Followers

Monday, August 3, 2009

ANAK-ANAK PENGHIBUR LARA

30 Julai 2009

Hari ini aku meneruskan rutin di rumah. Melayan kerenah anak-anak memang melelahkan tetapi menyeronokkan. Anak daraku nan seorang itu memang menduga kesabaranku. Ada sahaja aktiviti yang dilakukannya di luar jangkaanku. Kena marah pun dia buat selamba aje. Paling tidak nanti dia merajuk, sembunyikan diri di dalam bilik. Dah puas merajuk, nanti menghimpit untuk dibelai. Kadang-kadang marah juga dibuatnya tapi kadang-kadang rasa terhibur.

Anak perempuan agaknya. Berpeluang menyusu badan selama setahun. Berbanding abang dan adiknya yang hanya merasa selama dua bulan menyusu badan. Memang jauh beza perwatakan dan perkembangannya. Biarpun penat melayan anak-anak, aku yakin dengan janji-janji Allah terhadap seorang wanita bergelar ibu yang sentiasa berkorban jiwa raga khusus demi anak-anak tercinta. Begitu mulia dan tinggi darjat seorang ibu.

No comments:

Post a Comment