Followers

Monday, August 3, 2009

TIP MENJADI PENULIS BEST SELLER

Hmmm...aku sebenarnya masih belum khatam lagi buku tulisan Zamri Mohamad ni. Mana taknya, baca masa senggang. Dalam perjalanan ke pejabat, balik kampung; masa anak-anak tidur dalam kereta, waktu itulah aku gunakan untuk membaca buku itu. Kadang-kadang....buku 'baca' aku. Faham-faham jelah.
Aku banyak temui perkara-perkara menarik dalam buku ni. Tapi apa yang aku teringat, tag yang diberikan oleh seorang sahabat dalam laman tagged aku iaitu...sekiranya seorang hamba meneroka satu jalan untuk mencari ilmu, pasti Allah bukakan satu jalan menuju ke syurga. Aku sungguh terkesan dengan kata-kata itu.
Bagaimana motivasi sebagai penulis direalisasikan, apa pentingnya membaca untuk mendapatkan sumber penulisan, apa kaedah yang pantas dan harus digunapakai, bagaimana seseorang penulis itu melalui turun naik dunia penulisan sebelum berjaya, sedikit sebanyak aku ketahui di dalam buku ini.
Kalau dah habis baca nanti, pasti ada sesuatu yang boleh aku kongsikan bersama para pengunjung laman ini. Sebab itulah tanganku gatal saja nak menulis. Kata En Fauzul, bagi seorang penulis yang baru hendak bertapak, "WAJIB" ada blog. Justeru, aku sahut cabaran itu.Belum tentu aku berjaya menjadi penulis sehebat J.K RAwling atau Stephen King atau A.Samad Said, tapi aku adalah penulis dalam dunia aku sendiri. Aku mampu meluahkan dari dalam perasaan, bukan kerana hendak menunjuk kepandaian, tapi inilah landasan di mana harus aku pijak. Aku ingin menjadi ejen perubahan. Ejen perubahan?? Tepuk dada, tanya minda sedar kita, mampukah kita melakukannya? Kalau nak tahu lebih banyak, aku rasa lebih baik korang layari http://www.zamrimohamad.com/. Banyak perkara yang boleh dipelajari di sana, di sana...di...sana................
Hubby aku kata, buatlah apa yang aku boleh buat, dia menyokong dari belakang. Nak jalur lebar? Dah disediakan demi isteri tersayang......Nak tolong jaga anak? Sanggup berkorban duduk di hospital bila anak terpaksa dimasukkan ke hospital....Nak minta duit? Ambil......ambil....tak pernah dia ungkit mengungkit. Jangan berkeluh kesah tentang duit. Baca doa banyak-banyak supaya ditenangkan hati, dijauhkan keluh kesah, dijauhkan hutang yang banyak serta doa menghindar dari dizalimi. InsyaAllah, hati kita takkan berasa gelisah.
Rasa tak cukup duit tapi bila dah desperate, pasti akan jumpa jalan keluar. Kadang-kadang bila dah sampai hari gaji, bila tengok wallet, eh..ada duit banyak lagi?...Kan dah kata, pasti ada jalan keluarnya!. Yang penting.......jangan mengeluh!. Apa lagi yang aku mahu? Tak mahu bersyukur? Tak patut........kita ajar student nilai benar, betul dan patut, jadi kitalah kena praktikkan apayang kita katakan. Kalau kita buat sesuatu yang melanggar nilai dan batas moral, macam mana orang lain nak hormat kita? Bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan. Pasti kita akan senantiasa dalam ketenangan.

No comments:

Post a Comment