Followers

Wednesday, August 12, 2009

Perjalanan yang panjang!!!


Hari ini perjalanan ke Glory Beach Resort bermula jam 11 pagi. Ustaz Senusi drive, naik Kia Spectra. Besar bonet kereta tu. Penumpangnya? Aku, Farhana dan Kak Azyati. Tapi, Kak Zia tunggu di highway sebab dia dari Pontian. Sampai flyover nak turun highway Pasir Gudang, alamak!!!!............jalan jammed!!! Punyalah panjang kami rasa, so Ustaz buat drastic decision, patah balik ke jalan lama ikut Masai. Tup…tup….tiba simpang kipmart, sangkut jugak!!!! Sudah!, mana lagi jalan nak ikut. Kalau terus ikut jalan yang sama, sure berjam-jam tersangkut kat atas jalan. Apa lagi, kepala terus ligat mencari jalan lain. Akhirnya, ambil keputusan ikut jalan Sungai Tiram dan keluar di Senai.

Tiba simpang Tiram…satu lagi masalah!! Jalan tutuplah pulak…..Terpaksa u-turn 4 kilometer. Hush…cabaran betul. Kena anggap semua ni perjalanan untuk bercuti, baru hati rasa lega. Ikut jalan ke Senai tu cam rasa pelik je sebab aku rasa macam pernah lalu situ, tapi tak ingat bila. Rasa macam familiar je jalan tu. Ikut Felda Ulu Tebrau, rumah cantik-cantik. Kagum aku. Lepas ambil Kak Zia, perjalanan diteruskan. Dalam kereta macam-macam hal jadi topik perbualan. Aku perasan Ustaz banyak kali dapat panggilan telefon. Begitulah bila jadi orang penting. Ah…itu hal dia….


Sesuatu yang menarik diperbincangkan ialah berkenaan pengurusan. Maksud aku, pengurusan manusia. Bukan senang nak menguruskan manusia. Lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan individu yang telah banyak pengalaman dalam perkhidmatan. Terlalu banyak perkara yang menjadi isu untuk dibangkitkan. Itu tak kena, ini silaplah, penganjur tak ada pengalamanlah. Peninglah kalau nak berhadapan dengan orang sebegini. Pegangan customer is always right pun kadang-kadang mendatangkan masalah jugak. Sepatutnya antara pihak pengurusan dan individu yang diurus perlu ada toleransi atau tolak ansur. Bukan ke kalau tak ada tolak ansur, kita akan ditolak beransur-ansur?
Ada baiknya kalau kita menguruskan individu yang tidak punya pengalaman kerana akan lebih banyak mengikut kata, tak banyak membantah. Tetapi kuranglah pulak cabaran dalam kerjaya? Tak gitu? Semakin banyak cabaran, semakin bermakna kerjaya yang kita lakukan kerana itulah pengalaman yang tak dapat kita beli walau di mana-mana sekali pun. Aku setuju dengan kata-kata Kak Zia, bila berhadapan dengan pelbagai jenis manusia dan tahap kedudukan mereka, lebih banyak yang kita akan belajar berkenaan kaedah pengurusan manusia dari aspek komunikasi. Dari situ, kita akan jadi lebih cekal. Alah bisa tegal biasa…………..

Selepas dua jam cabaran berlangsung, perut mula mengalunkan irama jazz. Rock and roll pun ada. Irama Malaysia dan hip hop tak payah ceritalah. Singgah makan di Machap. Lepas makan dan solat, perjalanan diteruskan. Ya Allah, mengantuknya mata. Biasalah, lepas makan, perut kenyang, hati pun senanglah jugak. Dah macam ular sawa pulak. Lepas makan je nak melingkar. Tak tahan, dapatlah juga aku lelapkan mata dalam 40 minit. Sedar-sedar dah nak masuk exit Port Dickson. Pergh….boleh tahan jugak ustaz ni bawak kereta. Aku cuba membayangkan macam manalah agaknya Port Dickson. Failed!!. 28 km to Port Dickson………

Bila lalu Pekan Port Dickson, alahai….macam aku balik kampung di Segamat pulak. Ala-ala pekan koboi aje. Kalaulah aku datang sendirian..hish menakutkanlah jugak. Tapi Segamat taklah sampai macam tu….Macam mana dengan keselamatan? Macam tak yakin saja nak datang ke sini sendiri. Bersyukur aku sebab Farah offer naik kereta dengan ustaz. Kalau tidak…tak tau apo den nak kato!!!!

Aku dah nampak sign board Glory Beach Resort sebelah kanan jalan. Eh….eh…ustaz dah terlajak ni!!!. Hmm….patutlah pun, syok borak kat telefon. Busy berbincang macam mana nak uruskan perjalanan ke PUO pula katanya minggu depan. Nasib baik kat depan ada u-turn, tapi taklah sampai 4 kilometer macam tadi…. Alhamdulillah, akhirnya aku sampai di Glory Beach Resort. Setelah 5 jam perjalanan. Kalau ikut kebiasaan, 5 jam ni aku dah boleh sampai KL ni…..Hihihihi..cabaran…cabaran…


Receptionistnya cantik, berambut ikal, memakai subang. Tapi sayang………..keluar je suara, suara jantan!!!! Mak tak kuasa dik!!!!!!......Bukanlah aku nak merendah-rendahkan dia tapi….korang fikirlah sendiri. Aku buat macam biasa je. Tak ada reaksi menyampah ke, geli ke, apa ke. Dia pun manusia biasa. Siapa kita nak hina-hina orang. Cuma kita yang ada akal fikiran dan budi ini kenalah berfikir dengan waras dan rasional segala perkara yang berlaku di sekeliling kita. Jelasnya……kiamat sudah dekat…..


Kak Zia duduk sebilik dengan Farah. Aku selesa seorang buat masa ini sementara tunggu rakan sebilik sampai. Aku tak kisah pun siapa partner aku. Ok jerr…Bilik pun bersebelahan saja dengan diorang berdua. Sudahnya aku masuk dulu, aku boleh pilih bilik mana yang aku suka. Bilik katil besarlah….Hotel apartment, besar, duduk pula dua orang, best giler beb…………




Besar dan selesa....


Cantik tak kipas ni?
Pergh....macam berada di rumah sendiri pulak...

No comments:

Post a Comment