Followers

Sunday, August 9, 2009

Perlindungan kesihatan dan simpanan

Bila bercakap soal simpanan, kebanyakan orang memang ada simpanan sendiri tiap-tiap bulan. Tak kiralah kat bank mana pun, sikit-sikit mesti ada. Perkara biasalah kalau simpan hari ni, esok lusa keluar semula. Emergency..hehehehe.


Tapi, bila cakap soal perlindungan kesihatan, cuba bilang dengan jari, berapa ramai mak bapak yang ambil inisiatif untuk sediakan perlindungan kesihatan untuk anak-anak? Senang cakap insuranlah......Jangan jadi macam aku...Kisah aku ni bolehlah dijadikan iktibar. Insuran untuk diri sendiri memang ada tapi untuk anak-anak, insuran ada tapi insuran untuk cover kesihatan tak ada. Adalah hamba Allah ni selalu approach untuk ambik insuran perlindungan kesihatan untuk anak-anak tapi aku selalu je lari-lari. Konon belum ada bajetlah.......


Ditakdirkan Allah, anak aku ada masalah. Konon aku nak ambiklah insuran daripada hamba Allah ni tadi, tapi tak boleh pulak sebab anak aku dah sakit. Betapa menyesal dan kecewanya aku. Terus aku ambil untuk anak-anak aku yang lain dan satu famili. Tak apalah berkorban duit sikit. Kalau nak ikutkan, bayaran insuran untuk satu famili aku, dah boleh buat bayar payment keta yang baik sikit tapi kenalah berkorban untuk sesuatu yang lebih bernilai.


Janganlah mengeluh tak ada duitlah, tak cukup bajetlah, tak cukup makanlah. Ish...asyik2 nak mengeluh. Semua rezeki kita ni kan Allah yang tentukan. Tiap-tiap anak tu Allah dah tentukan rezeki masing-masing. Baca doa banyak-banyak macam pernah aku tuliskan dulu. InsyaAllah, rezeki akan datang dari arah yang tak disangka-sangka dan kita akan terhindar daripada perasaan sentiasa gundah gulana.


Ni anak aku yang kuar masuk spital. Ni masa buat EEG kat HKL. Certain cases cepat prosedurnya. Sape kata spital kerajaan tak bagus?


Bukan nak kata hospital kerajaan tak bagus, bagus....tapi...lu pikirlah sendiri. kalau dah ada pengalaman lagi bagus. Birokrasinya, peh....lambat giler!!! Nak buat scan lambat, MRI lagilah lambat. Doktor pun bukannya banyak sangat. Semua tu pengalaman aku. Paling tidak kalau ke swasta cepat sikit semua urusan. Memanglah nak masuk kena bayar sikit tapi kalau bil beribu-ribu, mampu ke nak bayar? Kalau ada insuran, insuran akan cover dan kita pun akan dapat service yang baik. Cuma aku terpaksa ke hospital kerajaan untuk anak aku yang kecil, nak buat macam mana, pakarnya semua di HKL. Kalau yang lain-lain, ada masalah...paling senang aku ke Penawar je. Bukanlah berduit sangat, tapi sekurang-kurangnya, bayar deposit sikit, yang lain-laian insuran cover. Bilik pun selesa sikit, service pun cepat.


Apapun, kalau nak ambik insuran , kenalah kenal ajennya. Service lepas jualannya macam mana. Jangan main ambil je, lepas tu kata insuran ni tak baguslah, itulah...inilah...Salah siapa? Sendiri mau ingat. Kita ni selalu je tunjuk-tunjuk kat orang tapi lupa kita sendiri entahkan bagus entah kan tidak. tak Gitu???? jadi kalau rasa-rasa nak ambil insuran untuk anak-anak, jangan malu-malu bagitau aku. Ni kira promosi onlinelah ni.


Aku pun tak sangka boleh lulus peksa insuran ni. Cubalah korang bayangkan, dengan tak baca apapun, anak kat hospital, aku tinggalkan dalam tempoh sejam setengah sebab nak ambik peksa. Tup-tup...lulus!!!!! Aku pun garu kepala. Niat sebenar aku bukanlah nak cari kekayaan dengan jadi ajen insuran, tapi lebih pada nak membantu kawan-kawan..Aku dah ada pengalaman keluar masuk hospital sejak setahun lepas, jadi aku tau apa yang terbaik boleh kita berikan untuk insan-insan yang kita sayang.


