Followers

Friday, February 3, 2012

Giler tak suka????

Semalam hari paling menggembirakan. Rasa nak melenting pun ada, cuma takut jatuh karang macam nangka busuk pulak bedebusnya. Kesian encik suami terkejut tengah tidur bila cik puan isterinya menjerit. Entah apa-apa, member tengah dok layan mimpi di tengah hari, tiba-tiba ada petir berdentum!!

Nak scan bendanya..scanner rusak..jadi tulis jelah..

"Accept as it is.."
Ini kata-kata banyak mendebarkan, banyak menggembirakan. Mula-mula dok tunggu bila nak dapat respon daripada ICBER2012, international conference yang akan berlangsung di Bandung bulan depan. Paper dah hantar, lepas ke idok..asyik tertanya-tanya. Bila dapat reply cam yang tertulis kat atas tu..rasa tak percaya pun ada!!!No correction!!!! Biar benar!!! Udah le BI empunya diri tak seterer mana, lepas ???? Giler tak suka????

Mesti yang tumpang gembira adalah supervisor. Dialah yang akan dapat kredit bila anak didiknya dapat present international level...Dialah jugak yang encourage a.k.a paksa saya untuk menulis padahal dia tak tau, anak didik dia ni memang kantoi kalau suruh tulis dalam BI. Grammar confirm tunggang langgang tapi alhamdulillah...tak perlu buat minor ke, major correction dan tak perlu resubmit pun. Paper itulah yang akan keluar dalam prosiding nanti. Alhamdulilah Ya Allah!!!

Sebenarnya ini percubaan pertama. Mana tahu lepas ni dah berani sikit menulis dalam BI. Ambil masa lama jugak nak hasilkan penulisan tu, dekat sebulan kalau tak silap. Bukak tutup, bukak tutup akhirnya terpaksa memaksa diri untuk menulis. Kalau tak buat, kita tak tahu pun kebolehan kita. Bila dah buat, barulah kita tahu kemampuan sebenar kita.

Terima kasih to my sv who encoraged me to do this. You can write a paper after this. Itulah yang selalu dia cakap sampai pernah sekali tu, anak murid dia kata kat dia "paper paksa ke ni?"..tapi sambil gelak-gelak le...Akhirnya sedar diri bahawa kena paksa buat sesuatu, kalau dok statik aje memang tak ke manalah jawabnya.Dan hari ini, memaksa diri untuk melakukan beberapa perkara supaya dapat diselesaikan mengikut perancangan.

Giler tak suka???hehehehe...chaiyok-cyaiyok...Ganbatte!!!!!!

Tuesday, January 31, 2012

Accident lagi...

Huhuhuhuhu..pagi ni sekali lagi saya nampak eksiden depan mata. Kali ni memang berlaku betul-betul depan mata, dan saya lambat sikit 2-3 saat. Kalau saya terlaju sikit,mungkin saya jadi mangsanya. Alhamdulillah Ya Allah, Kau selamatkan aku daripada kejadian yang aku takuti......

Saya nak keluar simpang di depan Kampung Kopok. Nak ke kanan, nak singgah di poli sekejap hantarkan kitab bahasa Arab untuk anak kawan-kawan yangminta tolong belikan. Tengok kiri kanan, banyak kenderaan. Tengok sekali lagi,nampak lori pisang turun bukit. Saya pun keluar simpang sebab kanan dah clear. Belah kiri pun ada dua lane, jadi saya tak risau sangat.Saya keluar, rupanya lori tu tekan minyak agaknya, dia ke tepi lagi, agaknya nak mengelakkan saya yang keluar sedangkan saya dah bajet memang tak ganggu laluan dia pun.

Dalam pada lori pisang tu ke tepi, ada sebiji lagi Grand Livina putih kalau tak silap keluar dari Simpang Kampung Kopok tu. Tak pastilah dia perasan ke tak lori pisang tu. Agaknya dia nak masuk ke kanan, lori pisang sampai dan sagat belah kanan kereta dia. Saya betul-betul belakang sikit aje. Anxiety attack saya dibuatnya pada detik dan ketika itu. Kereta tu terberhenti dan saya lihat dari cermin pemandunya keluar dan nampak seperti tak cedera.Yang cedera teruk keretalah. Lori tu pun buat pusingan u tak bertauliah, berpatah balik menuju ke kereta. Tak perasan pulak pemandu kereta tu ada berapa orang. Saya terus ke poli. Bila dalam keadaan tu, terkejt,memangtak fikir apa dah. Bawak kereta pun dah menonong aje. 

Bila saya keluar dari poli 40 minit kemudian, ada sebiji ambulan di situ. La..ada yang cedera ke? Tak nampak pulak ada pengusung dibawa keluar. Mungkin dipanggil untuk rawat terkejut agaknya. Mau tak terkejut? Kalau saya silap-silap dah bergelang air di kolam mata....aduhhhhhh.....berdebar-debar aje....


Monday, January 30, 2012

Cokelat...cokelat...

coklat bingkisan dari tanah Mahsuri

Cuba tengok coklat tu..banyak kan? Siapa suka makan coklat? Cuba angkat tangan!!! saya!!!saya!!!...Saya memang kaki coklat..kaki kacang.......dan anak perempuan saya pun suka. Kalau saya hadapkan coklat sebanyak ni di depan matanya, sah sehari boleh licin!!!! Oleh kerana tak mahu coklat ni cepat habis, maka saya sorokkan dalam almari tempat saya simpan gelas-gelas yang biasa saya guna masa raya..hehehehe..punya hebat dan kedekut punya mama kan..kan.....bukan tak bagi terus..bagi sikit-sikit........

Coklat ni sebenarnya dah tinggal sikit, yang tak ada dalam gambar, semuanya dah masuk dalam usus besar saya. Dah tak dapat diselamatkan lagi dah....Cuma akhir-akhir ni saya pun pelik, kenapalah saya tak seghairah dulu bila nampak coklat. Coklatbar yang 5-6 hengget tu saya boleh makan dua-tiga kali ngap aje tapi tidak sekarang. Saya makan berdikit-dikit dan membukitlah coklat-coklat tu dalam perut....sebenarnya tak sempat membukit dah cair...

Kenapa saya suka coklat? Pertamanya,coklat kan salah satu sumber tenaga. Saya ingat lagi 10 tahun dulu, tahun 2000 kalau tak silap saya, eh..dah 12 tahun berlalu...Waktu tu saya dan Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) UKM, persatuan di mana saya ahli aktifnya ketika itu melakukan ekspedisi mendaki Gunung Ledang. Kami dinasihatkan supaya membawa bekalan coklat sebagai penambah tenaga dan asam kecut sebagai penambah kuantiti garam yang hilang daripada tubuh. Alhamdulillah walaupun bertubuh 'sihat' dan chubby, saya berjaya menawan puncak Gunung Ledang. Walaupun cita-cita nak menawan puncak Kinabalu masih lagi menjadi anganan, sekurang-kurangnya tahun lepas saya berjaya menikmati keindahan alam ciptaan Allah di atas puncak Gunung Arong. Alhamdulillah...yang penting ada coklat....hihihihihi

Siapa kata makan coklat boleh gemuk? Tak delah, mitos je tu. Buktinya, badan saya maintain je sejak saya tingkatan dua....Baju yang 8 tahun lepas pun saya masih boleh pakai lagi. Maksudnya taklah menggemukkan, digemukkan dan gemuk kerana coklat kan??? Gemuk ke, kurus ke, yang penting yakin dengan diri sendiri.

 Coklat pun boleh membantu menghilangkan stress. Itu bukan saya yang kata, tapi banyak hasil kajian yang menyatakan begitu. Pengkaji yang kata ye..cuma apa-apa pun..jangan berlebih-lebihan. Yang lebih-lebih tu mengundang penyakit. Penyakit cari sendiri, tak bolehlah nak salahkan orang lain. Moral of the story, lebih baik bersederhana dalam segala hal yang kita lakukan sama ada daripada aspek perbuatan, pekerjaan, pemakanan, dan sebagainya. Sederhana itu indah dan menunjukkan akhlak yang baik. Ingat..apa-apa pun jangan OVER!!!!!...

Sape nak coklat tu? Ada lagi sikit dalam almari saya ni ha.....kalau nak hubungi saya di talian..019-9434 tekan-tekan tak dapat..hihihihihi...selamat menikmati keenakan coklat yek......