Followers

Thursday, August 6, 2009

Merapu menghibur

Setiap pagi adalah indah. Bila malam melabuhkan tirai, mentari mula mengambil alih tugas sang rembulan. Embun dingin mula menyapa pipi. Meski lewat bagaimana pun aku, tetap cool..Biasanya pukul 7.30 pagi semua orang dah sibuk-sibuk bergerak ke ofis. Aku? Kadang-kadang 7.30 baru nak masuk bilik air. Boleh bertenang-tenang lagi. 15 minit kemudian barulah kereta keluar dari perkarangan rumah. Sempat.....hubby aku memandu pun biasa-biasa saja. Tak perlu nak bawa macam 'pelesit' kata orang....Biasanya kalau bawa laju, bukan kerana sengaja nak bawa laju, tapi sebab dah lambat....hihihihihi.....
Dalam kereta aku dan hubby asyik ketawa mendengar siaran radio Sinar.fm. Kalau nak ceria pagi-pagi, kenalah dengar sesuatu yang menceriakan. Barulah pagi kita jadi lebih indah. "Biarkan aku menangis atau let i crying", adalah lagu yang di'merapu'kan oleh Salleh Yaacob. Mahu tidaknya, habis susunan tatabahasa lagu tersebut ditunggang terbalikkan. Walaupun begitu...ianya tetap menghiburkan para pendengar. Aku pun join sekakilah juga. Waktu dalam kereta adalah saat-saat yang perlu digunakan sebaiknya untuk mengukuhkan hubungan antara suami isteri. Berbual, bergurau dan bercerita serta berkongsi masalah yang ada. Masa inilah masa berdua yang perlu dimanfaatkan. Bagi akulah....aku tak taulah orang lain.
Bila aku fikir-fikirkan, aku dengan hubby aku memang sempoi. Banyak benda yang kami boleh kongsikan dan gelakkan bersama. Kadnag-kadang kami pun merapu jugak tapi tengok keadaan dan situasilah. Biasanya kami suka cerita-cerita yang lucu, kadang-kadang suka bercerita pasal sesuatu. Minat masing-masing, berkenaan kerja, macam-macamlah......Yang penting, pada hubby aku aku boleh jadikan bahu untuk bersandar dalam apa juga situasi. Bukan senang nak dapat hubby macam aku tau....satu dalam sejuta!!!! Mudah-mudahan kasih sayang kami berkekalan hingga ke hujung nyawa.
Aku dah bersedia nak pergi kelas. Mesti aku enjoy lagi hari ini. Aku akan pastikan aku berasa puas apabila tamat sesi pengajaran. Caiyo....caiyo.....

No comments:

Post a Comment