Aku tak kesah pun orang nak kata apa kat belakang aku. Buat itulah, inilah...ada aku kesah? Yang penting niat aku baik. Kata pengurus ajen insuran aku, kalau orang lain taknak dengar pasal insuran..bagitau depa.."TTT.....(tolong tutup telinga). Aku sebenarnya malu gak ngan dia sebab aku selalu dijadikan bahan contoh. Yelah, dulu elak-elak, lari-lari, tiba satu masa dia jugak yang aku cari. Korang nak ke jadi sampai macam tu? Tak nak kan.....


So....moral of the story, perlindungan insuran kesihatan untuk anak-anak sangat penting. Kalau sayang anaklah.......dalam masa yang sama boleh menyimpan jugak. Paling tidak bila anak-anak nak masuk U nanti, kita dah ada sumber yang kita tak boleh asyik nak kuarkan aje. Mak bapak pun bukan boleh caye sangat. Nama je simpan duit untuk anak-anak konon...tapi kita jugak yang bagi perabih....hampeh......Jadi, renung-renungkan dan ambillah tindakan yang bijak..






Saturday, August 8, 2009

cintan pun sodap......

Hari ni aku plan nak balik kampung belah hubby kat Tangkak kononnya, nak pergi rumah member kat Melaka sekejap. Tup..tup dengarnya member tu warded pulak. Alahai kesiannya.....nak pergi ziarah pun takut jugak, yelah...musim2 H1N1 ni kan. Anak sulung aku pun dah pandai sebut dah...... Lagi kesian sebab suppose 13hb ni dia berangakt ke tanah suci menunaikan umrah. Aku cuma mampu mendoakan kesihatan dia pulih dan dapat mengunjungi Rumah Allah.
Pagi2 aku dah start masak bubur untuk Haziq. Ibu dia kata dia dah tak makan bubur blend, so aku kenalah beat ibu dia. Mama dia mesti lagi best......nasib baik pakai beras wangi, dalam 2 jam lebih dah lembut. Hari ni mood aku baik sebab alhamdulillah malam tadi Haziq ok, tak meragam. Kalau tak....muka aku cemberut aje.
Pagi ni aku gorengkan cempedak. Anak sulung aku suruh goreng. Yang hanginnya, dah goreng tapi tak makan pulak. Boleh gitu? Dahlah malam tadi suh aku gorengkan me hun tapi dia tak makan, abis sape nak makan? mama dia jugak....tu yang mama dia tak kurus2!!!! Hubby aku plak sakit tekak. Manjanya...mintak masakkan mi cintan...berkuah, tekak pun taklah sakit compared dengan makanan berminyak. Aku pun masaklah seperti yang diminta. Ish3....memang sedap...... . Selama ni biasanya kitorang beli maggi, 1st time beli cintan dah jatuh cinta. Bukan selalu makan benda cenggini, time nak rasa kelainan je kitorang melantak benda2 cenggini.
Aku masuk bilik sekejap, bukak blog dan edit apa yang patut, bila aku jengah kat luar, dah licin cintan tu!!!!! Nampak gayanya memang betul-betul sedap......

Thursday, August 6, 2009

sejuk gilerr...

Dari pagi hingga petang ari ni, satu kelas je yang aku masuk.Patutnya dua, tapi kelas petang terpaksa aku tangguhkan sebab attend meeting MQA. In other word, baru tukar tadi, mesyuarat Penjaminan Kualiti. Esok pagi-pagi aku dah plan nak ganti kelas. Bukan apa, kelas pertama dah tak masuk, tak best pulak rasanya. Kali ni aku nak menulis guna bahasa pasar je. Sesekali nak merasa best ke tidak guna bahasa macam borak2 biasa. Ok jugak ek....
Aku ni tak taulah pesen apa. Orang lain badan montel cam aku sume tahan sejuk. Tapi aku ni tak taulah kulit jenis apa. Kalau kat opis tu, siap standby stokin hoki nak menahan daripada rasa sejuk melampau. Menggigil-gigil aku dalam aircond kat opis ni. Pakai blazer pun seperti nggak ada maknanya.....Kalau gi kursus ke, sahnya kena bawak baju sejuk. Kalau tak, confirm kejung dalam aircond.....Aku pun tak paham apa masalah aku nie.
Ni nak balik rumah, nak try broadband dah aktif ke tak. Kalau tak aktif lagi...sok aku pi bebel lagilah kat celcom centre. Promise is a promise. U should provide servise as good as you promise to your customer. Costumer is always right. Tak gitu?................Dalam sejuk pun aku membebel. Sejuk pun sejuklah...Yang penting tak simpan bengang dalam ati..........abis marah, senyum, balik umah...tengok muka anak-anak...tengok muka hubby...musti hati senang. mesti hati tenang..mesti hati girang.......lalalalallalalalala......