Followers

Monday, August 10, 2009

Hujan....

Pagi yang indah ini terasa begitu dingin. Titis-titis hujan yang membasahi bumi menyuburkan tanam-tanaman dan meredakan bahang yang mencengkam. Meski sejuk hingga ke sumsum tulang, syukur dipanjatkan kerana nikmat Allah yang satu ini begitu besar manfaatnya. Mega mendung di luar sana terus menyejukkan bumi yang kehangatan.


Telitilah bait-bait puisi yang telah lama kutuliskan tapi entah bila berpeluang untuk dipublishkan. Sekadar tatapan dan buat renungan

HUJAN

Guruh di luar menandakan hari nak hujan,
Kepulan awan mendung tak tertahan menanggung beban,
Titis-titis halus mula menyimbah tanah nan gersang,
Kejadian alam nikmat Tuhan berikan,
Insan kerdil meluah keluhan,
Tak bersyukur dengan kurniaan,
Acap terlupa itu bukanlah bencana disembahkan,
Sekadar ujian bagi insan beriman


Dua tangan menadah mohon keredhaan,
Nikmat dan hikmah hati menyatakan,
Suburlah bumi menghijau pepohonan,
Hasil bumi jadi sumber pencarian,
Mengapa masih mengeluh wahai insan,
Masih tak cukupkah segala pemberian?


Titis-titis hujan terus mencurah,
Di sini rahmah di sana barakah,
Wajar hamba mengambil iktibar,
Kejadian alam suatu panorama indah,
Namun tanganmu jua pengundang padah,
Titisan hujan menjadi bala,
Bagimu insan yang alpa terleka,
Mengejar dunia terlupa di sana,
Teruslah merintih kerana hujan belum reda.


Hujan mula menyimbah renyai,
Sejuk mencengkam tubuh yang longlai,
Di mana harta di mana saudara,
Sekelip mata hilang semua,
Masih tak putuskan ujian menimpa?
Keluhan insan terus berjela


Hujan di hati langsung tak reda,
Hujan di luar mula bersisa,
Di lapik sejadah sujud insaf dan redha,
Bukan sebarang ingatan diterima,
Andai masih tidak terjaga,
Hujan itu akan datang jua,
Dalam bentuk yang tidak tersangka,
Mampukah kita menghadapinya semula?
Kuatkah kita menanggung sengsara?
Hujan itu bukanlah punca,
Sekadar picisan tegurannya Dia,
Kita masih punya masa.

Syaza Raihana
19 April 2009

No comments:

Post a Comment