Followers

Tuesday, August 25, 2009

Kurma oh kurma...............






Mungkin ramai yang tak percaya bila aku kata, sahur aku hanyalah dengan 2-3 biji buah kurma dan air suam. Kenapa, tak percaya ke??? Sesetengah orang mesti nak makan berat bila sahur tapi tahun ni, aku dan suami memang dah sepakat tak nak makan heavy waktu sahur. InsyaAllah, perut mampu menahan rasa lapar dan badan pun jadi cergas. Memang tak dinafikan, kalau kenyang sangat makan, urat perut jadi kejang dan urat mata akan mengendur, maka kita akan jadi mengantuk dan malas.

Sejak berpuasa, itulah juadah sahur kami. Very simple. Nak diet pun iye jugak. Bagilah perut rileks bulan-bulan puasa ni…. Dah rasa macam kaki dah tak larat nak bawak badan yang kian membesar, so kenalah cari alternatif untuk melakukan sesuatu. Nak sihat….Bagi aku dan suami, cukup…..khasiat kurma tu dah mencukupi sebagai bekalan berpuasa sepanjang hari.




Nak tahu fakta berkenaan kurma? Meh baca……





Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis.
Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari.

Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Apa yang kita tahu tentang Kurma Ajwah?

· Jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

· Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’
dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
  • Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.
  • Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.
  • Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang.
  • Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air kerana air itu sifatnya pembersih.

Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.


Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.


Jadi kawan-kawan….marilah kita makan buah kurma beramai-ramai…….. alhamdulillah.....

1 comment: