Followers

Saturday, March 6, 2010

Bengkel Sehari Penulisan Ilmiah

Tarikh 6 Mac 2010 adalah tarikh yang penting kerana hari ini usiaku meningkat setahun lagi. Syukur dipanjatkan kerana diberi kesempatan menghirup udara segar di bumi Allah ini.

Hadiah dari suami dan anak-anak.

Hari yang istimewa ini diisi dengan pengisian yang sangat menyeronokkan. Menghadiri Bengkel Sehari Penulisan Ilmiah anjuran Akademi Penulis Sdn.Bhd. Mula-mula tu ada juga rasa berbelah bahagi sama ada hendak menghadiri bengkel tersebut atau sebaliknya tetapi akhirnya, dengan harapan akan memperolehi input-input baru, maka dengan rasa teruja mendaftarkan diri sebagai salah seorang peserta.

Begitu besar cabaran yang harus dilalui oleh penceramah, Tuan Fauzul Naim dan pembantunya Tuan Qahhar untuk sampai ke destinasi. Kenderaan dipacu iaitu Innova terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Machap. Mujur kenderaan sahaja yang remuk di sebelah kiri. Pemandu dan penumpang terselamat.Akhirnya sampai ke Jati Inn jam 11 malam selepas menerima bantuan beberapa individu iaitu Tuan Azman dan Puan Khatijah.

Sesi seharian sangat mengujakan. Penceramah terus bersemangat. Antara potret kenangan sepanjang bengkel yang sempat dirakam:

Tuan Fauzul yang senantiasa bersemangat.

Macam-macam gaya..............

Gaya khusyuk....

Ada beberapa keping gambar lagi yang gagal diuploadkan kerana setting blog yang tiba-tiba berubah. Perlu cari penyelesaian dahulu baru boleh kembali kepada keadaan sedia ada. Penyertaan juga dibuka kepada peserta dari Jabatan luar dan disambut baik. Bermacam input yang dapat dikongsikan bersama. Bagaimana berfikir di luar kebiasaan, teknik KJ Method, Akta hak Cipta dan sebagainya diharap dapat membantu diri sendiri dan teman-teman untuk memulakan langkah pertama.

Masalah blog berjaya diselesaikan dan dapatlah entri ini dikemaskini akhirnya.Terima kasih kepada pelajar saya, Mohd Redha kerana telah membantu. Barulah dapat upload beberapa keping gambar lagi.... 

Muka-muka peserta yang ceria..
koyak jangan tak koyak....
 
Kak Hanipah mula 'mengocok' kad-kadnya...


80 kad dengan setiap perkataan yang berbeza..


Perkataan disusun mengikut bahagian


Hasilnya...hanya beberapa bahagian utama bab terhasil


Ini saya punya................


Pose maut nih...
Apa yang kelakar, sepanjang sesi, duduk di sebelah Zura. Bila sesi pengenalan, terpecahlah rehesia yang si Zura ni rupanya budak Segamat juga. Susur punya susur punya susur, rupanya duduk kat bandar dan akan pindah ke Bukit Siput. Dekat pula dengan rumah penghulu. Haaaaa..baru jumpa regu!!!!

 
Anak jati Segamat..yieehaa.....
Jam 6.00 petang ,bengkel berakhir. Rasa terlalu cepat masa berlalu. Seakan tidak puas kerana sememangnya dalam tempoh yang sangat singkat ini tidak banyak yang dapat dikongsikan.Mudah-mudahan akan ada ruang di masa lain untuk terus mendekati dunia penerbitan. Penceramah terus bertolak kembali ke Kuala Lumpur usai bengkel berakhir. Harap-harap mereka tidak serik walaupun terpaksa mengharungi cabaran yang bukan sedikit. Sementelah aku terus ke rumah baby sitter untuk mengambil anak bongsuku yang ditinggalkan di sana sejak pagi. Sampai di sana, rumah berkunci.La....ke mana? Rupa-rupanya suamiku telah mengambil anakku tetapi lupa memberitahuku.

Terus pulang ke rumah. Sebelah malamnya baru celebrate hari lahirku dengan kek seperti yang kalian lihat diawal entri...Hmmm...hari yang mengujakan, memenatkan dan menyeronokkan!!!!...lalalalalalalalala  ahaks....

