. Kalaulah ada kalkulator di tangan, memang cepat aje jari mengetuk nombor-nombor yang ada untuk melihat baki yang tinggal selepas diagih-agihkan kepada yang berhak. Bagi yang dah berkeluarga, bayaran tetapnya memang ke pengasuh, bayaran van sekolah anak(kalau naik vanlah), bayar kereta, ansuran rumah, hutang bank, belanja dapur, dan petrol. Itu belum lagi belanja sekolah anak-anak, mainannya, jajannya...belanja untuk diri sendiri, kecemasan, simpanan?? mungkin jadi perkara terakhir yang difikirkan. Tapi sebenarnya itulah yang paling penting......

Hari ni memang hari yang cukup seronok untuk AEON sebab sedang molek saja mereka buat J-Card Day, gaji pun masuk. Sah ramai yang berpusu-pusu menunggu depan pintu masuk Jaya Jusco sebelum pintu dibuka. Konon harga barang lebih murah berbanding biasa.Betul ke???? Hmmm..seingat sayalah, dah 10 tahun saya bekerja, baru 2 kali saya pergi J-Card Day. Pertama sebab taknaklah bazirkan duit tak tentu pasal, biasalah perempuan....biasanya ikut hati, nampak murah je nak sambar. Taknaklah sampai nak makan pun nanti sampai kena ikat perut atau hujung bulan dah paras-paras hidung. Lagi pula memang tak sukalah dengan situasi ramai-ramai orang ni. Rimas.....

Apa yang peliknya, ramai kawan-kawan minat sungguh dengan J-Card Day sampai sanggup bercuti semata-mata nak pergi J-Card Day. Bukanlah iri hati tapi kadang-kadang pelik jugak dengan minat manusia yang pelbagai ni..Macam-macam kan.... Apa lebihnya J-Card Day ni? Adakah kerana harganya betul-betul murah? Saya selalu berfikir bahawa sebenarnya harganya sebenarnya taklah murah mana. Dia letak harga tinggi kaw-kaw , lepas tu jatuhkan 70%, lebih kurang je harganya dengan masa-masa biasa. Tu pada saya yang jarang ke Juscolah....mungkin lain orang lain pandangannya. Mungkin sebab jenama Jusco tu sendiri. Beli kat mana? Jusco......lainlah saya setakat beli kat pasar raya biasa-biasa je.hihihihi...Semua tu tak penting bagi saya. Dunia blako.....Mungkin jugak kalau beli di Jusco, ada kelass....kalau setakat beli kasut kat BATA.....hurmmmm.....

Kalaulah saya ke Jusco, rasanya 'selamat'lah belanja bulan ni. Mujur suami memang hebat dalam pengurusan kewangan. Kalau tak penting, abaikan. Utamakan keperluan daripada kemahuan. Kalau keperluan tak terpenuhi, sukar untuk hidup dijalani tapi kalau kemahuan tidak dipenuhi, tak ada masalah untuk tetap hidup seperti biasa. Kadang terdetik juga di hati nak beli itu ini, tapi bila fikir-fikir...tak apalah, ada lagi yang lebih penting, pendamkan saja keinginan di hati. Suami selalu kata, kita ni selalu berkira sebab kita bukan berduit. Cuba kalau kita memang mewah....memang tak hairan kalau kita pun akan jadi macam mereka. Nak apa beli, nak itu sambar, nak ini bayar....Mujur sangatlah saya dan suami memang sama-sama bukan kaki shopping, sama-sama tak selesa bersesak-sesak...jadi selamatlah sang suami yang tak perlu melayan kerenah isterinya.....Lagipun hidup bersederhana paling mudah, paling indah....

Rasanya AEON tetap tak rugi kalau setakat saya tak pergi sebab ramai lagi yang jadi pelanggan sejati. Mudah-mudahan kawan-kawan dapat apa yang dicari, gembira di hati dan saya pula?????? Jadi penunggu ofis sejati. Buatlah apa yang patut di pejabat ni. "Bekojolah kito sekueknyo......"hehehehehehehe....kepada kawan-kawan....selamat bershopping tapi jangan sampai miss soru.......hehehehehe.....

Tuesday, June 21, 2011

Ke Tanjung Balau....

Cerita ni dah ada dalam blog ceritahaziq tapi itu cerita Haziq...ini nak cerita pasal gembiranya Sofiyah dengan Rahimi dapat main pantai. Maklum le memang tak pernah bawak budak-budak ni main pantai pun...hihihihi....teruk kan mama diorang ni...kali terakhir diri sendiri pergi pantai pun kalau tak silap lepas kahwin..konon-konon honeymoon...ce kira...dah 8 tahun lamanya...Bila dah keluar 3 orang....ha tunggu besarlah baru niat bawak anak-anak pi main pantai. Kebetulan sangatlah highway E22 ke Desaru tu dah bukak, elok pulak abang janji dengan Sofiyah nak bawak ke sana, memang le dituntutnya.....

Pagi-pagi dah siap-siap, kul 7 keluar rumah. setengah jam je lebih kurang.Sampai sana pun kereta tak banyak lagi tapi dah nampak beberapa khemah. Sahlah diorang ni bercamping di sini. Nak aprking ternampak banyak jugak B.E.R.U.K seolah-olah menyambut  kedatangan kami. Nak ambil gambar macam tau-tau je, semua bertempiaran melompat-lompat melenting-lenting masuk dalam semak...

Sampai-sampai Haziq makan, abang dengan kakak dah bawak pelampung masing-masing. Tak perasan pulak ayah pakai baju SIPMA..abislah baju i kecut kena air laut...huhuhuhuhuhu.....

baru sampai...landing dulu...




















seronok tengok anak-anak seronok..

Sementara tol masih free..larung aje le...lepas ni rasanya dua minggu lain dah ada perancangan ke tempat lain, sebelum tu....hujung minggu ni wajib balik kampung nak kasi kekah durian atuk...mak kata durian kat kebun pun dah mula buang busuk...culah..elok je kami balik buah mesti tengah gagat gugur....seronok..beronok-ronok.......lepas tu esoknya Ahad nak pi Taka Melor pulak adik beradik...mudah-mudahan semua rancangan berjalan lancar....