Followers

Sunday, August 30, 2009

Beratur panjang

Sesekali bila hendak memulakan pemanduan, cubalah ambil kira perkara-perkara berikut:
1. Bila tukar gear, gunakan gear yang sesuai.Jangan tarik gear atau pandu guna gear rendah dalam tempoh lama. Kalau boleh , tukar ke gear tinggi secepat mungkin.


2. Pastikan tekanan udara pada tayar betul.Periksa tekanan udara tiap-tiap minggu. Kalau tayar kurang angin atau tak cukup tekanan, peningkatan kadar penggunaan minyak akan berlaku.


3. Elak bawa barang yang tak berkenaan. Sila buka but dan buangkan barang-barang yang tak berkaitan. Makin berat kereta, makin banyaklah minyak nak guna.


4. Matikan enjin kalau kadar menunggu lebih daripada lima minit.


5. Pastikan enjin dalan keadaan baik .Kalau enjin ok, kereta berupaya memberikan perkhidmatan maksimum dan sebaliknya.


6. Tukar minyak selalu. Minyak enjin yang baik memberikan perlindungan yang optimum dan mengurangkan pembaziran tenaga.

7. Rancang perjalanan anda. Janganlah tunggu signal minyak dah merah baru nak pergi isi....


Maklumat di atas sekadar intro buat semua........cite sebenar di sini.............


Minggu ini kami sekeluarga telah bersiap-siap hendak menghabiskan hujung minggu di kampung. Maklumlah, cuti tiga hari sempena kemerdekaan...Minggu lepas sewaktu awal puasa tak balik sebab memang dah plan nak balik minggu ini. Seperti biasa, sebelum memulakan perjalanan, anak sulungku ditugaskan untuk membaca doa menaiki kenderaan. Apa yang bestnya.....sebelum baca doa tersebut, pasti dia akan membaca doa untuk kesejahteraan ibu bapa. Ikut turutan.......Sebiji seperti yang lazimnya diamalkan di tadika. Alhamdulillah, meskipun mungkin dia masih belum memahami maksud doa tersebut, sekurang-kurang dia tahu doa untuk kesejahteraan kedua orang tuanya......


Hari ini perjalanan nak ke highway agak lambat. Mengambil masa hampir 45 minit baru nak sampai ke simpang highway. Mana tidaknya, dokumen Haziq tertinggallah, singgah membeli pasir untuk bekas kucinglah, dari Kota Masai ke Air Birulah....


Tiba di highwah Skudai, kononnya seperti selalu akan mendapat keistimewaan bila berada di laluan Touch & Go, tapi hari ini?????? tak ada maknanya. Punyalah banyak kenderaan bertali arus menghala ke utara. Apa yang menjengkelkan, perjalanan semakin lambat apabila lane yang sepatutnya 3, boleh menjadi 8! Cubalah kalian bayangkan. Yang kanan hendak ke kiri, yang kiri hendak ke kanan. Bunyi hon kenderaan tak perlu ceritalah. Kita ni biasanya berbudi bahasa di rumah tapi, di jalan raya........hilang semua etika.


Kenderaan Malaysia dan kenderaan berplat "S", saling himpit menghimpit untuk masuk ke laluan yang betul. Kadang-kadang geram juga, semua orang nak cepat..................tapi ikutlah lane yang betul. Taklah jadi huru hara dan membuang masa.





Pandangan dari luar cermin keretaku....





Semua nak cepat....




Melepasi tol Skudai, hati rasa senang. Perjalanan diteruskan. Singgah sebentar di Ayer Hitam untuk mengisi gas. Eh????






Beratur lagi? takpe.......sabar.....sempat melayan kerenah anak-anak...






Senyum si Sofiyah bila permintaannya untuk dibelikan gula-gula ditunaikan. Anak daraku ini memang lain sikit sifatnya. Nak ikut kata dia aje...hish....


Usai mengisi gas, perjalanan diteruskan ke destinasi. Tak sabar rasanya nak sampai ke Ledang. Dulunya panggil tangkak, sekarang tukar ke Ledang, nampaklah sikit bunyi komersialnya. Kikikiki....


Keluar je highway nak masuk tol Tangkak, hubby aku tepuk dahi. Apa hal? La......sangkut jugak.......
Beratur panjang menguji kesabaran......
Akhirnya, lebih kurang pukul 6 petang, kami sekeluarga selamat sampai di destinasi dituju. Alhamdulillah.....logo raso hati den ni ha...................................

No comments:

Post a Comment