Followers

Monday, August 10, 2009

Kursus CPCM

Esok aku akan mula berkursus di Glory Beach Resort, Port Dickson. Seingat aku, aku pernah ke PD tapi kira-kira 25 tahun yang lalu. Lepas tu aku memang tak pernah ke sana. Dulu masa abah bawak teksi, ada jugak abah kata dia bawak aku ke sana, tapi time tu aku masih kecil, manalah ada kenangan yang dapat diingat....Dulu abah pernah jugak bawak aku ke makam kucing bertanduk masa umur aku 7 tahun. Masa tu pergi dengan Bibik Yah, Arwah Siwo Cunong, Arwah abang Embi...tu je yang aku ingat. Selepas 17 tahun, aku pergi lagi ke sana. Waktu tu aku tengah ambik master tourism planning. Barulah aku tau makam tu sebenarnya kat Kota Tinggi. Nampak sangat aku ni jarang berjalan kan.
Bila nak pergi ke tempat baru, rasanya lain macam. Satu perangai aku yang memang payah nak ubah ialah ...bila nak ke mana-mana, malam sebelum tu aku mesti payah nak tidur. Mesti mata aku terkebil-kebil, mengantuk tapi susahnya nak paksa tidur. Aku tak taulah aku boleh tidur ke tidak malam ni. Baju pun tak kemas apa lagi. Takpe, esok pagi masih ada. Lepas hantar anak-anak, barulah aku kemas-kemas. Ustaz pun kata nak gerak pukul 11. Sempat lagi......
Ini first time aku pergi kursus CPCM. Sebenarnya aku minat giler nak pergi kursus protokol. Yelah, sebab aku biasanya terlibat dengan acara rasmi konvo. Last year aku dapat offer 3 kali pergi kursus protokol tapi semuanya aku tak dapat nak pergi sebab anak aku acute that time. Mana aku nak pilih? Kursus atau anak? Mestilah aku pilih anak. Lagi pula, time kursus aje, aku kena buat review kat HKL. Biarlah aku lepaskan kursus, asalkan aku dapat tunaikan amanah aku sebagai ibu. Kursus-kursus tu semuanya duniawi. Aku selalu mengingatkan diri aku macam tu supaya aku terus bersemangat. Banyak lagi kursus yang aku boleh join lain kali.
Ni pun, nak tinggalkan anak-anak, hati tu macam tak best aje. Mujurlah Aiman Haziq dah senang sikit nak jaga. Taklah hati aku risau sangat. Kadang-kadang tu ada jugalah kawan-kawan dan bos kata aku ni tabah bila tengok aku masih lagi boleh senyum walaupun anak aku begitu. Apa lagi yang aku nak buat? Menangis meraung2? That's not me..... Aku akan lakukan apa yang terdaya. Memang semua orang boleh menyatakan simpati tetapi empati? Belum tentu........ Hanya mak bapak yang ada anak macam aku je akan faham apa yang aku lalui dan apa yang aku rasai. Aku tak minta pengertian cuma aku pohon pemahaman....
Apa pun kursus yang aku jalani, aku harap ianya akan memberikan manfaat dan kebaikan dari arah yang aku tak jangka. Biar apa pun langkah dan keputusan yang aku lakukan, aku tak pernah menyesal dan akan terus berdiri sebagai diri aku sendiri. Selagi aku hidup tidak menyusahkan orang lain, itu dah cukup bagi aku. Biarlah aku menjalani hidup aku dengan cara aku sendiri. Aku bahagia.....

No comments:

Post a Comment