Followers

Thursday, March 7, 2013

Semput................................

Assalamualaikum, salam sejahtera.............

Hari ini konon nak menghadap lappy lama sikit. Apakan daya...kepala ni makin berdenyut-denyut. Teringat plak ada lagu siapa tah....."nyut nyut nyut...kepala...rasanya mahu pusing......" Ha, itulah yang sedang saya rasakan saat ini tapi jari jemari ni tetap gatal jugak nak mengetuk abjad-abjad kat keyboard lappy ni. Bukan keje sekolah yang dibuatnya , tapi punyalah taknak laman blog bersawang punya pasal......Beberapa hari lepas, anak syurga demam.....Saya pulak sebenarnya dah dua tiga hari sakit-sakit badan. Betis sakit, bahu sakit....kepala sakit.....angin agaknya. Telan gaviscon, barulah ok sikit....telan panadol dan tidur sekejap barulah pening kepala ni berkurangan. Nak kata stress??? Tak jugak.....tak ada apa yang boleh dijadikan punca stress pun....

Sebenarnya sepagi ni saya dok di rumah dengan anak bujang. Tak sekolah agama hari ni.Sebab apa? Dah dua hari perasan anak bujang ni mula bagi signal macam nak kena asthma...batuk...kohok-kohok bunyinya. Rupanya semalam tanda-tanda tu makin jelas. Dah diberi inhaler pun macam tak berapa menunjukkan kesan  yang positif. Membisinglah mama dan ayahnya. Mana tidaknya, makan jajan, minum air sejuk, makan aiskrim boleh kata hampir tiap-tiap hari. Maunya badan tu tak meraung....Bila cakap, ikut sekejap, eh lepas tu buat semula.....anak bertuah!!!!

Sudahnya, pagi ni mahu tak mahu, suka tak suka ke klinik jugalah sebagai jalan penyelesaiannya. Anak bujang ni sebenarnya dah hampir setahun tak kena asthma....paling akhir bulan Mei tahun 2012 mengikut catatan doktor. Dah lama dah tu....doktor kata agaknya dah sampai masa nak kena. Lepas ni mama memang tegahlah makan benda manis-manis, main lasak-lasak sangat, makan aiskrim.....semualah yang boleh jadi penyumbang kepada 'kesyemputannya" itu. Memuncung aje macam muncung itik bila dibebelkan. Mama tak kira....suka ke  tak suka, kalau rasa nak sihat, dengarlah nasihat mama dan ayah dia ni. Selalu sangat buat 'perasan disorders' tu. Perasan sihat aje......

Bila dah duduk rumah, sebenarnya tak susah pun. Dia kerjanya tengok chanel bola....mama mengadap lappy...Lapar je mama memang dah sediakan roti untuk dimakan...bila ditanya nak makan nasi ke tidak, tak lapar katanya. Leka pula mengulit surat khabar bahagian sukan....ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan...anak dengan ayah sama-sama suka bola..janji korang bahagia....
asthma a.k.a SYEMPUT......................

Mudah-mudahan asthmanya tak berpanjangan. Terpaksalah bercuti sekolah hari ini. Nampaknya si adik berkeseorangan hari ni. Si adik pun tak ke sekolah agama sebab ada kursus kepimpinan pengawas di sekolahnya. Cepat sihat ye pemimpin/ketua yang pengasih (Amirul Rahimi)........

1 comment:

  1. Hello!

    Saya terjumpa blog anda dimana kamu bercakap tentang Gaviscon dalam post kamu mengenai isu gastrik yang anda alami.

    Pedih ulu hati dan senak boleh menjadi dua masalah yang amat serious kepada kesihatan anda, tetapi blogger ini ada beberapa tips mudah tentang bagaiman untuk mengelakkan isu pedih ulu hati dan senak: ApplesOnSticks – Gaviscon to the rescue. Semoga tips-tips ini boleh membantu anda juga!

    Saya bekerja untuk Agensi Digital Lion&Lion, dan kami sedang bekerja bersama-sama dengan Gaviscon dalam usaha untuk memberitahu orang ramai tentang penggunaan Gaviscon, memberikan tips tentang bagaima untuk mengelakkan pedih ulu hati dan sneak, dan juga bagaimana untuk mempunyai kehidupan yang lebih sihat. Banyak orang juga menghadapi isu-isu tersebut, dan menganggap masalah ini normal ataupun tidak tahu cara untuk membantu mereka sendiri.

    Saya ingin tanya jika anda boleh tolong menghubungkan perkataan “Gaviscon” kepada laman web Gaviscon Malaysia supaya mereka boleh mendapat informasi tentang produk ini?

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,
    Edith
    edith@lionandlion.com

    ReplyDelete