Followers

Monday, August 17, 2009

Kenapa stres??

Sewaktu kursus CPCM minggu lepas, kami as peserta kena anjurkan seminar pengurusan stres selama sejam dengan kerjasama IMTEQ Solution Sdn.Bhd. Dalam masa sejam tu, sempat jugaklah aku take note atas apa yang disampaikan oleh penceramah. Hidup ini tiap-tiap hari berhadapan dengan stres. Anak menangis kita stres, isteri membebel kita stres, suami balik terus baca surat khabar kita stres, boleh kata ada saja perkara yang membuatkan kita stres.
Teruskan pembacaan anda supaya sedikit sebanyak kita dapat tahu apa punca-punca stres dan bagaimana cara untuk membendungnya. Mudah-mudahan kita mendapat manfaat bersama.
Apa dia stres tu??
Keadaan resah, cemas dan tegang yang berlaku akibat tekanan fizikal dan mental.Ianya berlaku secara dalaman tetapi bukanlah sejenis penyakit namun, ia boleh menyebabkan penyakit.
Punca utama stres:
1. Keluarga (macam saya nyatakan tadi...)
2. Kewangan ( asyik rasa tak cukup duitlah, nak bayar itulah, hutang inilah)
3. Pekerjaan (kena kerja outstation, overtime, masuk lambat, semua bikin stres).
4. Kesihatan ( demam pun stres, sakit gigi...lagilah stres!).
Gejala stres (cuba perhatikan...mana tau anda ada tanda-tanda ini....stres tu...)
1. Tegang otot ( betis dan leher)
2. Tekak rasa kering/ulser pada mulut
3. Pernafasan kurang lancar, tekanan darah meningkat
4. Kandungan gula dalam darah yang tinggi (kencing manislah senang cerita). Ini kerana genetik.
5. Serangan jantung (yang ni pembunuh senyap...kena hati-hati..)
Bila stres, apa kesan pada emosi dan mental?
1. Lemah daya tumpuan (tak boleh nak fokus)
2. Lemah ingatan (tak dapat ingat dalam jangka masa pendek pun..)
3. Sukar nak buat keputusan (masuk satu kedai...punyalah lama dan payah nak decide nak beli apa...stres jugak).
4. Mudah tersentuh dan kecil hati (sikit-sikit kecik ati...hush...)
5. Cepat marah
6. Kemurungan (ini dah tahap kena gi spital dan makan ubat anti depression..).
Macam mana pulak nak bendung stres?
Senang je, kalau rasa-rasa stres...buatlah begini:
1. Gunakan teknik pernafasan yang betul dipanggil teknik pernafasan dalam. Teknik ini diperkenalkan oleh Dr. David Kettleman yang sangat bagus. Cubalah kalau tak percaya....
- Gunakan kiraan 444 (3 kali pusingan)
- Gunakan teknik 848 (yang ini biasa digunakan dalam teknik meditasi yoga) (3 kali pusingan
jugak).
Note: Kalau nak tahu lebih lanjut, kena panggil penceramah buat demo. Hubungi http://www.imteqsolution.com/ untuk keterangan lanjut.hehehe...promosi............
2. Buat regangan otot sama ada otot besar atau kecil (mengeliat atau genggam barang-barang)
3. Ekspresi wajah (kena pandai-pandailah, nak nganga ke, ketap bibir ke...tapi buatlah bersendirian, jangan buat depan orang...malu...)
4. Ketawa (paling efektif untuk mengalihkan stres)
5. Menjerit ( yang ni boleh disarankan di tepi highway. Stopkan kereta, keluar sekejap, jerit puas-puas. Tapi jangan buat kat R & R, maunya kena hantar dua tempat...naya...)
6. Menangis (tengok hindustan nangis, geram nangis....boleh jugak tapi agak-agaklah beb....)
7. Luahkan perasaan ( pada suami ke, kawan-kawan ke, saudara ke, atas lukisan atau lakaran ke...semua yang difikirkan sesuai...)
8. Cari BUTANG HIJAU ( kalau kat opis, meja kena bersih, letakkan gambar-gambar lama ke, kenang peristiwa dulu-dulu ke...atau letak bacaan- bacaan ringan ke...atau telefon your loved one...)
9. Rehatkan pancaindera. (Rehatkan mata...tengok pemandangan, air mengalir, persekitaran hijau. telinga...dengar muzik ke...jangan dengar orang mengumpat pulak!!).
10.Dapatkan waktu rehat / tidur yang sempurna (at least 4 jam). baru best....
11. Kehidupan organik (sesekali pergilah camping ke, berehat tepi pantai ke...)
12. Menangani perbezaan (jangan harap nak sama je semua benda dalam dunia ni. Kalau pasangan ada pro dan kontra kan terasa nikmatnya hidup....) Terima perbezaan di sekeliling kita seadanya.
13. Dekatkan diri pada Tuhan (sepatutnya ni jadi no.1 kan...ni tidak..susah je baru nak ingat Allah)...ada ke patut.....manusia.............biasalah, sering terlupa. Maka salinglah kita berpesan-pesan pada kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
Sekadar ini dahulu. Semoga kita mendapat manfaat bersama.

1 comment:

  1. Ketika stress saya suka memandu sambil mendengar muzik.

    ReplyDelete