Friday, March 5, 2010

Kursus Pengurusan dan Ketrampilan Diri

Alhamdulillah, semalam telah menguji keupayaanku untuk bercakap di hadapan orang ramai. Syukur kerana telah diberi peluang untuk menyampaikan ceramah kepada 150 pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sek.Men.Keb.Simpang Renggam. Mula-mula tu terasa juga gentarnya, entahkan mampu entahkan tidak persoalan yang sering berlegar-legar dalam ruang fikiran. Apabila tiba harinya, perasaan itu hilang sedikit demi sedikit. Mungkin kerana telah cukup persediaan. Mungkin....

Tiba di sekolah tersebut, dua orang guru kaunselor telah sedia menunggu iaitu Cikgu Aidahani dan Cikgu Hasnah Sara.Terlupa langsung hendak mengambil gambar kenang-kenangan. Dimaklumkan peserta cermah adalah pelajar dari kelas-kelas hujung. Hmmm....bila mendengar kata-kata guru mereka, terdiam sejenak.Memikirkan kaedah yang paling sesuai untuk menarik perhatian mereka.

Topik yang dibincangkan, dibincangkan dalam suasana yang tidak begitu formal. Kadang-kadang, bila bercakap dengan 'budak-budak', kita pun kenalah gunakan aras bahasa mereka untuk menarik perhatian. Terdengar juga bunyi-bunyi ala-ala langau tapi intonasi yang turun naik sekejap membuatkan mereka menumpukan perhatian dan sekejap lagi mereka pula berceramah dalam kumpulan masing-masing. Cabaran betul!!!

Bila masuk topik ketrampilan diri, barulah mereka mula menumpukan perhatian. Maklumlah, ada demonstrasi. Pada waktu inilah ada diantara pelajar dijadikan model untuk dilihat oleh rakan-rakan yang lain. Keberanian yang ditunjukkan dihargai dengan sedikit cenderahati yang dibawa sekadar yang ada. Tujuannya untuk memberi motivasi kepada adik-adik ini supaya terus menyerlahkan potensi diri pada masa hadapan.

Seronok juga bila ada yang datang bersalam dan cium tangan sebagai tanda hormat. Tiba-tiba terasa macam dah tualah pulak.Hehehehe...Seronok, puas dan gembira. Gembira kerana akhirnya satu kelebihan yang ada pada diri akhirnya berjaya diserlahkan. Sengaja menerima pelawaan ULPL kerana sebenarnya ingin mencabar diri. Saja nak tengok mampukah berdiri memberi ceramah dalam tempoh 2 jam??? Alhamdulillah...sedar tak sedar masa itu sebenarnya memang terlalu cepat berlalu.

Pulang semula ke Politeknik jam 5.30 petang. Lega rasa kerana satu amanah telah berjaya ditunaikan. Walaupun tak sihat, kepala pening kerana cuaca yang tidak menentu, kerana tidak ingin menghampakan pihak sekolah, cabaran itu perlu disahut.Kita kena cuba sesuatu yang baru dan mengambil risiko kerana kita akan tahu di mana tahap keupayaan diri yang sebenar. Walaupun hidup rasa kelam kabut tetapi bila kita melakukan sesuatu perkara yang menjadi kegemaran dan kesukaan kita, banyak perkara yang mendatangkan tekanan akan dapat dilalui dengan mudah.

Apa yang penting...cuba dan terus mencuba...kerana kejayaan yang dicapai adalah dimulakan dengan langkah pertama....

Motivasi diri

Dua minggu kebelakangan ini, HKL menjadi rumah kedua kerana rawatan susulan Aiman Haziq yang masih belum selesai. Selagi punca penyakitnya tidak ditemui, macam-macam ujian akan dilakukan ke atasnya. Dua minggu lalu, HAziq menjalani MRI namun hasil ujiannya masih belum diperolehi. HArap-harap pertemuan hujung bulan jun nanti akan dapat memberikan jawapannya. Pertemuan dengan doktor Januari lalu betul-betul meruntun hati seorang ibu. Mana tidaknya, doktor memberi perkhabaran bahawa ada masalah dengan kromosom anakku itu. Kemungkinan ada masalah Rett Syndrome. Penyakit ini jarang dihidapi oleh kanak-kanak lelaki, mungkin anakku adalah insan-insan terpilih. Puaslah aku search di internet berkaitan penyakit ini dan hasilnya....kalau siapa yang tak mampu nak belajar menghadapi kenyataan, usah dicari berkenaan penyakit ini. Aku sendiri belum tentu betul-betul mampu dan bersedia menghadapinya.

Kemudian, minggu ini pun aku baru sahaja balik dari HKL untuk pertemuan dengan doktor neuro dan metabolik di HKL. Perkhabaran agak baik pula aku dengar. Ujian darah kedua pula mengatakan kebarangkalian mungkin tak ada Rett Syndrome itu tapi doktor tak berani menyatakan 100% tak ada. Sekurang-kurangnya aku sedikit lega. Doktor neuro pun dah tak kisah kalau aku nak mencuba apa jenis rawatan sekali pun. Usaha tu yang penting kan.

Dua minggu lagi aku dikehendaki datang semula untuk ambil darah dan urin sekali lagi untuk dihantar ke Australia. Kali ini ujian untuk mengesan sama ada terdapat kekurangan enzim dalam sel darh putih anak kesayanganku itu. Sekiranya hampir kesemua ujian telah dibuat dan kesemuanya jawapannya negatif, langkah terakhir adalah pengambilan air tulang belakang atau Lumbar Puncture Procedure akan dibuat dan ujian akan dilakukan sama ada di Australia atau Switzerland untuk mengesan penyakit neurotransmitter. Penyakit yang ini, aku pun amsih blur-blur lagi, kabur..terlalu banyak perkara yang nak diingat..

Mudah-mudahan ada sesuatu yang akan dapat ditemui oleh kumpulan doktor-doktor pakar ini. Walaupun prosesnya memakan bertahun-tahun, aku sanggup turun naik ke HKL kerana di sanalah rawatan terbaik untuk pesakit seperti Aiman Haziq. Kalau hendak memotivasikan diri, menguatkan semangat dan menanamkan sifat ketabahan, jemputlah berkunjung ke Institut Pediatrik HKL.

Di sana anda akan dapat melihat pelbagai jenis rupa bentuk kanak-kanak dengan pelbagai jenis penyakit. Boleh melihat ketabahan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang dirundung malang ini. Anda boleh melihat kanak-kanak microchephalus (kepala kecil), down sindrom (merat-rata), tulang rapuh, hydrocephalus (kepala besar), penyakit-penyakit pelik, datang dengan kereta sorong, kepala, tangan, kaki, kejang,...dan ketika itu apabila anak-anak kita sakit yang tidak seberapanya, kita akan mengangkat tangan tanda syukur kerana rupa-rupanya ada lagi kanak-kanak lain yang lebih menderita.

Suka hendak dikongsikan bersama, satu keluarga Cina yang mempunyai 3 orang anak lelaki yang lebih kurang umur 8 tahun, menghidap peyakit tak boleh berjalan. Lembik, dua daripada anak mereka itu meninggal dunia dalam tempoh dua hari. Bayangkan perasaan mereka. Mereka masih ada seorang lagi anak yang berkeadaan begitu dan seorang lagi anak lelaki mereka pula terlampau aktif. MAcam mana agaknya mereka melalui semua ini sukar untuk dibayangkan. Sewaktu anakku menjadi penghuni HKL selama dua minggu tahun 2008, adik itu menjadi teman di sebelah katilku. Dan ketika lawatan terakhir minggu ini, kebetulan bertemu semula dengannya, jadi banyak cerita yang dikongsikan bersama.

Suamiku pula bertemu seorang wanita Cina. Mula-mula kami melihat begitu sayangnya dia pada kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 2-3 tahun. Diberi makan, disediakan tempat duduk khas dibeli dari Toy's R Us, dilapkan..penuh aksih sayang. Bila aku bertemu doktor, suamiku sempat berbual-bual dengannya. Subhanallah....besar nikmat kasih sayang yang Allah berikan padanya walaupun berbangsa Cina. Anak yang dibela hanyalah anak angkat yang telah ditinggalkan ibu kandungnya di sebuah hospital di Ampang sewaktu usianya 8 bulan.Wanita ini belum berkahwin tetapi sanggup memikul tanggungjawab yang kurasakan belum tentu kita dapat melakukannya!!!..

Semoga pengalaman yang dilalui ini dapat terus menyuntik semangat dan memberi kekuatan buat kami sekeluarga. Kita kena bersyukur kerana sebesar mana dugaan ang dilalui, harus diingat bahawa ada insan lain yang sedang melalui dugaaan yang lebih hebat dan besar.MasyaAllah.....